‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Siapa sangka dalam kita mengagumi keindahan di negara luar, rupanya masih ada lagi kawasan yang indah di dalam negara kita sendiri.

Malaysia sebenarnya kaya dengan keindahan alam semula jadi yang rata-ratanya masih belum diterokai ramai. Sama juga dengan kawasan yang diterokai oleh pengguna Facebook Aizaharwani Mj ini yang menemukan ‘permata tersembunyi’ di Bumi Kenyalang, iaitu Bengoh Range.

Bengoh Range terletak di Padawan, Sarawak ini diliputi alam semulajadi yang menghijau, gunung-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan yang menakjubkan! Pendek kata, suasana indah dan cantik ini diumpamakan seperti di kawasan penggembaraan filem ‘Jurassic World’, cuma kurangnya sebab tak ada dinasour je! Hiks!

Berdasarkan perkongsian gadis yang berasal dari Kuching Sarawak ini, Bengoh Range mengambil masa kira-kira 4 jam pendakian.

IKLAN

“Saya pergi ke tempat air terjun iaitu Curtain, Koring, Pe’an dan Susung. Pemandangan sangat menakjubkan umpama adegan daripada filem Jurassic World.

Daripada semua tempat yang saya kunjungi hari ini, pemandangan paling eksotik dan kemuncak kepada pendakian hari ini adalah pemandangan dari Kampung Sting, di mana anda dapat melihat 180° pemandangan dari Empangan Bengoh & Banjaran Bengoh”, tulisnya di laman Facebook miliknya Jun lalu.

Bagi individu yang betul-betul kaki hiking, semestinya mempunyai target tersendiri untuk menawan bukit atau gunung yang mereka impikan, betul tak? So yang berminat untuk menikmati pemandangan yang indah ni, ada bot yang boleh anda sewa sekali dengan local guide lagi tau!

Paling best, kawasan ini adalah kawasan perkampungan orang Bidayuh  dan kalau anda nak tahu, terdapat juga ecotourism lain yang boleh di lawati. Menarik kan?!

Bagi min, sebenarnya kita tak perlu mengimpikan untuk menerokai negara luar, di negara kita sendiri pun sudah mempunyai tempat yang menarik untuk kita jejaki dan lawati setaraf dengan keindahan negara luar. Cuma bezanya kita jumpa atau tidak je kawasan tersebut. Kan? 

Sumber : Aizaharwani Mj

p/s : Nak cari deko barangan rumah? Meh tengok kat sini!