
Membayangkan sebuah kediaman yang cantik dekorasinya dengan konsep-konsep tertentu, pasti sahaja kita dengan sendirinya faham sejumlah wang yang besar perlu diperuntukkan untuk menghasilkannya.
Begitu juga umpamanya andai ingin melatar ruangan dinding dengan konsep wainscoting yang kini digemari ramai. Pasti kosnya juga besar memandangkan menggunakan kayu-kayu untuk membentuk bingkai-bingkai pelbagai saiz yang dilekatkan di dinging. Semua itu memerlukan kepakaran untuk dihasilkan.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Diyanah Salim yang telah pun berjaya merialisasikan impian dengan menggayakan konsep wainscoting dengan belanja yang sangat murah. Ada trik dan tip yang dilakukannya.
Nak tahu apa caranya itu, jom semak perkongsiannya.
Tips nak buat wainscoting murah
Pergi beli kayu sendiri and upah org buatkan. Modal kayu untuk dinding lebih 20sft kurang drpd RM150
Kayu 1kaki RM0.85sen
1 kayu 7kaki RM6.00
Cat putih tin kecik
Spray kayu RM8
Paku
Gam kayu
Harga kalau amik pakej a-z dkt fb/ig. Lebih rm3k. Modal buat sendiri tak sampai RM500
JIMAT SELAGI BOLEH. Wainscoting ni, cik nana beli brg semua sendiri. Ukur setiap jarak and design sendiri.Tukang buat hanya potongkan kayu, cat and tampalkan kayu.
Nak lg jimat boleh buat sendiri. Senang je bila dah tahu cara.
Ekstra tip :
- Make sure kena cek dulu kayu sblm beli.
Sbb ada kayu yg x lurus so nnt susah nak dpt ukuran betul2 lurus masa buat
2. Nk lg senang beli laser dinding. So buat nnt ikut laser je. Harga dkt shoppe dalam rm80 je x silap
Harap dapat membantu kekakak yg nk nampakkan rumah mewah tapi dalam bajet yg sgt murah
sumber : Diyanah Salim
“Muhammad Nak Tahu Papa Di Mana.” 5 Tahun Kehilangan MH370, Isteri Pramugara Kongsi Luahan Hati Anak Rindukan Ayah. Sebaknya Baca!

Pejam celik rupanya tahun ini genap 5 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Yang pasti banyak air mata, jerih payah pengorbanan mahupun tekanan psikologi yang terpaksa dilalui terutamanya waris keluarga MH370 yang tidak pernah putus harap memburu jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kisah di sebalik kehilangan MH370 melalui kaca mata seorang isteri bernama Intan Maizura Othman, 38 tahun yang merupakan isteri kepada Mohd Hazrin Hasnan, kru pesawat berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by AIRBNB HOST & LADY BOZZ (@intanmaizuraothaman) on
Tabah dan redha sejak kejadian itu membuatkan Intan terus memujuk dirinya supaya kuat meneruskan kehidupan, meskipun persoalan di benak fikirannya belum bertemu noktah. Menerusi laman instagramnya, Intan berkongsi momen bersama suaminya sebelum ini.
View this post on InstagramA post shared by AIRBNB HOST & LADY BOZZ (@intanmaizuraothaman) on
Selain itu, Intan juga turut berkongsi video anak lelakinya, Muhammad 5 tahun yang nyata menjentik emosi bagi mereka yang menontonnya.
Menerusi laman sosial Instagram pada awal pagi Jumaat, Intan memuat naik video perbualannya bersama Muhammad mengenai Mohd Hazrin dengan panggilan Papa.
Intan: Muhammad kalau jumpa Papa, Muhammad nak cakap apa?
Muhammad: Muhammad sayang Papa, Muhammad nak tahu Muhammad punya Papa mana.
Intan:Sekarang Papa dekat mana?
Muhammad:Papa dekat kubur.
Intan: Kubur Papa dekat mana?
Muhammad:Dekat Shah Alam.
Intan:Mana Mama tahu kubur Papa dekat Shah Alam.
Demikian perbualan dua beranak itu menerusi video yang diakhiri dengan Muhammad membaca surah al-Fatihah.
Lebih memilukan, anak kedua Intan itu tidak pernah berjumpa bapanya sejak dilahirkan. Yang hanya mampu dilakukan adalah dengan melihat gambar Hazrin, membolehkan kerinduan Muhammad terubat seketika.
Menurut Intan, Muhammad sering bertanya kepadanya: “Mama, Papa dah meninggal ke?”, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan kepadanya.
Mendoakan suaminya setiap hari, Intan memberitahu, Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya dan sebaik-baik perancangan adalah daripadaNya.
“Kamu tidak pernah lenyap daripada ingatan saya B. Kamu dan kenangan manis kamu selamanya akan bersama kami selama-lamanya. Assalamualaikum B…. kami merindui kamu B, amat merindu kamu,” katanya.
Mohd Hazrin merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370, yang hilang kira-kira sejam selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.
Sumber: Instagram intanmaizuraothaman
Bukan Semua Ikan Ibu Mengandung Boleh Makan, Periksa 13 Jenis Ikan Ni!

Makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi, zink, protein dan lain-lan nutrisi yang perlu buat wanita hamil.
Tidak hanya itu, makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat bagus untuk pembentukan dan perkembangan si kecil dalam kandungan.
Pun begitu bukan semua ikan boleh dimakan dengan selamat bagi ibu mengandung. Semuanya kerana kandungan merkuri dalam ikan tersebut yang tinggi dan tidak sesuai untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.
Kesan tinggi merkuri pada ibu hamil
Masalah sistem saraf bayi akan terjejas pada:
* Isu pada otak bayi.
* Isu pada jantung bayi.
* Dalam kes lebih teruk, ia akan merencatkan tumbesaran mereka di dalam kandungan yang boleh memberi kesan apabila lahir kelak
Jenis ikan yang tinggi merkuri biasanya adalah pemangsa dan bersaiz besar, contoh seperti berikut:
* Ikan jerung
* Ikan todak
* Ikan tuna
* Ikan marlin
* Ikan mackerel
* Ikan tilefish
* Ikan orange roughy

Selain ikan tinggi merkuri, di bawah ini juga termasuk ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung kerana mengandungi bahaya akibat pencemaran di dalam air:
* Ikan kerapu
* Ikan keli
* Ikan bluefish
* Ikan sablefish
* Ikan pacific cod
* Ikan pacific ocean perch
Mungkin ada lagi beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung yang tidak nyatakan. Sebaiknya, dapatkan informasi yang lebih tepat daripada doktor.
Sekiranya wanita hamil masih mahu makan ikan dan makanan laut lain, tiada masalah asalkan anda elakkan daripada mengambil jenis-jenis ikan yang tidak boleh dimakan seperti yang dinyatakan di atas.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Berkenan Berangkat Ke World #QuranHour 2024

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Edisi kali kesembilan itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu’ah sebagai surah utama. Program ini bersiaran secara langsung di lima stesen televisyen utama selain media sosial selama sejam bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 1 tengah hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusof, panduan daripada Surah Al-Jumu’ah adalah model bagi membina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat dan jitu.
“Kita hendak masyarakat di seluruh dunia berubah dengan al-Quran. Golongan ulama dan pemimpin diharapkan bergabung untuk membimbing ummah. Ummah #GrandReset mensasarkan tiga golongan iaitu Ulama, Umara’ dan Ummah untuk melakukan transformasi sosial sebagai formula menuju kemenangan akhir zaman.”
Barisan Panji Surah Al-Jumuah pada world #QuranHour terdiri daripada Qari Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Asem Othman Abdul Karim, dan Ustaz Ahmad Tarmizi.
Perkongsian tadabbur disampaikan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail dan Pengarah Pusat Tadabbur Ustaz Syaari Abdul Rahman, manakala Pesan Tokoh dibawakan oleh Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan bacaan doa penutup oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Hosni.
Sementara itu, bacaan ikrar al-Quran diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Munqiz Mohd Subki.
Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Asli Abd Halim dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Kisah Inspirasi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my