Mendidik seorang anak pun kita sudah dapat merasakan kesukaran dan cabarannya. Inikan pula jika 13 orang anak.
Mencungkil rahsia dalam mendidik anak, ustazah ini berkongsi kisah untuk dijadikan panduan bersama. Jom semak.
DIDIKAN IBU 13 ANAK
Beberapa hari lepas, saya bertemu dengan seorang ibu yang pandai mengurut.
Saya suka bertemu dengannya, sebab dia lain dari yang lain. Sambil mengurut, lidahnya sentiasa menutur nasihat dan kata-kata yang baik. Tidak langsung bercerita keburukan orang lain. Malah bertudung sepanjang masa walaupun beliau mengurut pesakit di rumahnya sendiri.. MashaAllah.
“Kerja kuat sangat ni, tak sempat rehat ya..” Lembut je Mak Cik Yah bertanya.
“Lebih kurang gitulah cikyah,” Pesakit menjawab dalam kesakitan. Kakiku tergeliat sedikit alkisahnya.
“Balik rumah jaga anak-anak pula ye. Takpelah sekejap je anak nak membesar. InsyaAllah anak dah belajar universiti nanti, rehat dah. Tengok Cikyah ni, sunyi dah, anak dah kerja semua..” Suka dengan motivasi Cikyah.
“Cikyah, cikyah ni awet muda kan.. senyum je. Cikyah mesti sabar je kan dengan anak-anak?” Saya meneka-neka.
“Eh, kadang-kadang datang juga ‘singa’ tu,” jawab Cikyah
“Ustazah nak tau, kakak Cikyah lagilah sabar.. anak dia 13 orang. MashaAllah, 13 orang.. bayangkanlah macamana. Dia keluarga sederhana je. Tapi anak dia semua menjadi.. semua belajar tinggi..”
13 orang? Bior betul?
“Masa anak-anak dia kecik, dunia dia dengan anak-anak je. Cikyah kalau pergi rumah dia memang meriahlah. Orang selalu tanya, macamana akak cikyah tu didik anak? Dahlah ramai.. semua berjaya pulak tu..” Cikyah berkongsi lagi.
“Kakak Cikyah kata, dia didik sama je macam orang lain. Tapi 2 benda ni wajib buat walau susah macamanapun.
DIDIK SOLAT & DIDIK AL-QURAN. Alhamdulillah, jaga dua benda ni insyaAllah Allah jaga anak kita. ” MashaAllah motivasi hebat saya dapat hari itu.
? ANAK 13 ORG + SABAR + DIDIK SOLAT + DIDIK AL-QURAN + SUNGGUH2 DAN KONSISTEN = INSYAALLAH BERJAYA!
(Formula perkongsian dari Cikyah)
Sumber : Ainun Mardhiah