Ibu Ayah Jangan Jadi Doktor Google Demi Keselamatan Anak. Kena Alert Pesanan Doktor Ini !

Share

Sekarang ni semua ingi main ‘google’ je. Namun hati-hati, ada info yang diberikan tidak sahih dan menyebabkan kekeliruan fakta.  Jadi hati-hati mencari info termasuk hal kesihatan anak-anak.

Apa yang pasti setiap ibu bapa kena alert dan dapatkan info yang betul dengan berjumpa doktor. Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan panduan buat ibu ayah.  Jangan pandang mudah!

____________________________________________________________________

“Jangan jadi doktor google”

Tidak semua demam dan masalah kesihatan perlukan ubat antibiotik!

“Anak saya demam, batuk… saya nak ubat antibiotik…” rintih seorang ibu.

Ramai ibu bapa yang begitu risau jika anak mereka mengalami demam panas. Ada yang cepat saja nak ambil ubat antibiotik. Rasa kalau tak makan ubat, penyakit anak tidak akan sembuh. Kalau doktor tak beri, siap pesan kepada doktor supaya beri antibiotik. Betul?

Tuan-tuan dan puan-puan… Hakikatnya ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit khususnya kepada kanak-kanak perlu ada rasionalnya. Kena ada sebab. Ia perlu ada indikasi.

Doktor tidak akan dengan mudah memberi ubat kepada pesakit tanpa justifikasi klinikal yang sepatutnya.

Anak-anak kita mengalami demam pasti ada sebab. Peningkatan suhu yang tinggi juga berlaku hasil daripada tindak balas di dalam sistem tubuh kita. Demam boleh berlaku oleh banyak sebab! Tidak semestinya setiap jangkitan yang berlaku perlukan antibiotik.

❗️Beberapa keadaan yang lazimnya tidak perlukan ubat antibiotik:

1. Hanya mengalami sakit tekak sahaja

2. Rasa tidak sedap badan, lenguh-lenguh sendi sahaja.

3. Ujian darah menunjukkan tiada bacaan signifikan menunjukkan adanya jangkitan bakteria.

4. Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik.

Oleh sebab itulah, ubat antibiotik tidak boleh dibeli melalui kaunter di klinik dan hospital. Ia perlu kepada pemeriksaan doktor. Bawa dulu anak-anak ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

❗️Beberapa tanda anak anda mungkin perlu kepada antibiotik

1. Demam melebihi tiga hari beserta sakit tekak, batuk dan selsema. Ini disokong selepas hasil pemeriksaan klinikal kepada pesakit.

2. Sakit telinga beserta demam panas dan cairan kuning daripada telinga. Perlu kepada pemeriksaan klinikal.

3. Masalah sinusitis atau resdung dialami dengan simptom berat kepala, sakit pada kawasan sinus, demam dan lendir serta hingus kuning atau kehijauan.

4. Banyak lagi simptom-simptom lain yang perlukan ujian klinikal, ujian darah dan sampel kahak untuk mengesahkan jangkitan kuman.

Jumpalah doktor. Anda akan dibantu. Diagnosis tepat akan diberi.

Jika anda rasa artikel ini suatu yang bernilai, #kongsi kepada mereka yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.

Dr Ezairy M.Sallih
Jumpalah doktor jika anda ada sebarang masalah kesihatan. Jangan jadi doktor ‘google’.