Kerajaan hari ini bersetuju KWSP I-sinar diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan. Untuk itu, setiap ahli boleh mengeluakan dari akaun 1 dengan had maximum RM 10 ribu.
Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul dalam satu persidangan di Parlimen hari ini.
“Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak memohon,” katanya dalam persidangan tersebut.
Tambahnya lagi, Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.
Ahli pencarum yang terjejas hanya perlu memohon menerusi atas talian atau pergi ke mana-mana cawangan KWSP terdekat.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Nak barang dapur yang super murah ? Meh tengok kat sini !