Sayu, itulah perasaan yang boleh dikatakan apabila anak perempuan Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, tampil membacakan doa ketika majlis tayangan perdana filem Syaaban, pada Sabtu.
Zara yang merupakan anak istimewa (Orang Kurang Upaya) itu dipanggil bapanya dilihat bersungguh – sunggu untuk membacakan doa di hadapan tetamu yang hadir sempena majlis tersebut.
Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putra Halim berkongsi bahawa beliau menyedari anak keduanya itu mempunyai kelainan ketika masih kecil.
“Saya mengetahui ketika umurnya berusia enam bulan.
“Saya mula menyedari apabila dia tidak memberi respons Ketika ada gangguan bunyi bising apabila saya tidur bersamanya.
“Saya terkejut, jadi saya bawa dia untuk buat pemeriksaan lanjut dan dari situlah saya dapat tahu mengenai kesihatannya,” kongsi Datuk Adi Putra dengan XTRA.
Adi Putra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem arahan pertamanya yang berjudul Syaaban di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur.
Adi Putra juga memaklumkan bahawa dia pernah berikhtiar mendapatkan rawatan dan menyifatkan ia adalah anugerah terindah dan amanat daripada Yang Maha Esa.
“Kad OKU dia memang dah tertulis masalah pendengaran. Jadi memang pendengaran kedua telinga mengalami masalah.
“Saya pernah mengikhtiar dengan memasang alunan surah tapi bila direnungkan kembali bagi saya itu adalah anugerah Allah yang berikan.
“Ia satu Amanah Allah yang dianugerahkan, jadi kita sebagai ibu bapa meggalasnya sebaik mungkin. Jangan lah ubah sesuatu yang memudaratkan,” jelas beliau kepada XTRA.
Untuk berkomunikasi, Adi berkata, beliau dan isteri menggunakan Bahasa isyarat selain turut berkomunikasi melalui panggilan mesej dan video.
“Dia juga ada Bahasa isyarat, jadi kami berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kami juga berhubung melalui panggilan WhatsApp dan video.
“Saya juga mempunyai kemahiran untuk menggunakan bahasa isyarat daripada umurnya kecil lagi.
“Apabila dia tak guna bahasa isyarat pun saya sudah faham,” ujar beliau.
Untuk rekod, Adi Putra dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 dan hubungan mereka terlerai. Namun, mereka kembali mengikat tali perhubungan dengan pernikahan kali kedua pada 18 Januari 2018 selepas 9 bulan bercerai.
@xtra_my Replying to @*BUBUN🇮🇩🇲🇾* Buat pertama kali Adi Putra berkongsi mengenai anakanda istimewanya sekaligus meminta membacakan doa bagi filem pertamanya🥹😍 #fyp #xtramy #anak #istimewa #adiputra #baca #doa #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA
Sumber: XTRA
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club