Ibu Angkat Boleh Cuba 4 Fasa ‘Meniru’ Hormon Untuk Susukan Anak!

Share

Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Begitu juga bagi ibu angkat yang mahu menyusukan bayi angkatnya.

Perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi

Menurut kaunselor Lektasi Puan Ida Kamilia Mudzakir, “Ada 4 fasa untuk “meniru” hormon iaitu dengan mengambil pil perancang.

Suka Kak Ida maklumkan disini, pengambilan pil perancang MESTILAH mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi dari doktor terlebih dahulu.

Manakala tugas kaunselor laktasi adalah membantu ibu menjalani proses tersebut. Kecuali kaunselor laktasi tersebut adalah doktor ya.”

Fasa pertama
Ibu angkat perlu mengambil pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

Fasa kedua
Ibu angkat perlu berhenti mengambil pil perancang tetapi meneruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.

Fasa ketiga
Ibu angkat perlu memerah susu untuk meransang dan menggalakkan penghasilan serta pengeluaran susu ibu.

Fasa keempat
Memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

sumber : Ida Kamilia Mudzakir