“I Buat ‘Content’ Begini Supaya Jangan Makan Pedas Selalu…”-Gadis Ni Terpaksa Pasrah Kini Tanggung Barah Ovari

Share

Tentunya ramai antara kita gemar menikmati hidangan yang bercitarasa pedas hingga ada merasakan tidak berselera jika hidangan yang terhidang tidak pedas rasanya. Pun begitu perlu dingat, makanan yang terlampau pedas jika terlalu kerap dimakan, boleh memberikan kesan tidak baik pada kesihatan, terutamanya pada sistem penghadaman seseorang.

Perkongsian daripada seorang anak gadis ini di aplikasi TikTok umpamanya boleh dijadikan pengajaran untuk semua terutamanya kepada mereka yang ‘gila pedas’.

@mrshya telah berkongsi video yang menunjukkan segala makanan segera yang bercitarasa pedas termasuklah spicy ramen yang sering dimakan olehnya. Sesiapa melihat warna merah makanan tersebut pastinya sudah dapat membayangkan tahap kepedasan melampau yang dimakan.

“I buat konten cmni utk pengajaran supaya x mkn pedas sllu.i kena kanser atau cyst sbb i ada drah rendah n gastrik,” tulisnya di ruangan komen bagi menjawab pertanyaan daripada followernya.

@mrshya
ujian daripada Allah ☺🤲. #fyp #viral #fypシ #cyst ♬ original sound – Sam Arrow

Menurut pemilik akaun TikTok dengan nama @mrshya bahawa ibunya sering melarang untuknya makan makan pedas. Namun tidak diendahkan hinggalah suatu ketika dia mengalami pedih perut yang pada awalnya disangka perkara biasa sahaja.

Namun setelah mendapatkan rawatan doktor, siapa sangka kini dia disahkan mengalami barah ovari.

Sejak perkongsian tersebut, video ini mendapat tontonan 290K dan ramai juga yang meninggalkan komen dan berkongsi pengalaman kesan daripada makan makanan terlalu pedas.

Antaranya komen daripada @Syaza Nutritionist:sorry tp bukan soal pedas tp lebih kepada fast food/process food dan makanan yg tingkatkan keradangan. Moga cepat sembuh lebihkn mknn antioxidant ya

Manakala komen @biar_la_rahsia:derita weh sape yg suka mkn pedas tu bila nampak video ni masalahnye sedap tau mkn pedas ni org yg suka mkn pedas je faham

Turut mendoakan @ummu tadj:Bkn sebab pedas semata-mata but more to unhealthy food habit. Get well soon sis. Youre a fighter!

Sumber : TikTok @mrshya

 

 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club