Ibu Anak Ramai Dengan Ibu Anak Satu Berbeza Situasinya. Jangan Di Kata-Kata Atau Bersangka-Sangka Jika Melihat Anak Orang Lain Macam.

Share

Anak anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri.  Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.

Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.

Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif.

Perkongsian Puan Ashikin Hashim walaupun ringkas namun ada manfaatnyaa.


Dugaan Anak

——————–
Semoga Allah merahmati suami isteri di hadapan saya ini sekarang kerana sabar melayan kerenah anaknya yang sedang menangis. Bergilir-gilir menjamah makanan.

Sekejap ayah yang memujuk dan membawa keluar anak yang menangis. Sekejap lagi ibu pula yang mengambil alih tugas memujuk.

Berlainan pula keluarga yang satu lagi. Anak sudah besar. Dapat makan dengan aman. Berlainan juga dengan saya yang tidak bawa anak.

Semalam selepas suapkan Wafa makan (selalu dia makan sendiri tapi semalam minta Ummi suap pula ?), Ummi yang kelaparan mahu menjamah makan. Baru beberapa suap Wafa datang dekat: Ummi, Wafa berak!

Waaaa….potong la Wafa. Ummi tengah lapar. Abi belum balik ??

Begitulah dugaan anak.

Jangan di kata-kata atau bersangka-sangka jika melihat anak orang lain macam. Atau melihat ibu marah-marah. Kita tak tahu apa yang sedang dia hadapi. Kita tak faham apa yang dia sedang lalui.

Ibu anak ramai dengan ibu anak satu sangat berbeza situasinya. Ibu anak sihat dan ibu anak yang sakit, juga berbeza. Ibu anak kecil dan ibu anak yang sudah besar, sangat berbeza.

Semoga kita lebih rasa simpati dan empati. Dan selalu bersangka baik terhadap ibu-ibu dan ayah-ayah.

Sumber: FB Ashikin Hashim