Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak istimewa. Selain punya kesabaran yang tinggi, ibu bapa harus berjiwa kental dengan padangan masyarakat sekeliling. Terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang memberi persepsi negetif anak istimewa ini. Ikuti luahannya NorizaHashim dilaman facebooknya.
JANGAN KAITKAN DENGAN DOWN SINDROM
Setelah lebih sedekad memiliki anak dengan Sindrom Down, aku merasakan persepsi negatif masyarakat terhadap Sindrom Down tidak banyak berubah. Jika dulu kita sering mendengar lawak-lawak OKU dikaitkan dengan Sindrom Down untuk dijadikan bahan ketawa namun pada zaman media sosial ini masih ada lagi hinaan mengaitkan Sindrom Down atas nama Sarscam. Lagi teruk ada yang menggunakan akaun palsu untuk menyelar ibu bapa yang mempertahankan anak syurga dilabel membawang dan pembaris.
Apabila disebut kurang upaya selalunya masyarakat mengaitkannya dengan Sindrom Down sedangkan kategori kurang upaya terbahagi kepada: 1. Kurang Upaya Pendengaran 2. Kurang Upaya Penglihatan 3. Kurang Upaya Fizikal 4. Masalah Pembelajaran 5. Kurang Upaya Pertuturan 6. Kurang Upaya Mental 7. Kurang Upaya Pelbagai
Kategori Kurang Upaya bagi Sindrom Down adalah Masalah Pembelajaran. Sama kategori dengan lembam, kurang upaya intelektual, Autisme, ADHD, Diksleksia, Diskalkulia dan Disgraphia serta lewat perkembangan global (global development delay). Semuanya berbeza, tidak boleh pukul sama rata dan mencampak semua ketidakupayaan itu kepada Sindrom Down. Anak-anak syurga kami selalu diejek dan dihina dengan panggilan “Budak Sindrom” tetapi banyak lagi sindrom lain yang ada di dunia ini seperti Sindrom Patau, Sindrom Edward, Sindrom Tourette dan lain-lain. Tetapi mengapa Sindrom Down yang selalu menjadi mangsa kejian dan umpatan? Mungkin kerana kejahilan masyarakat tentang ilmu berkenaan Sindrom Down menyebabkan mereka sering dihina dengan perkataan bodoh, hodoh, lemah, penyakit, cacat kekal, balasan, kenan dan tak hidup lama. Betapa tegarnya mereka sehingga sanggup mengutuk ciptaannya Tuhan. Malah ada yang masih menganggap ia suatu taboo dan patut disorokkan daripada masyarakat.
Ads
Tuduhan-tuduhan tadi sudah lali didengar tetapi hakikatnya sekarang keadaan banyak berubah. Cuma minda dan hati kita sebagai masyarakat masih tertutup menerima golongan istimewa ini dengan hati terbuka. Masalahnya adalah kita. Kita yang tidak tahu untuk bertindak balas dengan mereka dengan cara yang betul, sopan dan berhemah. Kita yang lari dari mereka. Kita yang tidak mahu memandang mereka. Kita tidak diajar cara menyantuni anak istimewa. Kita masih menganggap mereka bermasalah. Tanya diri kita adakah ini masalah kita atau mereka? Ya. Benar, mereka mempunyai kesukaran untuk hidup SEMPURNA di dalam dunia NORMAL kita. Kita yang sering memandang mereka abnormal, tidak upaya sedangkan kita yang normal ini tidak berupaya membantu mereka. Kita lupa mereka ini VVIP syurga yang penuh kasih sayang, bersih tiada dosa dan tidak berdendam seperti kita.
Ini bukan ujian untuk mereka dan keluarga mereka sahaja. Ini ujian untuk kita semua. Jangan dipinggirkan mereka. Sudah lama kita meminggirkan masalah mereka untuk menyelesaikan dahulu masalah kita. Menganggap mereka golongan minoriti dan kebajikan mereka dan keluarga dikesampingkan. Lebih teruk jika kita melayan mereka seperti insan yang berdosa tetapi kita tidak menyedari dosa kita mengabaikan mereka. Hakikatnya mereka ini gudang pahala. Tangan-tangan mereka mungkin akan menarik kita ke syurga. Tatkala kita terus mentertawakan dan menghina mereka di dunia, tanpa perasaan simpati dan empati, fikir-fikirlah dan bermuhasabahlah.
Ads
Kamiakanterusberjuang
Kami sebagai ibu bapa anak hebat ini akan terus berjuang. Berjuang sehebat anak-anak kami yang kuat menghadapi ketentuan Tuhan ini. Kami sebenarnya menumpang kekuatan mereka. Biarlah yang orang lain menganggap mereka “DOWN, DOWN, DOWN”. Memang kadangkala semangat kami adakalanya “DOWN” tapi setiap kali memandang wajah-wajah mereka aura kekuatan itu datang.
Ads
Ibu ayah anak-anak syurga, ujian ini bukan mudah. Kadangkala payah. Tapi sentiasa ada sinar harapan. Warna ceria sentiasa muncul. Kita sama-sama menangis dan ketawa. Kehadiran anak-anak syurga memberi banyak warna dalam kehidupan kita. Merekalah Panas, Hujan dan Pelangi dalam kehidupan kita.
Bagi netizen pula, jangan mudah menghina anak ini. Dan jangan sesekali menyamakan perbuatan salah orang NORMAL tetapi mengaitkan dengan Sindrom Down. Anak DS ini jarang melakukan perbuatan pelik dan ketagih viral macam manusia yang sentiasa menggelarkan dirinya NORMAL.
Catatan ikhlas Noriza Hashim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa begitu gembira apabila mendapat zuriat. Malah bagi yang mempunyai masalah kehamilan, ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk mendapat zuriat dengan rawatan perubatan kesuburan.
Namun, kadang-kala apabila bergelar ibu bapa ini, kita culas dengan peranan mendidik anak-anak.
Malah seolah-olah anak menjadi gangguan dalam hidup sehingga ada yang tanpa sedar memarahi anak.
Sesungguhnya anak mempunyai perasaan. Usah dera mereka dengan sikap anda antaranya panas baran, tidak pemaaf, suka membanding dan cakap lepas.
Ikuti 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan . Moga kita muhasabah diri.
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan “JANGAN” tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
Baru-baru ini tular video yang di muatnaik oleh pengguna tiktok dari negara seberang , Indonesia. ig_arvinoseptiansyahreal yang berkongsi kisah anak lelakinya, Vino. perkongsia itu mendapat sambutan sehingga 2.9 juta tontonan.
Beliau berasa pelik, kebiasannya pada waktu itu Vino sudah balik dari sekolah. Namun apabila menjengah ke pintu hadapan rumahnya, dia terlihat Vino sedang duduk di luar hadapan pintu rumahnya sambil merenung kearah jauh seolah-olah memikirkan sesuatu.
Apabila bapanya menyanyakan Vino mengapa anaknya itu bersedih, lalu Vino menceritakan tentang apa yang berlaku di sekolah tadi.
” Tadi kan, Vino pulang dari sekolah, terus, teman-teman Vino dijemput oleh mama-mamanya. terus.. Vino nya gak dijemput…
“terus teman-teman Vino tanya sama Vino ‘kemana mama Vino?’ lalu Vino bilang Vino nggak punya mama…” jawabnya sambil menahan sebak.
tidak tahan menahan sebak, Vino terus mengalirkan air matanya, Sambil mengulangi kata-katanya bahawa dia tidak mempunyai ibu seperti kawan-kawannya, bercucuran air matanya yang jelas menunjukkan dia benar-benar merindui arwah ibunya yang telah tiada. Jauh disudut hati anak yang merindukan wajah dan kasih sayang seorang ibu, seperti teman yang lain.
Mendengar jawapan anaknya itu membuat bapanya turut mengalirkan air mata bersama anaknya sambil memeluk erat dan menenangkan anaknya.
Allahu Akbar! sesiapa saja yang melihat video tersebut turut mengalirkan air mata, tidak dapat menahan sebak. Membayangkan rentang apa yang terbuku di hati Vino yang tak terucap.
Meninjau ke ruangan komen, diberitahu bahawa ibunya telah pun meninggal dunia semasa Vino masih bayi. Rindunya seorang anak terhadap ibunya yang tidak sempat melihat dirinya membesar. Vino dibesarkan oleh bapanya seorang diri sejak dari bayi.
Orang ramai juga turut meninggalkan doa dan kata-kata semangat untuk Vino dan bapanya.
Rupanya 5 Tabiat Ni Punca Aircond Kereta Cepat Rosak. Nombor 3 Ramai Yang Buat!
Mungkin ramai antara kita akan berasa pening kepala jika mengalami situasi aircond kereta rosak. Tentu menyebabkan kita merasa tidak selesa.
Sebenarnya terdapat beberapa tabiat mudah yang sering dilakukan pemandu dan tanpa sedar menyebabkan aircond cepat rosak. Ketahuinya dalam artikel ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1. BIARKAN KABIN TERLALU BERSEPAH
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
2. BUKA TINGKAP SEMASA AIRCOND TERPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang. Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
3. TUTUP ENJIN SECARA MENGEJUT
Sebelum tutup enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
4. MER0K0K SESUKA HATI
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari r0 k0k tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
5. GUNA PEWANGI YANG KURANG SESUAI
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang evaporator atau cooling coil dalam aircond. Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Sumber: Majalah Perdana via my sumbermaya
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...