Berkongsi pengalaman bersama Puan Juriah Halimatun Ahmad, seorang surirumah dan juga merupakan ibu kepada sembilan orang anak, nyata bukan calang-calang wanita mampu lakukannya.
Maklumlah, mengurus seorang anak pun ada yang merasa kepayahannya. Ini pula mengurus keluarga besar dengan anak-anak yang masih kecil, dan masih mampu dalam masa yang sama menjana pendapatan dari rumah dengan kemahiran menjahit.
Menyedari hal itu, ayuh kita cungkil rahsia bagaimana seorang wanita ini agar mampu menyuntik inspirasi buat surirumah diluar sana untuk memulakan langkah menjana pendapatan dari rumah.
Dulu makan gaji
Sebenarnya saya tak adalah lama sangat dalam bidang jahitan ini. Saya asalnya orang yang makan gaji, berenti bila anak-anak sudah masuk 5 orang.
Mula-mula ada sebelum itu hantar anak-anak ke taska dan juga pernah ada beberapa pembantu rumah. Tapi sebab penat juga pagi-pagi nak hantar anak ke taska lepas itu berkejar pula ke ofis, dah tak larat dah.
Anak-anak yang sekolah si ayah pula yang menghantarnya. Lepas saya berhenti, beberapa tahun juga tidak mulakan menjahit, masa itu tak terfikir pun.
Tapi pada tahun 2013, baru saya macam berminat semula dengan aktiviti menjahit. Sebab saya memang sudah ada kemahiran asas menjahit sejak zaman muda-muda dulu.
Apa-apa pun yang penting saya uruskan keluarga dulu. Selesaikan apa-apa yang sepatutnya, kemudian barulah menjahit. Pun begitu jujur saya kata cabaran menjahit ini kalau ada anak kecil, semakin laju kita nak gunting kain, lagi laju dia merengek nak bergayut.
2. Kalau surirumah yang betul-betul nak buat walau pun ada anak kecil, boleh sahaja hantar anak pada pengasuh dan kerja menjahit masih boleh dibuat di rumah. Ini kalau yang betul-betul kerjanya menjahit. Atau kalau tak ada masa sangat untuk menjahit dan perniagaan agak berkembang, disarankan biarkan kita sahaja yang potong kain dan cari part timer untuk menjahitnya.
3. Tapi kalau yang buat sambil-sambil, hanya masa terluang saja, buatlah waktu anak-anak tidur. Atau kalau ada anak-anak kecil, boleh buat ready made, sebab ready made ni bila-bila masa sahaja boleh buat dan tidak stress seperti ambil tempahan.
Lubuk rezeki
Pendapatan surirumah yang menjahit sebenarnya bergantung pada harga tempahan baju, jenis baju yang dijahit dan juga berapa banyak tempahan.
Melalui pengalaman sebelum ini, bila lakukan sekadar separuh masa boleh dah lepas RM500 ke atas, buat duit belanja dapur. Malah jika serius boleh juga sehingga RM2K ke atas. Semua ini bergantung situasi dan keadaan, bahkan bukan perkara pelik kalau ada tukang jahit boleh dapat sehingga RM10K.
sumber : Juriah Halimatun Ahmad