Ada banyak perkara  yang boleh ibu bapa ajarkan pada anak sejak sejak kecil. Namun ibu bapa perlu perkembangan anak mengikut usianya. Dengan ini dapat mempersiapkan anak untuk hidup, belajar, dan bekerja dalam komunitas yang semakin beragam.

Apabila mengetahui keperluan anak-anak mengikut usianya, ia dapat membantu anak membesar menjadi orang yang berwawasan luas dan terbuka, sehingga punya kesempatan luas dalam pendidikan, karier, dan aspek kehidupan lainnya.

Selanjutnya ikuti perkongsian Puan Maryam Thoraya mengenai keperluan anak mengikut umur 2 hingga 6 enam tahun.

Ads
Ibu Ayah Kena Tahu Apa Yang Boleh Anak Lakukan, Apa Yang Belum Boleh Mereka Lakukan.

Apakah keperluan anak-anak 2-6 tahun.
Tulisan ini tidak akan memberi jawapan apa keperluan anak satu persatu pada peringkat umur ini. Tetapi, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk memahami bahawa setiap kita perlu ada sedikit sebanyak maklumat perkembangan anak kita.

Ads

Anak pada umur ini, sedang berada di fasa golden age mereka. Fasa ini amat mahal. Selepas fasa ini, anak akan memasuki alam persekolahan formal selama 12 tahun pula, tak termasuk kolej dan universiti. 12 tahun adalah suatu masa yang lama, bukan sekejap.
.
justeru, mengukuhkan foundation sebelum memasuki alam ini adalah sesuatu yang amat berbaloi, penting dan tidak rugi. Oleh kerana fasa 0-6 adalah fasa yang amat penting, mereka perlukan pengalaman aktiviti bermakna dalam kehidupan mereka.
.
Ibu bapa perlu kenalpasti tahap perkembangan anak. Apa yang boleh mereka lakukan, apa yang belum boleh mereka lakukan. Bandingkan dengan carta perkembangan anak. Dapatkan bantuan dan pandangan sekiranya perkembangan anak diluar dari tahap yang sepatutnya mereka berada.
.
Pada fasa ini, pendekatan pembelajaran mereka belum sesuai dengan latih tubi berterusan menggunakan buku dan homework. Fasa ini amat memerlukan penglibatan dari semua pancainderanya supaya semuanya dapat memberikan kesan bermakna buat anak.
.
Sekiranya ada yang keterbelakang, meletakkan anak ke tadika yang kita rasakan cukup bagus, mungkin masih belum dapat menyelesaikan masalah, sekiranya anda tidak terlibat secara bermakna dengan anak. Bincanglah dengan pihak terlibat . Bagaimanakah yang boleh anda bantu anak apabila mereka bersama anda.
.
Sistem dan rutin di rumah amat mempengaruhi anak, selain dari rutin di taska, tadika masing-masing. Dirumah, nisbah perhatian anak dengan ibu bapa atau keluarga mungkin akan berbeza. Seorang ibu dapat memberi perhatian lebih baik kepada seorang hingga 5 orang anak berbanding dengan 10 anak serentak oleh seorang guru.
.
Ya, game nya memang berbeza, cabaran ibu ayah mengendalikan anak juga berbeza, gaya urus anak berbeza umur juga adalah berbeza. Disini, perlu difahami, setiap keluarga, bagus sekiranya kita memahami cycle yang berlaku dalam keluarga masing-masing. Ini termasuklah memahami keperluan setiap anak dan bagaimana mengendali mereka mengikut keadaan masing-masing.
.
Rumah adalah tempat yang amat bermakna buat anak. Segala aktiviti bersama Ibu , Ayah, adik beradik, Atuk, Nenek, saudara mara, adalah insan-insan yang amat bermakna yang mempengaruhi banyak kehidupan anak. Jangan ambil mudah masa ini. Jangan biarkan anak kita tenggelam berjam-jam dengan gajet.
.
Kesibukan ibu ayah pada zaman serba mencabar ini, tidak dapat dinafikan. Tuntutan kerja, keperluan kewangan, keperluan kebajikan keluarga, pasti masing-masing terfikir-fikir. Disini, bukan lagi jumlah waktu bersama anak yang kelihatan bernilai, tetapi KUALITI masa bersama anak.
.
Ketahuilah anak merupakan rezeki kita dan memerlukan pembelaan kasih sayang, perhatian dan aktiviti BERMAKNA. Oleh kerana itu, memahami apakah keperluan anak anda adalah amat penting agar apabila kita memahami, kita dapat menyusun waktu bersama anak dengan lebih bermakna.
.
Oleh kerana setiap anak tidak sama keperluannya. Katakan, seorang anak 5 tahun sedang belajar membaca dan dia boleh megukut arahan, seorang lagi anak 5 tahun masih berlari kesana kemari, tidak fokus, tidak suka membaca dan menulis. Pendekatan kedua-dua anak dalam memastikan dia boleh membaca adalah berbeza.
.
Contoh kedua. Anak 4 tahun yang sudah pandai bermain puzzle, pandai bermain patterns, matching games, identify objects, shapes and colurs, ini dilihat sebagai sudah boleh perlahan-lahan masuk kepada mengenali bunyi huruf (letter sound). Berbeza dengan anak 4 tahun yang belum dapat menguasai perkara di atas, ibu ayah perlu adil dengan tidak push mereka ini mengenal letter sound . Sebaliknya, bantu mereka dengan asas-asas patterns, matching games, identify objects, shapes and colurs dahulu.
.
Contoh ketiga, seorang anak 3 tahun, kita teruja mahu latih anak untuk fokus, jadi kita sibuk buatkan aktiviti bermain sepit baju, kutip pompom dengan penyepit, tetapi aktiviti tersebut tak dapat perhatian anak. Akhirnya kita frust kerana kita lihat anak kawan yang sebaya seronok bermain ini. Aktiviti yang sama, pengurusannya mungkin berbeza bagi setiap anak, kerana itu kita perlu memberi ruang untuk kita kreatif adjust aktiviti ikut keperluan keadaan.

Ads

Pendekatan kita pula, biarlah manusiawi. Anak, bukan robot. Kasih sayang dan kelembutan adalah bateri penting dalam melancarkan proses ini. Justeru, setelah kita memahami hakikat ini, sama-samalah kita upgrade diri, untuk kebaikan ahli keluarga kita dan anak-anak yang lain. Kita upgrade diri dengan ilmu dan amalan. Kita cuba jaya, dan perbaiki lagi
.
Maaf kalau tulisan saya suka buat panjang. Saya suka kebaikan sedikit yang kita dapat ini, kita sama-sama berkongsi. Mudah-mudahan anak-anak di sekitar kita sedikit sebanyak mendapat kesannya. Mereka generasi yang akan mencorak masa hadapan yang gemilang
.
Perjalanan memahami keperluan anak juga, insyaAllah akan lebih membantu apabila kita explore buku-buku yang membincangkan keperluan anak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI