Bergelar ibu bapa bukan suatu kerja yang mudah. Perlu dilengkapi dengan keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan cemerlang. Namun kadang kala, kita alpa bahawa kita beremosi dalam mendidik anak-anak sehingga ada anak yang kena marah dan sebagainya untuk melepaskan amarah. Ikuti perkongsian di laman facebook Taufik Razif mengenai tanda kita beremosi terhadap anak.
Tanda-Tanda Kita Mak Ayah Yang Penuh Dengan Emosi Negatif
? Selalu anggap anak ni beban
? Mudah panas baran dengan tangisan anak
? Mudah naik tangan kat anak
? Selalu sangka buruk pada anak
? Selalu patahkan semangat anak sendiri
? Tak boleh tahan mulut daripada kritik anak
? Suka malukan anak di depan orang ramai
? Takde matlamat hidup yang jelas
? Emosi boleh berubah secara tiba tiba
? Nampak salah anak je tanpa fikir salah diri sendiri
Ads
Benda ni boleh diubah dan dibaiki kalau kita :
✔️ Belajar cara nak kawal perasaan marah
✔️ Belajar berbaik sangka dengan takdir
✔️ Belajar cari matlamat hidup sebenar
✔️ Belajar ilmu parenting tanpa henti
✔️ Belajar untuk kenal personaliti anak sendiri
✔️ Belajar untuk untuk kawal emosi sendiri
✔️ Belajar teknik tenangkan diri
Jom belajar ilmu parenting tanpa henti bersama saya di Channel Telegram saya. Rasanya channel telegram saya ni adalah channel niche parenting yang terbesar di Asia.
Ads
Cara nak join :
1. Klik link yang ni ? t.me/NotaTaufiqRazif
Ads
2. Terus je Join
Mudah kan? ☺️
Ajak la mak ayah yang lain dan pasangan kita untuk belajar bersama sama ilmu mendidik anak dan ilmu parenting ni.
” Mendidik anak tanpa kerjasama ibu dan juga bapa umpama memasak tanpa resepi yang lengkap. Gah pada susun aturnya tapi jelek dan hambar rasanya “
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila usia semakin meningkat, tenaga tidak lagi seperti waktu muda. Ketika ini penyakit mula ‘datang’. Lebih menakutkan ada yang mendapat penyakit tiga serangkai.
Usia 40an dikatakan adalah waktu badan mula mudah dijangkiti penyakit. Ketika ini kita harus menjadi kesihatan. Begitu juga dengan kerja. Pada usia ini kita perlu hidup secara tenang.
Sebagaimana perkongsian guru ini yang dikenali di facebook sebagai Cikgu Zahran yang menjelaskan bahawa pada usia 40an dia memilih untuk hidup tenang.
Katanya lagi, kawannya kehilangan adik ipar setelah komited dengan kerja. Katanya asbab kematiannya itu boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Sungguh pun kisah ini sudah dikongsinya sekian lama, namun ia mempunyai banyak pengajaran buat kita semua. Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 11K.
Moga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Ajal maut di tangan Allah. Namun sebagai hambanya kita harus berusaha untuk memastikan kehidupan kita lebih tenang. Tak salah untuk kita berusaha untuk hidup lebih tenang. Selebihnya kita berserah kepada Allah.
TENANG IS GOOD. Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas. Seorang guru wanita yang komited. Berusia awal 40an. Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi. Salur darah ke otak pecah. Sewaktu menunggu untuk dimandikan, darah membuak buak tanpa henti dari hidung. Punca kematian hanyalah asbab. Saat ini dia tidak lagi payah memikirkan hal hal dunia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai kawan kawan aku dikalangan guru menghidap pelbagai penyakit. Paling banyak darah tinggi. Aku pun tidak terkecuali. Puncanya disebabkan stress dan juga gaya hidup. Ada yang rebah ketika perhimpunan. Pernah aku lihat video seorang guru tumbang semasa membuat persembahan dihadapan murid.
Masuk usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal mengajar dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mereka terpaksa memilih untuk menjaga periuk nasi sendiri. Tiada gunanya kita berjuang bermati matian kerana kita sahaja yang akan mati.
Lantas usia yang berbaki ini kita harus tenang tenang sahaja. Menjalankan amanah dengan hati terbuka. Tak perlu marah marah atau menentang lagi. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Hidup ini hanya sekali. Lakukan tanggungjawab dengan hati terbuka, riang dan gembira. Tak perlu persoalkan apa apa.
Jika ada masyarakat atau orang diluar sana yang mengutuk atau mempertikaikan kerja buat kita. Senyum sahaja. Tak perlu balas semula. Kita anggap mereka sayangkan kita. Ambil berat tentang kita. Sebab itu mereka sentiasa mahu tahu tentang kita. Kerana kita dipilih Allah untuk menjadi mualim, mursyid dan murabbi. Tanggungjawab kita besar untuk melahirkan ummah yang cemerlang dunia akhirat.
Walaupun nampak remeh dan mudah. Aku lihat guru guru banyak yang suka melenting. Pantang dicuit sedikit. Terutama di medsos ini. Lalu kita dipandang sebagai manja dan asyik merungut. Itu tidak molek kepada ketenangan jiwa kita. Banyak lagi yang kita harus fikirkan. Biarkan kicau kicau itu berlalu dibawa angin. Hidup kita tenang. Esok lusa hilang begitu sahaja.
Cikgu… Kalau hari ini kita terbaring diranjang hospital, yang berada disisi kita cuma keluarga. Rakan sejawat hanya ziarah sekali sekala. Rakan rakan medsos ini belum tentu hadir merawat duka. Yang datang membawa buah oren dan epal disaat kita tidak mampu lagi untuk menelan. Kalau lama sangat terbaring, yang menyusul hanya Medical Board dan bersara pilihan. Walaupun sebelum ini kau mampu dapat APC setiap tahun. Segalanya akan dilupakan dan tinggal kenangan.
Untuk kita terus berjuang memandaikan bangsa memerlukan tubuh badan yang sihat. Ia memerlukan minda yang tenang dan sihat. Lakukan segalanya dengan hati yang gembira. Usah pilih untuk bersengketa. Pedulikan sahaja kata kata nista atau cakap cakap belakang. Hanya kita sahaja yang faham tentang diri kita. Pilihlah untuk senyum dan tenang. Because tenang is good. P/s: Muka bekeng ni…senyum habis pun nampak bekeng juga..Tenung gambar aku selama 30 saat akan membuatkan hangpa tenang dan mengigau malam.Cubalah….
Ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan sejak 18 Mac sehingga kini, kita semua tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan munasabah. Malah jika ke kedai membeli barang keperluan pun hanya ketua keluarga sahaja. Bukan itu sahaja, sejak PKP, tiada lagi solat jumaat diadaakan di masjid. Begitu juga bulan Ramadan ini, solat terawih. Lantaran itu, ramai memilih melakukan ibadah ini dirumah bersama keluarga.
Namun, ada segelintir suami kurang arif mengenai bacaan dalam solat terawih sehingga menjadi sindiran si isteri setelah ada suami hanya tahu membaca ayat lazim yang pendek.
Apa yang pasti, isteri harus bersyukur dengan usaha suami yang ingin memberikan yang terbaik buat keluarganya. Walaupun hanya membaca surah yang pendek tetapi hatinya berkobar-kobar penuh kasih sayang untuk menjadi imam kepada isteri dan anak-anaknya.
Begitu juga dengan perkongsian Dr Taufiq Raziq ini. Ikuti pandangannya mengenai keikhlasan seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.
TAK PERLU PERSENDA SUAMI TENTANG BACAAN TERAWIH
Tak perlu persenda suami yang hanya mampu baca 3 Qul sahaja
Tak perlu dibuka aib suami yang mampu baca Surah Al Ikhlas sahaja.
Tak perlu dimalukan suami yang baca surah pendek sahaja
Di luar sana ada ratusan ribu suami yang memukul isteri isteri mereka. Isteri bagi mereka adalah ‘punching bag’ semata mata. Ada yang menjadikan isteri hamba sahaya. Isteri disusah susahkan dan direndahkan tanpa rasa bersalah.
Di luar sana ada terlalu ramai suami yang menyeksa isteri mereka. Dibiarkan bergantung tak bertali. Ditinggal tanpa khabar berita. Nafkah tak diberi dan hidup dipersia.
Bergembiralah jika si suami masih mahu bersolat bersama isterinya walaupun hanya mempunyai bekal hafalan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas semata.
Ingatlah hadis daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)
Beruntunglah wahai isteri semua kerana suami yang seperti itu jauh lebih baik daripada suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan di luar sana.
Tengah malam tadi kita dikejutkan dengan berita pelakon terkenal, Nad Zainal yang dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terkini, berdasarkan insta story Ungku Ismail yang juga merupakan rakan baik dan pelakon berkongsi keadaan Nad terkini yang berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.
Berita ini dikongsikan lebih kurang satu jam lepas semasa artikel ini dimuat naik.
Beliau juga sempat meminta orang ramai untuk mendoakan agar Nad Zainal boleh sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusannya.
“Assalammualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahumma Aamiin. Allahu Yashfiiha. Allah Yashfiiha. Allahu Yashfiiha,” tulisnya di insta story tersebut.
Sebelum itu, media melaporkan bahawa Nad dimasukkan ke hospital adalah kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.
Maklumat tersebut dimaklumkan menerusi rakannya, Aina Liza atau lebih dikenali sebagai Sherry Al-Hadad dalam satu kenyataan pada semalam.