Ibu dan ayah adalah dua insan yang cukup kita sayangi dan amat bermakna. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini.
Andai mereka mengadu sakit pening, hati kita pasti risau dan kalau boleh ingin segera kita rawat agar keduanya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Namun apa daya bagi seorang anak ini, bila ibu ayahnya yang telah pun berusia dijangkiti covid-19. Terasa gugur jantungnya ketika berdepan dengan ujian hebat ini.
Hal ini turut dikongsikan diakaun fbnya dan mengundang respon yang rata-ratanya sebak dan mendoakan yang baik-baik buat keluarganya.
Sumpah time ni aku x kuat… rasa nk luruh jantung.. kaki aku rasa mcm x pijak ape2… otak aku dh terbayang mcm2… tp aku tahan air mata aku.. tunjukkan aku kuat depan mak… aku x nk mak tgk aku lemah.. aku nk mak aku tgk aku kuat!!!
Ads
Mak berjangkit dengan ayah.. ayah pula berjangkit ketika die solat di masjid…yg mana pada hari itu hadir sahabatnya yg bru pulang dr perhimpunan tabligh…..
mulianya cara jangkitankn ketika mana kita nk bertemu Allah.. dalam rumah Allah….Sempat juga aku pesan dekat die mak kne kuat yeee ini ujian Allah buat kita.. dah seminggu lebih mak di wad iso di bainun..
Ads
hari2 call tnye kabar… alhamdulillah hari2 suara die bersemangat.. inshaAllah 30/3 ni dia akan buat saringan lgi skali.. harap2 keputusannye -ve… doakan mak dan ayah saya yee…sahabat2…
Manakala postingnya yang berikutnya, turut berkongsi keadaan terkini ayahnya yang juga sedang menerima rawatan di hospital.
Allah turunkn ujian buat hamba yg dia sayang… dan jangan sesekali kita rasa kita terselamat dr ujian… sesungguhnya terselamat dr jangkitan wabak itu sendiri adalah juga ujian… malam td call ayah.. sayu suaranya katanye x sihat… Allahu.. pagi ni call lg Alhamdulillah katanye okey…ya Allah ya rabb.. tiada daya kami anak2 dpt membantu selain dari berdoa pada mu… rindu ayah rindu mak… kita dekat tp jauh
Ads
Sungguh berat ujian ini, dan bersamalah kita doakan agar ibu dan ayahnya bebas daripada Covid-19. Amin…
Apabila buat kek, biskut, roti, donut dan sebagainya tentu ada yang tak kena, sama ada tak jadi, keras, tak rangup dan sebagainya.
Biasanya kita akan cakap salah sukatan resipi termasuk bahan-bahan penyediaan lain. Namun tahukah anda sebenarnya ramai yang tak tahu lanjut tentang gandum. Nak buat kuih semua main ambil je gandum.
Bagaimanapun menerusi perkongsian wanita ini, menjelaskan jenis tepung gandum berdasarkan brand. Berdasarkan pengalaman sendiri beliau berkongsi tip memilih brand tepung untuk memastikan kuih yang dibuat menjadi!
Kisah Inspirasi
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Korang jangan keliru ye antara kuntum bunga ros tu. Satu tepung gandum cap ros dan satu lagi tepung red rose.
Tepung red rose tu biasanya kat bakery tak jual jenama ros tu. Kebanyakan yang di jual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung red rose.
Tepung red rose ni korang adalah tepung khas utk membuat biskut yang mana biskut korang akan menjadi lebih ringan dan rangup. Harga sekitar rm3 ke rm3.20 sekilo
Manakala tepung cap rose tu pulak tepung serbaguna sama taraf dengan tepung gandum lain lain. Contoh tepung cap sauh, kunci, bakers choce , faeza dan lain lain. Harga sekitar tak sampai RM2. Tepung gandum cap ros beratnye 850gm sepeket ye.
Cuma kzu prefer guna tepung gandum cap sauh dan bakers choice utk kek dan biskut
Tepung cap kunci utk karipap, Tepung cap rose ramai juga yng guna utk biskut, Tepung cap cempaka utk apam senyum merekah, Tepung high protein utk donut. Hok ni nti story lain
Tepung biskut red rose bergantung pada resepi yng guna ye
Kesimpulannye, semua tepung gandum boleh je korang guna untuk apa apa resepi
Ikut kesukaan jenama masing masing ye. Harap dapat membantu ye. Selamat membaking ye
“Ditakdirkan Kubur Bersebelahan, Ayah Pergi Sebulan Selapas Mak.” -Anak Ni Kongsi Cerita Buat Ramai Sebak!
“Bila bercakap berkenaan ready ke tidak. Aku rasa aku dah ready je sebab mak ayah aku dah lama sakit. Sejak aku darjah 2 mak aku dah ada cancer. Ayah aku pulak kena strok tahun 2011.
“Sekarang aku dah 28 tahun. So lama dah aku tengok diorang bertahan dan berjuang untuk terus hidup. Walaupun kami diuji dengan pemergian ibubapa dalam 1 bulan, aku yakin apalah sangat ujian aku ni jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin ibubapa mereka pergi secara tiba-tiba,” begitulah respon yang diberikan oleh pemuda bernama Muhammad Firdaus Bin Zulkifli di Twitter bila ada yang bertanyakan persoalan tentang pernah tak korang get ready kehilangan orang yang tersayang?
Tidak dengan itu, turut dikongsikan sekeping gambar yang sangat menyentuh hati warganet. Bila mana kuburan ibu dan ayahnya direzeki bersebelahan di antara satu sama lain.
Berkongsi lanjut bersama Majalah Keluarga bagaimana Muhammad Firdaus Bin Zulkifli bersama empat orang adik beradik yang lain tabah menerima kehilangan insan tersayang dalam jarak tempoh yang dekat, di mana ibunya meninggal dunia selang waktu sebulan sebelum ayahnya pula menyusul. Maka ini jawabnya.
“Pertamanya saya yakin semua yang hidup pasti merasakan mati. Cuma cepat atau lambat. Rezeki saya, sebelum pemergian mereka Allah hadirkan sakit yang kritikal untuk mereka ketika umur saya 8 tahun.
“Jadi dengan sakit tersebut, sejak umur 8 tahun saya sudah ajar diri saya untuk bersedia jika bila-bila masa Allah nak ambil mereka berdua. Sekarang umur saya dah 28 tahun. Allah dah panjangkan umur mereka 20 tahun untuk kami hidup bersama.
“Dan keadaan di akhir hayat mereka, mereka sangat uzur. Maka saya rasa jika ditakdirkan mereka pergi, memang itu lah yang terbaik daripada mereka terus hidup dan menahan sakit yang tiada penghujung,” jelasnya ringkas.
“Atas rasa sayang, wajar lah pemergian mereka sedikit melahirkan rasa gembira kerana tiada lagi sakit untuk mereka. Rasa sedih mesti ada sebab sudah tiada lagi mereka yang kami gelar ibu bapa. Tapi dunia ni hanyalah tempat persinggahan sebelum menuju ke akhirat, kehidupan yang abadi. Esok lusa mungkin bahagian kita pula. Maka sebelum ujian-ujian yang berat semua ni terjadi, banyakkan positif self talk and expacting the worse.
“Jadi bila ia benar-benar terjadi, sekurang kurangnya redha kita dah sampai dulu sebelum emosi yang menguasai diri. Dengan pemergian mereka, peluang berbakti kepada mereka tetap ada iaitu dengan banyak-banyakkan beramal soleh, insha Allah. Ini sahaja jalan yang tinggal buat kami adik beradik dalam nak membuktikan rasa cinta kami kepada kedua ibubapa iaitu dengan banyakkan berdoa buat mereka,” kongsinya lagi dengan tenang.
“Jadi di sini bukannya nak banding ujian siapa lebih berat. Cuma nak ingatkan, kita bertemu dekat dunia yang sementara ini adalah untuk berpisah. Dan yakin lah satu hari nnti kita akan dipertemukan semula dengan orang-orang yang kita sayang.
“Kita yang masih hidup ni mestilah teruskan perjuangan kita. Sikit je lagi. Kalau Allah takdir kan kita mati lagi setahun, kita cuma tinggal 1 tahun je lagi untuk kita perbanyakkan bekal untuk hidup sejahtera di akhirat kelak. Dan macam mana kalau Allah takdirkan tinggal 1 bulan?
“Semoga roh ibu bapa kita ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Dalam membuktikan cinta kita kepada kedua ibubapa kita, amalan sahaja lah yang kita boleh perbanyakkan agar kita sama-sama dihimpunkan di tempat terbaik di akhirat sana.
“Akhir kata, untuk perkara-perkara yang kita memang tak boleh ubah walau hebat macam mana sekali pun kita, hadapi lah perkara tersebut dengan sabar dan berhikmah. Lebihkan fokus kepada perkara-perkara yang kita boleh ubah dan bimbing lah diri kepada versi kita yang terbaik.
“Jangan buang masa meratapi hal-hal yang luar dari kemampuan kita. Kebahagiaan itu perlu dibina dan dicari. Ingat, kita tidak akan mendapatkan hasil yang berbeza jika tindakkan yang kita ambil masih sama,” kongsinya lagi.
Bahkan anak muda ini turut berpesan, “Buat kalian yang masih ada ibu bapa, percaya lah peluang untuk berbakti kepada mereka memang betul-betul singkat. Hanya dengan kiraan saat, Allah boleh ubah daripada ada kepada tiada.”
Raya Terasa Pilu
Bercerita tentang sambutan Raya kali ini, lima beradik ini laluinya dengan suasana yang pilu tanpa adanya dua insan tersayang disisi.
“Meskipun Raya disambut sedikit sendu. Tetapi kasih sayang sedara mara dan orang sekeliling meredakan rasa kerinduan kami kepada ibu bapa kami. Perhatian dan sokongan mereka sangat-sangat mendorang kami untuk teruskan melakah dan bersedia dengan perjalanan hidup kami di masa akan datang.
“Walaupun bersedihan, kami bergotong royong pada malam raya untuk masak rendang ayam dan rendang kerang, resepi seperti yang ibu kami selalu masak dulu bagi mengubati rindu kami kepada mereka.
“Kami juga menziarahi sedara mara dan kawan-kawan ibu ayah kami bagi mengekalkan hubungan silaturahim yang sudah dibina sepanjang mereka hidup,” ceritanya panjang lebar.
Sebagai tuan rumah, pasti kita mahu tetamu yang bertandang untuk berhari raya berasa selesa dan gembira. Selain menghidangkan pelbagai juadah enak, ada baiknya, ibu-ibu mesti nak keadaan ruang tamu sentiasa bersih dan dalam masa yang sama berbau segar dan harum.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah. Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba buat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Istimewanya juga bila berbicara tentang penyegar udara ini, ia cukup menjimatkan dan aromanya dijamin cukup menyegarkan segenap ruangan. Jadi apa tunggu lagi, jom buat!
Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Kombinasi bahan-bahan ini akan menghasilkan bau yang segar dan pada yang sama turut menghasilkan bau yang menyenangkan sesuai dengan mood musim panas yang sejuk. Potong beberapa hiris buah epasl dan masukkan hirisan ke dalam balang dan tuangkan air. Tambah beberapa batang kayu manis dan beberapa keping bunga lawang dan bunga cengkih. Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang anda inginkan.
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Lemon + Thyme,+ Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina dan thyme yang segar. Anda juga boleh menggunakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati di pasaran berhampiran anda. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badam bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hiris lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Timun + Basil +Serai
Jika anda inginkan aroma yang merangsang deria, tiga bahan ini sangat sesuai dengan anda kerana bau tajam basil yang dicampurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi aroma kegemaran anda. Potong beberapa keping timun dan letakkan di dalam balang yang sudah berisi air. Tambahkan beberapa tangkai selasih (anda juga boleh menggunakan selasih kering) dan tambahkan juga beberapa titik minyak pati serai.
Sumber : FB Impiana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.