Pastinya semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak dan ia termasuklah dari segi kesihatan, kelakuan, pelajaran dan segenap aspek kehidupan mereka.
Namun begitu, tidak semua ini dapat dicapai dengan mudah terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.
Ini kerana kanak-kanak istimewa ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih teliti serta rapi daripada ibu bapa.
Ikuti artikel ini untuk mendapatkan tips membesarkan anak istimewa.
10 NASIHAT BAGI IBU BAPA PENJAGA ANAK ISTIMEWA
(tak mampu buat semua, jangan tinggal semua)
1 – Kita wajib meyakini bahawa anak kita bukan satu ciptaan yang rosak (defect creation) oleh Penciptanya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang rosak dan sia-sia. Ini PENTING, ini isu aqidah
2 – Selain dari anugerah, anak juga merupakan ujian dari Allah. Samada mereka tipikal mahupun anak istimewa. Perkara ini sepatutnya membuatkan kita lebih banyak sebab untuk rapat dengan Allah. Dia lah yang mengirimkan anak ini pada kita. Tidak mungkin kiriman ini salah alamat. Pastikan memohon pertolongan dari Allah lebih dari segalanya. Ini bukan bermaksud tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi mencari Allah dalam melalui ujian ini adalah lebih utama. Jangan sesekali salahkan DIA.
3 – Elakkan untuk menyalahkan pasangan serta keturunannya ataupun makhluk sekeliling anda. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan sekadar untuk mengadu perihal anak kita tapi belajar dari mereka yang terdahulu. Ini masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif dan stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Pedulikan. Kita sendiri pun tak perlu sibuk cari dosa orang lain. 4 – Kita perlu tahu bahawa anak kita masih mempunyai deria kerana tanpa apa-apa deria, dia mungkin sudah jadi mayat. Sila kenalpasti kerana itu akan jadi medium untuk kita ajarkan sesuatu. Melalui deria itu kita perlu didik dia, kenal Pencipta mereka. Selagi mana rohnya masih lagi bersama jasad, dia tetap lagi manusia. Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria lain yang memerlukan ransangan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tetapi tugas kita adalah berusaha untukmendidik mereka. Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta. 5 – Sebagai ibu bapa kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik anak. Cari ilmu. Mereka (anak-anak) pasti diberikan sesuatu kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak itu malah aspek kerohaniannya juga penting. Oleh itu, fokuskan cara atau kaedah pengajaran dengan menggunakan deria yang anak masih berfungsi. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk yang dicipta tiada fungsi dalam kehidupan ini. Serta datangkan rasa syukur dalam diri. Lihat insan lain yang lebih hebat ujian yang diberi. Ingat point nombor 1. 6 – Cuba kita perhatikan, ketika seseorang insan yang berada di hujung nyawa pun kita masih AJAR kan mereka dengan kalimah Allah. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak memikirkan serta memberi peluang agar anak kita dididik ingat Allah. Jangan beralasan, walaupun anak kita hanya boleh kerdip mata sahaja atau mampu angguk kepala sahaja. Didik mereka untuk mengenali, mengingati, mengecam kalimah-kalimah toiyyibah, zikir dan lain-lain. Ada Allah ada segalanya 7 – Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir yang tinggi. Jangan stress. Jangan buat kerja Allah. Sebagai hamba kita perlu buat kerja Rasulullah. Less fikir more zikir. Usaha untuk sampaikan ilmu. Jangan fokuskan dengan keputusan atau tentang pencapaian, tapi fokuskan dengan apa usaha kita yang telah dirancang dan akan laksanakan 8 – Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti. Semasa didunia ini kita boleh lihat berapa ramai orang tertinggal penerbangan walaupun mereka ada tiket, orang yang ada tiket bas tapi tidak dapat balik kampung & pelbagai lagi. Maksudnya BUKAN SEMUA TIKET yang kita ada, boleh memberi kita sesuatu manfaat. Jangan sesekali kita terlepas tiket ke syurga 9 – Ada kemungkinan antara fungsi mereka di dunia ini adalah untuk mendoakan kita. Maka ajarkanlah mereka berdoa. Bimbing doa mereka. Pastikan ada kita dalam doa mereka. Semoga permintaan mereka pada Allah tiada hijabnya. Ambil peluang sebelum mereka diambil kembali oleh Illahi. Walau bagaimana pun mereka masih lagi manusia, mereka bukan malaikat. Mereka tetap akan melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu sekiranya mereka melakukan kesalahan dengan manusia, ajarkan untuk meminta maaf. Jika berbuat salah dengan Allah dan RasulNya, ajarkan untuk beristighfar dan bertaubat. *Ibu bapa dan asatizah juga perlu lebih banyak istighfar dan selawat pada Rasulullah dalam mendidik mereka agar dimudahkan urusan 10 – Dalam mendidik anak istimewa, jangan hanya fokus dengan pendidikan vokasional, kemahiran dan akademik sahaja tapi kita meninggalkan pendidikan al-Quran. Ini seolah-olah kita hanya menekankan perkara fardhu kifayah tapi meninggalkan yang perkara fardhu ain. INGAT!! al-Quran bukan sesuatu yang menjadi alternatif, bukan komplementari. Malah ia adalah asas (foundation). Usahakan pendidikan al-Quran buat mereka. Sumber: Zaini Abas