Anak-anak adalah amanah dan taggungjawab yang perlu diberikan penjagaan dan perhatian sepenuhnya oleh ibu ayah. Sekiranya diabaikan, maka ibu ayah tersebut adalah insan yang tidak berhati perut kerana membiarkan nasib anak-anak tidak terbela.
Kena Tidur Di Koridor Rumah
Begitulah yang berlaku di Pasir Gudang, Johor ini apabila sepasang suami isteri berusia sekitar 50-an tergamak membiarkan anak mereka berusia 13 tahun tidur di kaki lima rumah. Remaja lelaki itu terpaksa tidur di koridor hadapan rumah kerana dihalau kedua orang tuanya.
Menerusi perkongsian di grup komuniti, jiran memberitahu remaja lelaki itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Dia bahkan terpaksa membuang air besar di kawasan tangga rumah pangsapuri itu kerana tidak boleh masuk ke rumah.
Tidak mahu dikenali, jiran tersebut turut memberitahu kejadian remaja lelaki itu dihalau bukanlah kali pertama.
“Salam Warga Taman Air Biru. Macam mana ya nak selesaikan masalah remaja Tingkatan Satu ini diabaikan ibu bapa dia.
“Tak dibenarkan masuk ke dalam rumah dah hampir tiga, empat hari tak balik. Ini bukan kali pertama dihalau, malah sudah selalu sangat. Sampaikan remaja ini buang air besar pun di tangga sebab tak boleh masuk rumah.”
Ads
Sudahlah tidak dibenarkan masuk ke rumah, remaja lelaki tersebut juga tidak diberi makan dan minum tetapi dia tetap meneruskan persekolahan seperti biasa. Tambah jiran itu lagi, remaja lelaki tersebut merupakan anak yang baik dan menganggap kejadian ini kes pengabaian kanak-kanak dan ibu ayahnya boleh dipenjara.
Makan Minum Atas Ehsan Jiran
Katanya lagi, sehingg hari dia membuat hantaran tersebut, remaja lelaki itu masih berada di luar rumah dan tidak dibenarkan masuk. Menurutnya lagi, remaja lelaki tersebut makan dan minum di atas ehsan jiran-jiran di sekitar situ.
Hasil perkongsian pengendali akaun tersebut, pihak polis terus mengambil tindakan dan melakukan siasatan lanjut. Kenyataan dari Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan tersebut pada hari Khamis.
Ads
Hasil siasatan awal mendapati remaja itu telah diabaikan dengan dibiarkan tidur di kaki lima perumahan itu selama beberapa hari sejad Ahad yang lalu. Kedua-dua suspek telah menjalani ujian air kencing dan negatif dadah.
Ambil Baju Dari Tingkap, Mandi Di Tandas Awam Untuk Ke Sekolah
Pasangan tersebut telah ditahan reman selama lima hari sejak mereka ditangkap dan menurut sebuah portal berita tempatan melaporkan remaja terbabit telah berdepan dengan situasi ini sejak setahun lalu. Dia juga dilihat mengambil pakaian sekolah yang dihulurkan dari tingkap dan terpaksa mandi di tandas awam untuk bersiap ke sekolah.
Ads
Sama-sama kita doakan remaja tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya dan jika benar orang tuanya bersalah, mereka akan dihukum di atas penganiyaan yang dilakukan.
Sudah acapkan dilaporkan agar penunggang basikal berkumpulan tidak boleh menggunakan jalan raya atas faktor keselamatan penguna jalan raya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 12 saat di mana sekumpulan penunggang basikal tenang berbasikal ditengah-tengah jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dimuat naik oleh @myjoe_ telah menarik perhatian netizen yang ternyata berang dengan tingkah laku mereka.
“Kalau tak menang emas Olympic aku tak tahu nak kata apa. Ada waktu tadi makan satu lorong,” tulis pengguna Twitter itu di bahagian kapsyen.
Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan penunggang basikal menunggang ditengah-tengah jalan raya yang sibuk.
Tidak pasti di jalan raya yang mana, tetapi tindakan mereka ini boleh membahayakan pengguna yang lain kerana jalan raya tersebut sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.
Video berdurasi pendek itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan menarik pelbagai komen netizen yang mengecam tindakan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amanah atau hajat dari seseorang yang telah meninggal dunia, sepatutnya ditunaikan lebih-lebih lagi ianya dikalangan ahli keluarga kita. Tetapi ramai juga yang gagal untuk melaksanakannya dek kerana beberapa kekangan terutamanya jika ia melibatkan harta yang ditinggalkan.
Tidak mustahil, ada keluarga yang dulunya harmoni terus berpecah belah kerana harta pusaka. Dan ada juga yang mengambil sikap berdiam diri kerana merasakan hrta pusaka ini tidak elok dihujahkan kerana ianya bukanlah dari titik peluh kita sendiri.
Menjengah di laman sosial, seorang pemuda bernama Imran telah berkongsi cerita mengenai restoran yang diusahakan oleh ibunya sejak anak dara, dalam sekelip mata musnah disebabkan ayahnya sendiri.
Mungkin disebabkan ketamakan atau mungkin juga atas sebab rasa tanggungjawab itu tidal sama seperti orang yang berhenpas pulas membinanya.
Ibu selalu cakap jaga kebajikan pekerja, bila ibu meninggaI ayah turunkan gaji pekerja dari RM120 kepada RM55. Ayah marah aku, cakap ini restoran dia suka hati nak buat apa. Tapi sebenarnya segala harta restoran, kereta, rumah, arwah ibu letak nama aku dan nama adik. Aku nekad halau ayah..
Salam para pembaca, kita terus ke cerita ye. Ibu aku ni dari muda dia dah meniaga. Buka warung tepi jalan. Dari warung tepi jalan yang setakat muat 10 orang ibu aku kembangkan kedai yang besar sedikit.
Dari kedai yang kecil akhirnya ibu berjaya buka sebuah restoran jual nasi campur. Ibu dengan ayah aku ni kahwin waktu muda. Kahwin pun sebab arwah nenek aku iaitu mak ibu aku yang paksa. Zaman 80, 90an biasalah perempuan nak tak nak kena terima dan telan.
Ibu aku pun kahwin. Ayah aku dia kerja main-main sebab dia tahu mak aku ada warung tepi jalan jadi dia kerja ala kadar. Lepas ibu aku melahirkan aku. Ibu aku terpaksa stop sekejap dekat warung dia suruh ayah aku tolong.
Tapi ayah aku tak nak sebab dia cakap “ada kerja” jadi lepas tahun demi tahun kedai makan ibu aku pun dah berkembang hidup kami pun senang. Tapi ayah aku tetap sama tak kerja, nafkah tak bagi. Tolong dekat restoran lagi lah tidak.
Sepanjang hidup ibu dan restoran dia tak pernah satu sen dia tolong bagi duit untuk perniagaan ibu aku. Ibu aku pernah dulu cakap dekat aku yang ayah aku ni pandai berlakon. Dia datang kedai mak aku ‘pura-pura’ bantu padahal dia duduk makan minum air lepas tu borak dengan orang yang dia kenal.
Itu tak termasuk berpura-pura nak kira meja orang makan, padahal nak pergi dekat cashier nak ambik 50 – 100 ringgit. Dah nak balik baru dia acah-acah bekerja tutup kedai. Depan saudara mara depan kawan-kawan nampak macam bisnes ibu dan ayah. Tapi hakikatnya?
Ayah aku tak sumbang apa-apa, dari urus hal restoran beli itu ini. Renovate itu ini semua duit ibu aku yang keluar 100%. Tapi dekat luar ayah aku menjaja cakap restoran tu 50 / 50. Aku pun hakikatnya tak suka dengan ayah aku.
Dia ni memang jenis paling kuat berlakon dalam rumah aku dengan adik perempuan aku habis kena tengking marah tapi dekat luar tunjuk yang dia ni ‘ayah dan suami hebat’.
Sepanjang aku hidup tak pernah sekali ayah aku bagi duit dekat adik dan aku. Semuanya hal sekolah hal belanja dari ibu.
Bila aku dah makin besar dan ibu dah buka restoran lagi satu dan dah ada buah. Ibu aku selalu tunjuk aku hal macam mana beli barang dekat kedai dan yang paling penting iyalah kebajikan pekerja. Ibu aku selalu cakap tiang utama kejayaan bisnes iyalah pekerja.
Layan mereka baik dan bagi gaji setimpal mereka akan bekerja dengan elok. Ibu aku memang banyak kali pesan kalau ibu tak ada dia nak aku yang uruskan hal restoran ni dia tak percaya ayah aku. Aku pun dari situ belajar serba sedikit.
Umur aku 21 tahun ibu aku meninggaI dunia. Aku waktu ni tengah sambung study jadi hal restoran ayah aku yang uruskan. Baru 6 bulan ibu aku meninggaI kau tahu ayah aku dah guna duit lebih 100 ribu beli macam-macam barang.
Aku awalnya nak sambung degree tapi aku tak sedap hati sebab ayah aku uruskan hal restoran. Habis study graduate convo apa semua aku pun melawat restoran. Baru seminggu aku datang kerja memang dan banyak benda berubah.
Pertama sekali macam lauk pauk selalunya memang banyak lebih 20 jenis. Sekali bila aku balik check ada 14 sahaja. Selalunya antara jenis lauk dari ayam, daging, kambing, sayur, telur, sambal dan lain-lain.
Jadi aku tanya mak jah (Mak Jah ni pekerja lama mak aku kira orang kanan) kenapa lauk sikit sangat selalunya double rupanya ayah aku yang suruh dia cakap selalu membazir.
Aku macam pelik membazir apa, selalunya Alhamdulilah dari aku kecil sampai besar lauk habis kalau tak habis pun staff restoran akan bawa balik. Check barang dekat stor punya banyak ayah aku tak restok dia cakap jangan beli banyak, nanti kena binatang lah rosak lah.
Padahal ibu dari dulu setiap kali barang macam beras memang tak sampai seminggu dah habis. Yang paling aku marah dia pergi turun gaji pekerja. Macam Mak Jah ni dia memang pekerja veteran waktu mak aku mula buka kedai makan kecik dia lah yang tolong. Lebih 20 tahun dia kerja.
Gaji Mak Jah ni ibu aku kasi 120 ringgit sehari sebab hal dapur memasak dia settlekan. Sekali ayah aku turunkan 55 ringgit. Mak Jah ni dahlah kena masak lauk banyak untuk 2 restoran. Lepas tu ayah aku pergi potong 65 ringgit dah lebih 7 bulan.
Cuba korang kira 65 ringgit darab hari dan 7 bulan dah berapa? Banyak kot. Alasan pula sebab ekonomi. Yang staff lain tu gaji awal 50 ringgit ayah aku cancel jadi 35 ringgit. Apa lagi yang pekerja Indonesia ayah aku kasi 30 ringgit.
Aku bila dengar memang marah. Selama ibu aku hidup dia tak pernah potong gaji tapi dia selalu naikkan gaji. Aku jumpa ayah aku tanya kenapa dia pergi tukar hal kedai yang dah bertahun ibu uruskan benda dah teratur elok bertahun tahun, ayah aku marah dia tengking aku cakap ini hal restoran dia suka hati nak buat apa, siap cakap aku budak lagi tak reti berniaga.
Aku apa lagi memang marah waktu tu, aku jerit cakap dari restoran, dari kereta duit, rumah arwah ibu lepaskan atas nama aku dan nama adik aku. Tak ada satu pun nama dia. Sedangkan restoran dua biji tu ibu aku letak nama aku dan adik.
Sejak bila tu jadi restoran dia. Dah lah dia sedap berbelanja guna duit dalam bank mak. Kira bernasib baik sebab mak aku ada akaun lain dan banyak lagi yang dia sorokkan tak kasitahu ayah aku dia suruh aku simpan. Kau bayangkan ibu aku tak sampai setahun meninggaI tapi ayah aku berbelanja 100 hingga 150 ribu ringgit.
Bukan sikit tu, banyak. Duit tu sepatutnya untuk belanja aku dan adik. Duit untuk kedai pula mak aku ada asingkan. Tapi ayah aku pergi sesuka hati dia pakai. Sejak hari tu aku dah tak kasi ayah aku handle hal kedai. Gaji pekerja pun aku dah naikkan balik.
Macam Mak Jah pun aku dah kasi dia 130/hari yang lain 50/hari. Yang macam pekerja Indonesia kesian diorang kerja bukan sebulan dah kena balik lepas tu selang seminggu datang Malaysia balik. Ingat setakat 30 ringgit cukup ke.
Kerja kedai ni dah dari pagi sampai petang letih bukan tak letih. Akaun bank mak aku, akaun kedai aku memang dah simpan. Aku siap upah lawyer nak ambil balik duit ratus ribu yang ayah aku sesuka hati guna. Itu tak termasuk tiba-tiba ayah aku marah cakap tak halal kan apa yang aku buat.
Siap Jaja dengan sedara mara aku anak derhaka halau ayah keluar rumah. Aku biarkan je. Sebab ibu aku dah memang amanahkan semua ini untuk aku dan adik aku. Kau bayangkan baru beberapa bulan dah banyak gitu ayah aku guna duit.
Kalau aku sambung degree rasanya ranap restoran mak aku. Dengan gaji pekerja dia kasi kecik memang diorang lari. Sekarang ni aku dah umur 26 tahun, adik pula tengah sambung pelajaran. Aku memang dah buat akaun khas untuk adik aku, duit ni biar dia sendiri yang decide nak guna.
Ayah aku ada juga berapa kali datang tapi aku setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saudara mara aku memang lama aku tak melawat. Aku cukup tenang dengan keluarga kecil aku dan restoran hasil titik peluh ibu aku.
Setiap kali terimbas balik apa yang ayah aku buat memang aku rasa takut. Bukan apa benda ni amanah ibu aku, aku memang dari kecik selalu duduk dekat kedai tengok ibu ambil order, masak, kira duit. Ibu aku selalu sangat pesan “jagakan kedai kita ni” sebab itu nama kedai pun ibu letak nama aku dengan adik.
Aku sekarang dah tengah dalam proses untuk restoran yang ke-3 nak letak nama ibu. Dalam 70% progress Insha Allah 2023 mungkin Februari akan beroperasi. Sampai sekarang saudara mara beIah ayah aku label aku anak derhaka.
Kata mereka tamak, padahal ibu aku dah banyak kali nak bercerai tapi cancel sebab arwah nenek aku. Pernah juga adik aku tunjuk dekat aku, makcik dan pakcik aku buat tulisan dekat Facebook mengata pasal aku. Aku dengan adik aku cuma mampu gelak sahaja.
Bagi yang mengikuti laman sosial Misi Rakyat, sebelum tular misi kutipan untuk Baby Nail sebanyak RM 9 juta, sebenarnya faundermisi sebelum ini telahpun membantu ramai lagi yang memerlukan.
Cuma apabila membuka kutipan untuk Baby Nail, angka RM 9 juta itu seakan agak mustahil lebih-lebih lagi ianya dibuka sewaktu Ramadan lalu dan angkanya sangat tinggi.
Ada juga yang mempertikaikan, kenapa rawatan terlalu tinggi dan sejauh manakah keberkesanan ubat RM9 Juta itu untuk Baby Nail, namun Foundermisi tidak pernah berputus asa.
Tampak seakan mustahil, siapa sangka jumlah yang mencecah hampir 8 angka itu berjaya dikutip hasil kerjasama rakyat Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja.
Perkongsian yang dibuat oleh TikTok @foundermisi ini berjaya membuatkan orang ramai sebak melihat keprihatinan rakyat Malaysia serta gembira apabila dana yang dikumpul berjaya dicapai.
Di sebalik usaha keras dalam mengumpul dana sebanyak RM9 juta, @akakfounder selaku isteri kepada lelaki yang berusaha keras ini tampil mendedahkan rutin harian suaminya dalam usaha membantu Baby Naail.
Menerusi perkongsian, difahamkan suaminya hanya tidur sekitar 3 jam sahaja sehari. Masa selebihnya digunakan di hadapan komputer dalam usaha untuk menjayakan misi ini.
Malah, suaminya turut pernah meluahkan rasa penat berusaha namun mengakui mempunyai tanggungjawab yang besar.
Beliau akui sebagai isteri, beliau sendiri agak terkejut apabila jumlah besar sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul hasil usaha orang ramai menerusi tabung yang dibuka oleh suaminya itu.
Dimaklumkan Yayasan Misi Rakyat sudah berjaya didaftarkan secara rasmi di mana yayasan ini bakal menjadi platform untuk program crowdfund seterusnya dalam membantu lebih ramai individu yang memerlukan.
Menariknya, meskipun dibenarkan untuk mengambil 30% bagi menanggung kos operasi, pengasas Yayasan Misi Rakyat ini memaklumkan beliau memilih untuk menanggung kos operasi oleh beliau sendiri tanpa melibatkan duit sumbangan.
Beliau memilih untuk mewujudkan sistem yang jelas dan transparent dalam memudahkan orang ramai memantau sekaligus mengelakkan daripada penyelewengan. Tahniah diucapkan buat pengasas Yayasan Misi Rakyat dan juga orang ramai yang berusaha keras menjayakan misi ini.
Semoga usaha ini dalam membantu rakyat secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat Malaysia.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...