Sejak akhir-akhir ini dilihat sudah ramai wanita kembali mengamalkan jamu untuk tujuan penjagaan kecantikan dan kesihatan dalaman. Jamu-jamu yang digunakan ini diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkualiti dan berkhasiat.
Meskipun jamu banyak dijual dipasaran, namun masih ramai juga yang lebih gemar untuk menghasilkannya sendiri. Katanya lebih puas hati di samping lebih diyakini akan penggunaan bahan-bahan herba yang dicampurkan dalam sesuatu jamu tersebut.
Hal ini juga turut dipraktiskan oleh seorang ibu yang mempunyai tujuh orang anak, menghasilkan sendiri jamu untuk diamalkan secara konsisten agar tubuh badan sihat dan bertenaga. Ikuti perkongsian ibu hebat ini.
Hari ini saya nak kongsi 1 jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Murah, jimat dan berkesan inshaAllah yang penting konsisten amalkannya.
Saya baru 55 hari lepas berpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk wanita-wanita dalam dan selepas pantang.
Jamu Maajun
Bahan-bahan:
Halia, kunyit, manjakani, bawang putih, habbatussauda, lada hitam dan halba
Ads
Langkah demi langkah :
Masukkan bawang putih, halba, habbatussauda dan lada hitam ke dalam periuk. Sangai seketika.
2. Pastikan bawang putih disangai lama sedikit hingga menjadi seperti ini.
Ads
3. Masukkan semua yang telah disangai ke dalam bekas.
4. Kemudian kisar bersama dengan halia, kunyit dan manjakani.
Ads
5. Sedia untuk dimakan dan selebihnya simpan di dalam bekas yang berpenutup.
Cara makan:
Pagi (before mkn) dan malam (before bed). Gentelkan bulat-bulat macam maajun sebesar saiz ibu jari.
Khasiat:
Panaskan badan ibu dalam pantag, buang angin dalam badan,kecutkan peranakan,sakit badan,kebas kaki,kempis perut,dan lain-lain.
Selamat mencuba.
sumber : Farah Addyan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak, terlambat potong kuku walaupun tidak la panjang mana kukunya, tapi ada nampak kesan hitam dan penuh dengan daki terselit?
Ini kerana daki yang wujud di dalam hujung kuku anda itu adalah hasil kumpulan kotoran dari persekitaran. Berita lebih buruk, ia mungkin penuh dengan mikroorganisme. Jadi, disebabkan itu, banyaklah penyakit yang akan muncul nanti!
Nak tahu penyakit apa yang berpunca daripada kuku yang kotor? Jom ikuti perkongsian dari Hello Doktor ini!
Dari mana muncul ‘daki’ dalam kuku anda itu?
Jika anda perasan, daki yang wujud di dalam hujung kuku anda itu akan muncul tanpa sedar. Jika ia tidak dikorek atau dicongkel keluar, maka daki ini juga tidak akan hilang.
Ya, anda mungkin benar jika sangka ia adalah hasil kumpulan kotoran daripada persekitaran terutama apabila jari tangan anda kerap menggaru, menggosok atau menyentuh sesuatu.
Sebenarnya, punca utama ia wujud adalah daripada serpihan atau lebihan keratin dari dinding kuku anda sendiri. Dalam erti kata yang lain, ia mungkin adalah perkara normal.
“Selain daripada keratin, kewujudan daki dalam kuku juga adalah akibat sel kulit mati daripada daging di bawah kuku yang terbuang lalu terkumpul di tempat sama”, jelas Pakar Dermatologi, Dr Dana Stern.
Sekiranya daki itu disebabkan oleh 2 proses di atas tadi, maka ia adalah normal. Apa yang akan jadi masalah adalah apabila wujud juga anasir ‘jahat’ lain di dalam kuku anda.
Wujud juga anasir lain di dalam kuku?
Seperti mana yang kami telah kata di atas tadi, kuku kotor dengan daki adalah akibat daripada persekitaran. Tambahan lagi jika jari dan tangan anda itu kerap digunakan.
Tabiat menggaru, menggosok dan menyentuh sesuatu yang kotor akan jadi punca bendasing seperti bakteria untuk memasuki hujung kuku anda dan menjadikan ia habitat.
Begitu juga dengan tabiat menggigit kuku atau menghisap jari. Ia turut boleh jadi punca bakteria yang lama wujud di dalam mulut berpindah ke dalam kuku dan seterusnya menjadi daki.
Berikut adalah antara jenis bakteria yang mungkin boleh wujud dan tinggal di dalam kuku kotor:
Pseudomonas
Klebsiella
Candida parapsilosis
Salmonella
E. coli
Bukan sahaja ia akan buat kuku kotor, hitam, buruk dan busuk, malah daki pada hujung kuku yang mungkin penuh dengan bakteria ini juga boleh membawa pelbagai penyakit.
Penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor
#1. Infeksi pada kuku
Pertama sekali, bakteria jenis Pseudomonas boleh jadi punca infeksi pada kuku terutama buat individu yang gemar pakai kuku palsu. Ini kerana bakteria ini boleh terperangkap.
Infeksi ini akan membuatkan kuku kelihatan seperti berwarna hijau atau hitam seakan ia sedang lebam. Kesannya, kuku anda mungkin terpaksa dibuang jika terlalu teruk.
#2. Infeksi salur kencing, penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor
Bakteria jenis Klebsiella pula boleh jadi punca jangkitan pada salur kencing apabila ia masuk ke dalam tubuh badan melalui makanan dan minuman yang diambil individu.
#3. Infeksi salur darah
Bakteria jenis Candida parapsilosis juga boleh jadi punca jangkitan pada salur darah apabila ia masuk ke dalam tubuh badan melalui makanan dan minuman yang diambil individu.
#4. Keracunan
Merupakan kondisi yang paling bahaya, kewujudan bakteria pada kuku kotor ini turut boleh jadi punca keracunan makanan apabila ia disentuh dan diambil guna tangan.
Bakteria dalang keracunan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan Salmonella serta E. coli. Kesannya, anda mungkin akan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Dalam pada itu, bakteria-bakteria ini juga akan beri kesan yang buruk kepada organ dalam tubuh badan lain seperti tekak, kerongkong, gusi, gigi, lidah serta lain-lain.
Serangan jantung datang bila-bila masa sahaja. Malah ada juga ketika tidur. Ia seringnya datang “tak diundang”, kadar kematian akibat serangan jantung ketika tidur pun cukup tinggi.
Sebagaimana perkongsian ini melalui kajiannya menyatakan penyakit ini menyerang ramai orang muda. Ikuti penjelasannya.
USIA MASIH MUDA, JANTUNG SUDAH TUA.
Muda bukan jaminan untuk sihat. Tua bukan syarat untuk sakit.
Kajian PhD saya adalah sekitar penyakit serangan jantung di kalangan orang muda. Hakikatnya, dalam dunia ini mungkin hanya lima orang sahaja yang akan membaca tesis saya. Mereka adalah; Penyelia utama saya, pemeriksa tesis (tiga orang) dan diri saya sendiri. Justeru, untuk memastikan hasil kajian saya dimanfaatkan umum, insyaAllah saya akan kongsikan beberapa noktah penting dari penulisan tesis saya dalam penulisan yang lebih santai. Semoga bermanfaat!
APAKAH ITU SERANGAN JANTUNG?
Jantung mempunyai sistem saluran darahnya yang tersendiri yang tugas utamanya adalah untuk membekalkan oksigen untuk kelangsungan jantung kekal berdegup bagi mengepam darah ke seluruh badan.
Jika saluran darah ini menjadi semakin kecil akibat pengumpulan kolesterol mahupun elemen-elemen lain, saluran darah ini boleh tersumbat. Maka, jantung akan kekurangan oksigen dan berhenti berdegup. Itulah serangan jantung!
Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, namun proses perkembangannya sebenarnya mengambil masa yang lama. Namun proses ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Kerana itu serangan jantung turut dikenali sebagai Pembunuh Senyap (A Silent Killer).
TAHUKAH ANDA?
1. Hampir 20% pesakit yang mengidap serangan jantung di Malaysia berusia di bawah usia 45 tahun (NCVD). Dalam kajian saya, pesakit termuda berumur 24 tahun, dan 1/3 dari pesakit berumur 35 tahun dan ke bawah.
2. Serangan jantung pada usia muda boleh diklasifikasikan sebagai penyakit orang lelaki. Menurut kajian di seluruh dunia, antara 80-100 % pesakit jantung di kalangan orang muda adalah lelaki.
3. Hormon wanita, iaitu estrogen adalah protective factor (faktor pelindung) kepada risiko serangan jantung. Namun, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan mendadak setelah putus haid, akibat hormon estrogen yang semakin surut.
4. Faktor utama penyakit jantung di kalangan orang muda adalah MEROKOK. Manakala faktor utama penyakit jantung di kalangan orang tua adalah kolesterol yang tinggi, darah tinggi dan kencing manis.
5. 60% dari pesakit yang terlibat dalam kajian saya disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika dimasukkan ke wad selepas episod serangan jantung. Kebanyakan mereka tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sebelum mendapat serangan jantung.
Dr Norbaiyah Mohamed Bakrim. (MBBS Monash, MMedSc IIUM, PhD IIUM).
Perkongsian kali ni sangat bermanfaat, terutamanya untuk mereka yang selalu batuk waktu baring nak tidur. Ini tips dari Dr. Rizal Abu Bakar, pakar otak, yang mungkin boleh bantu legakan batuk kering yang mengganggu.
Yang batuk masa baring, masa nak tidur, batuk gatal dalam kerongkong tapi tak ada kahak , kena baca ni. . Sebelum tidur ambil 2 biji bunga cengkih dan kunyah. Makan bunga cengkih boleh hilang batuk ‘kering’ yang bila baring masa tidur dia datang. Atau waktu siang tengah bersembang dia datang serang. . Orang putih kata nagging coughing. . Cara nak buat senang saja. Bunga cengkih ni kena sangai dulu. Sangai ni pun sekejap saja. Dalam seminit dua gitu. . Eugenol dalam bunga cengkih akan bantu legakan sikit dan hilangkan sensasi batuk tu Insyaa Allah. Eugenol ni akan hilangkan radang pada throat atau tekak kita tu. . Kalau tak sanggup nak kunyah, ambil segenggam bunga cengkih dan rebus. Minum air ‘teh bunga cengkih’ tu.
. Kalau malas sangat, letak 3 titis Essential Oil bunga cemgkih dalam air. Minum. . Begitulah.
Kenalah cuba kalau tak nak batuk ‘kering’ tu lagi.
Semoga perkongsian pakar otak ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari solusi batuk. Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga yang mungkin perlukan tips ni. Usaha, doa, dan tawakal Insyaa Allah ada jalan penyelesaian.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.