“Saya dan isteri akan menuntut bela diatas kematian anak syurga kami.”
Ibu ayah Al Fateh bangkit tuntut bela kematian tragis pemata syurga mereka. esungguhnya rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 dan isteri, yang kehilangan permata syurga mereka baru-baru ini.
13 tahun menunggu, Muhammad Al Fateh Amri, pasangan ini tidak menyangkan hanya 8 bulan dapat bergelar ibu dan bapa. Menerusi hantaran terbaru di facebooknya, Mohd Fikry meluahkan rasa rindu kepada arwah anaknya.
“Daddy mummy rindukan gelak tawa Muhammad Al Fateh Amri. Tunggu kami di pintu syurga nanti ye anakku.
Artikel Trending:
- Sebelum Al- Fateh, Haura Najia Maut Dibedung, Disumbat Botol Susu
- Pedihnya Masih Sakit Hingga Kini, Rintihan Ibu Haura Najia Meruntun Jiwa
- Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun Ditemui Selamat Selepas Dilaporkan Hilang
“Di akhirat nanti boleh bawa daddy mummy masuk syurga sama-sama. Al Fateh main la dulu dengan anak-anak syurga yang lain. Allah pinjamkan Al Fateh kepada kami untuk 8 bulan.”
“Kami sangat bersyukur. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi menjadi asbab untuk kami jadi lebih baik. Al Fatihah…”
Mahu Tuntut Bela
Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza Mohd Fikry meluahkan akan menuntut bela kematian tragis anak tunggalnya menerusi tindakan undang-undang.
Dia menjelaskan berbuat demikian untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan insiden ini tidak lagi berulang sehingga meragut nyawa bayi yang masih kecil.
“Saya dan isteri akan menuntut bela diatas kematian anak syurga kami. Bukan hanya pengasuh tetapi pengusaha Taska juga perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas dari tindakan undang-undang.”
“Mohon perkenan YDP Agong, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kehakiman Negara (JKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini agar hukuman maksimum dikenakan ke atas pengasuh dan pengusaha Taska tersebut.”
“Saya akan ambil tindakan undang – undang yang maksimum supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada pengasuh dan pengusaha Taska yang lain agar mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan.”
“Saya tidak mahu ada lagi anak-anak taska yang menjadi mangsa korban seterusnya. Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Nanti di akhirat kelak, kita semua akan dihisab di hadapan Allah.”
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatin. Mohon doakan saya dan isteri terus kuat bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan menuntut bela ini. Sama-sama kita bantu satu sama lain.”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen para wargamaya memberikan kata-kata semangat dan menyokong tindakannya dengan meletakkan kata pagar #JusticeForAlFateh.”. Antara komen adalah seperti berikut
“Salam Takziah Sir. Semoga Tn sekeluarga diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.”
“Semoga keadilan berpihak pada cikgu, abang, fateh & anak syurga lain!”
“As you should, guys!! Let’s do this. We support you all the way #JusticeForAlFateh.”
Sumber: Mohd Fikry Amri
Layari portal Keluarga.my untuk info terkini dan bermanfaat seisi keluarga!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan event sepanjang tahun 2024!