i-Lindung: KWSP Beri Cara Untuk Ahli Sediakan Pelan Perlindungan Premium, Serendah RM30!

Share

Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini begitu selalu kita dengar dan biasa kita praktikan dalam kehidupan ini. Kita sedar kepentingan perlu bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ditimpa musibah atau masalah, adalah sangat penting!

Lagi-lagi bila memikirkan keluarga tersayang. Banyak perkara perlu dipersiapkan dan antaranya bila menyentuh tentang perlindungan insuran.

 

 

Jika sebelum ini, diakui untuk mendapatkan perlindungan insuran untuk diri sendiri apatah lagi untuk seisi keluarga memerlukan jumlah yang besar, pun begitu baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30.

Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang hanya diluluskan oleh KWSP.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu pelan perlindungan premium yang ditawarkan bermula serendah RM30 setahun dan menjanjikan perlindungan berjumlah RM10,000.

Untuk makluman, i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur Tidak Melebihi 55 Tahun
  • Pengguna i-Akaun (Ahli)
  • Memiliki Baki Simpanan dalam Akaun 2

Bagi mereka yang berumur 55 tahun ke atas, masih dibenarkan untuk memohon dengan syarat mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 55 atau akaun Emas.

Jenis Pelindungan Yang Ditawarkan

-Perlindungan Hayat

-Perlindungan Penyakit Kritikal

Pelan perlindungan yang diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan kesejahteraan ahli terjamin sekiranya berdepan tempoh sukar mahupun kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

Para pencarum yang berminat, boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Manakala meninjau maklum balas Kerajaan tentang ini, nyata menyambut baik  sepertimana yang dilaporkan di Astro Awani.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi inisiatif KWSP itu, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan pelan perlindungan premium dengan harga rendah demi kesejahteraan jangka panjang.

“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.

“Pelan-pelan tersebut dapat menggantian pendapatan atau simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah.

“Yang paling penting, perlindungan ini boleh diperolehi dengan sumbangan premium yang berjumlah hanya beberapa ringgit sebulan, menerusi syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful yang disediakan di atas platform KWSP,” katanya.

Sumber : Kosmo, Astro Awani, KWSP

 

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!