Inilah prihal rahsia Allah berkenaan rezeki, jodoh dan maut, semua itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Bila tiba masa dan ketikanya, kita terima sebagai qada dan qadar dengan hati yang reda.
Begitulah kisah yang dilaporkan di Harian Metro, siapa sangka dalam sehari Siti Azimah Tajudin, yang juga merupakan isteri dan ibu perlu reda menerima khabar duka suami meninggal dunia selang beberapa jam sebelum melahirkan anaknya yang ke tujuh.
Dilaporkan, Siti Azimah Tajudin, 31, reda ketentuan Ilahi apabila suaminya, Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia jam 8 pagi, 18 Jun lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Namun terselit sedikit pengubat dukanya apabila anak ketujuh Siti Nur Aisyatull Humaira lahir beberapa jam selepas suami disahkan meninggal di rumah mereka di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Lebih pilu, nama anak perempuannya itu adalah pilihan arwah dan ‘hadiah’ terakhir untuk Siti Azimah.
Sumber Gambar : H.Metro
“Saya sebenarnya masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba.
“Sebelum ini suami tidak pernah mengadu sakit dan sekali-sekala memberitahu hanya penat, malah ketika kejadian arwah sempat menunaikan solat Subuh seperti kebiasaan.
“Pada jam 8 pagi, arwah bangun daripada tidur dan seperti sesak nafas sebelum saya segera menghubungi ambulans,” kata ibu kepada tujuh anak ini.
Dia yang berasal dari Kelantan berkata, setibanya ambulans di rumah mereka, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak bernyawa jam 8.30 pagi.
“Saya terkejut dan terpinga-pinga dengan kematian suami secara tiba-tiba.
Ads
“Selepas menghantar jenazah suami ke Hospital Kajang untuk bedah siasat pada jam 6 petang saya sudah rasa sakit untuk bersalin.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 28 Jun ini, tapi takdir Allah saya melahirkan anak beberapa jam selepas kematian suami iaitu 12.09 tengah malam di Hospital Serdang,” katanya.
Siti Azimah mengakui suami tidak menunjukkan sebarang petanda untuk meninggalkannya.
“Saya tak perasan sangat, cuma arwah suami ada kata dua tiga hari sebelum ini saya ada sakit-sakit (nak bersalin).
“Arwah cakaplah mungkin baby kami nak keluar hari Jumaat, tetapi saya tak sangka hari sama dia (suami) yang pergi,” katanya yang juga seorang suri rumah.
Ads
Akuinya, pemergian suami dan kelahiran anaknya ibarat Allah menarik satu nyawa dan menggantikan anaknya dengan nyawa baru.
“Mungkin boleh mengubat kelukaan saya, tetapi saya tetap merindui suami yang baik untuk saya dan anak-anak,” katanya.
Katanya, arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mahkamah syariah.
“Jenazah suami dikebumikan pada jam 2 petang, 19 Jun lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam.
“Saya tidak sempat melihat jenazah suami dan menguruskan pengebumian kerana baru melahirkan anak,” katanya.
Ads
Siti Azimah berkata, tujuh anaknya berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari akan dijaga sebaiknya.
Sumber Gambar : H.Metro
“Ada pihak menghubungi saya untuk mengambil anak namun tidak sesekali saya menyerahkan mereka.
“Saya nekad jaga mereka walaupun tiada punca pendapatan, saya akan cuba berniaga secara atas talian demi kelangsungan hidup,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah boleh menyalurkan ke akaun CIMB 7065548933 (Siti Azimah Tajudin).
Saranan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah Salleh supaya golongan membenarkan komuniti transgender (LGBT) menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika berada di tempat awam mendapat pelbagai reaksi.
Rata-rata OKU tidak bersetuju kenapa mereka perlu berkongsi tandas dengan golongan LGBT ini. Turut sependapat dalam isu ini adalah Bekas Pembaca Berita terkenal, Ras Adiba Radzi.
Beliau yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral menegaskan kemudahan tersebut disediakan khas untuk golongan yang tidak berupaya.
Surat terbuka kepada YB Fuziah Salleh.
Assalamualaikum YB. Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.
Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.
Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?
Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?
Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah. Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
Assalamualaikum
Ras Adiba Radzi Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral. @tun_mahathir @tun_mahathir_ @tun_mahathir_ @chedetofficial @drwanazizah @hannahyeoh (Signage by @thesignshed)
Kebanyakan ibu bapa yang sibuk dan tak punya masa untuk menyediakan hidangan buat anak-anak, makanan segera menjadi pilihan utama. Sehinggakan ada anak-anak yang menjadikan makanan segera sebagai perkara biasa.
Namun, sebagai ibu bapa sepatutnya menitikberatkan soal pengambilan makanan. Terutama sekali makanan segera ini kalau boleh elakkan diberi kepada anak-anak. Apabila menjadi habit buat anak-anak sukar untuk dibendung kelak.
Selebriti Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini berkongsi cerita bagaimana dia membuat peraturan kepada anak-anak dalam soal makanan segera ini. jelasnya, anak-anak hanya dibenarkan makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Anak anak mummy Becca Hanya boleh makan MD Donald 2 bulan Sekali Sahaja ?
…Bukan apa sebab mummy TerLalu sayang kan Anak anak Dan utamakan kesihatan Keluarga ok?❤️….
Nanti kecik2 lagi dah gemok2 And byk Penyakit Susah plak,lagi2 Takut sgt2 Kalau kecik2 dah ada Diabetes “kencing manis”,So dari anak anak kecil la Kita Sebagai Ibu bapa Harus Menjaga Apa Yg Mereka makan….
Bilik Di pikir kan Masakan Ibu lagi Baik k,Jadi Ibu2 Dah nama Pun Ibu Harus Rajin Masak k….
Umumnya bila lintah sekadar menghisap darah pada bahagian luar tubuh, tidaklah bahaya. Namun apa yang ditakuti jika lintah tersebut masuk pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh yang akhirnya boleh menyebabkan kekurangan darah dan membawa maut. Bimbang ini terjadi pada musim banjir ini, dek kerana anak-anak memang suka bermain air malah ada yang seronok berenang-renang di kawasan banjir sepertimana yang dipaparkan ada satu kes di Rantau Panjang yang hampir sama jalan ceritanya. Semoga jadikan ini pengajaran dan agar kita lebih berhati-hati menjaga keselamatan anak-anak di musim banjir ini.
Ini paparan beritanya.
“DOKTOR kata kalau saya terlambat, anak mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut,” Siti Hariaty Bee Ismail, 36.
Siti Hariaty, ibu kepada Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4, yang mengalami pendarahan dipercayai selepas digigit lintah ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok di Rantau Panjang. Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas ternampak kesan darah pada seluar anaknya semalam.
“Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa tetapi selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.
“Apa yang saya pelik, dia langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit tetapi saya perasan sejak dua hari lalu Nur Adriana kelihatan pucat mungkin kerana kehilangan darah yang banyak.
“Saya syak mungkin lintah itu masuk ketika anak bermain air banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.
“Saya kemudiannya meminta bantuan jiran supaya menghubungi bomba untuk membawanya ke klinik berdekatan kerana rumah sudah terperangkap dengan banjir,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, pihak klinik kemudiannya mengarahkannya untuk terus membawa Nur Adriana ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.
“Pemeriksaan di hospital mendapati hanya terdapat kesan gigitan di bahagian punggung dan Nur Adriana dibenarkan pulang ke rumah pada 2 petang hari ini. “Saya bersyukur anak selamat. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk elak kejadian sama berulang,” katanya.
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...