Kalau sudah ada anak tiga dan badan pun maintain macam anak dara, rasanya boleh ucapkan tahniah pada ibu-ibu ni.
Nak kempiskan perut rata dan cantik macam zaman anak dara sememangnya bukan satu perkara mudah. Paling tidak mesti ada satu inci masalah perut buncit. Satu inci yang buat ibu-ibu stress!
Habis semua produk pemanas seperti sapuan halia atau limau yang kita sapukan setiap malam namun perut masih lagi tak tunjukkan hasilnya yang mantap. Buntu!
Perkongsian petua oleh ibu beranak tiga ini, Norafiza Mahmud
pasti buat ibu-ibu di luar sana rasa gembira. Petua kempis perutnya sangatlah mudah dan senang nak buat. Menariknya walau dah ada anak tiga, dia masih tetap maintain cantik. Perut kempis dah tentulah!Cabaran Kempis 2 Minggu
Jom cuba!
Hello wanita yang buncit. Jom sahut cabaran ini. Confirm lemak tak melimpah pada kerusi kiri dan kanan. Sebenarnya, dalam waktu tidur juga kita boleh kurus. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Bukan susah untuk kurus. Dalam 2 minggu sahaja boleh hilang 5kg – 8kg. Dengan syarat, ikut cik oya!
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
1 penumbuk Halia
Cara cara ada di setiap gambar. Teknik ini sangat mudah. Keputusan grenti puas hati.
Mother of 3. Ya!
Cik oya anak dah 3 dan sangat bimbang dengan kenaikan berat badan yang melampau. Dengan Itu, banyak cara yang cik oya Cuba pakai. Ini salah satunya.
Sagat Halia.
Ini cara Pertama. Lumurkan halia pada perut dan peha. Kemudian gunakan bengkung. Amalkan setiap pagi, malam. Sekerap yang boleh.
Ini cara kedua. Masukkan telur putih. Boleh di simpan selama 3 hari ke 5 hari dengan syarat tutup bekas kedap udara.
Kalian boleh lakukan ketika cuti di rumah. Diamkan 30 minit dan tunggu kering. Kemudian pakai bengkung. Lakukan sekerap yang boleh.
Bengkung A
Mulakan dengan bengkung A. Ini sesuai dengan beginner. Tidak terlalu menyekat pernafasan. Lebih selesa. Ini proses mengecilkan tembolok yang telah kembang.
Bengkung B
Untuk shape. Ini perlu di gunakan sekiranya kalian sudah dapat mengurangkan inci perut. Sangat membantu utk kalian kelihatan ramping.
Amalkan bertungku sepanjang kalian bercabaran kempis perut ye.
Setiap pagi dan sebelum tidur. Minum jus kempis perut ini. Blend semuanya dan tapis. Hanya guna ¼ halia dan 1 biji epal.
Selamat mencuba!
Kredit: Norafiza Mahmud