HomeKekeluargaan“I Ajak Kayuh Basikal Tak Nak. But U Still Beautiful As Ever...
“I Ajak Kayuh Basikal Tak Nak. But U Still Beautiful As Ever Babe.” Isteri Mengadu Makin Gemuk Sejak Hamil, Respond Alif Satar Buat Netizen Terhibur. Sweet Couple!
Perubahan hormon, berat badan meningkat antara yang sering dialami oleh wanita yang sedang berbadan dua. Demikian yang dialami oleh isteri kesayangan selebriti pujaan ramai, Alif Satar.
Ibu kepada dua cahaya mata baru-baru ini berkongsi cerita dengan memuat naik gambar di laman Instagram bersama suaminya.
Di dalam perkongsian tersebut, Shadila Halid mengakui berasa kurang yakin apabila pengacara itu kelihatan lebih kurus berbanding dirinya.
Ads
“Hospital date. I have gained so much weight, it’s annoying to take photos with him because where is his fattiness?,” tulisnya.
Bagaimanapun, kapsyen posting berkenaan telah mendapat perhatian suaminya yang meninggalkan komen dengan nada lucu. Namun tidak lupa menyelitkan pujian bahawa isterinya itu masih kelihatan cantik walaupun semakin ‘berisi’.
Perkongsian itu nyata mendapat reaksi dari pengikut pengacara dan juga pelakon ini. Ratarata memberikan pandangan yang sama apabila memuji wanita hamil itu yang kelihatan semakin berseri-seri sejak ‘berbadan dua’.
ayu_abas Takpa2…yang penting muka mama masih kurus & comel lagi….?
Apabila berkahwin ni, sudah tentu isteri melihat suami adalah segala baginya. Walaupun, hanya perkara kecil sahaja, pasti diminta suami membantunya. Suami pula, sedia membantu tanpa mengeluh. Walaupun hanya perkara yang remeh, suami tetap menghulur bantuan.
Bukan isteri mengada, tetapi nak perhatian dan bantuan dari suami tersayang. Barulah namanya saling melengkapi dan bahagia till jannah.
Perkongsian suami ini, Mohd Fhais sungguh sweet tentang isterinya. Pastinya isteri-isteri yang lain begitu juga kan. Kepada encik suami, manjakan isteri anda, barullah isteri akan manja kan anda juga.
Jom semak.
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami. Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan. Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,Dia minta tolong,Dia suruh kita buat macam-macam. Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja. Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat penganti ayah dia dulu.
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia. Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini. Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Awas jika isteri terlalu berdikari
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Memikat hati mertua pastinya bukan sesuatu yang mudah. Maklumlah pengalaman baru. Pelbagai perkara yang perlu dipelajari untuk memastikan hubungan menjadi erat. Nyata, apabila bergelar suami isteri, bermakna bermulalah alam baru. Kita akan menerima orang baru dalam hidup kita. Sama ada isteri atau suami kita. Ibu dan bapa .
TIPS PIKAT MAK MERTUA
1. ANGGUK-ANGGUK
Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.
Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.Tu tanda kita raihkan pendapat dan turun kan ego kita .
2. TUNJUK RAJIN MASAK
Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.Kalau tak pandai pandai, cuba mula kan dialog “ Mak nak masak apa hari ni , saya bantu ?” sekurang-kurangnya kita bersama dengan nya di dapur .
Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?
3. BANYAKKAN BERBUAL
Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.
Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.itu penting . kalau senyap je , kang mertua cakap kita sombong ! haaa .
4. JANGAN TUNJUK MALAS
Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama.
5. BERIKAN HADIAH/BUAH TANGAN
Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.
Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan?
Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.
6. CUBA BERGAUL DENGAN IPAR-DUAI
Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.
7. JANGAN BERKEPIT DENGAN SUAMI
Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.
8. BIARKAN IBU ‘CONQUER‘ ANAK
Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.
9. TAK PAYAH TUNJUK MANJA
Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!
Buat biasa-biasa sudah.
10. OFFER MAK MERTUA DUDUK DEPAN
Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.
11. BUAT-BUAT TANYA MAKANAN KEGEMARAN SUAMI
Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil.
12. JANGAN MARAH SUAMI DEPAN MAK MERTUA
Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa?
Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expectmenantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami
13. UCAPKAN “SYUKUR DAPAT SUAMI MACAM NI” PADA MAK MERTUA
Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”.
Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.
14. JANGAN BEREBUT SUAMI DENGAN MAK DIA
Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.
15. INGAT BAHAWA ALLAH MAHA ADIL
Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri?
Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.
P/S : ingat , kalau kita layan mak mertua macam kita layan mak kita sendiri , kesan dia sangat besar untuk rumah tangga kita . kalau yang tak ada mak mertua tu , doakan mereka dekat sana . moga-moga mereka ditempatkan dikangan orang beriman .
Buat penggemar sambal belacan tentu teruja untuk mencuba pelbagai jenis sambal yang ada. Ini kerana setiap satunya mempunyai citarasa yang berbeza namun tetap menjanjikan kepedasan rasa yang menyengat.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan sendiri sambal belacan Siam yang dikongsikan oleh Puan Rosmaliza Omar ini. Menurutnya, resipi ini adalah warisan keluarganya dan wajib ada setiap kali kenduri.
Malah bukan itu sahaja, disebabkan kesedapan rasa sambal tersebut hingga ada kawan-kawannya telah menggunakan resipi yang dikongsikan ini untuk jualan.
Tentunya sambal belacan Siam ini ada rasa yang cukup istimewa dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya agar anda dapat menikmati keenakan rasanya bersama seisi keluarga.
RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM
Bahan-bahan:
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sudu besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk, airnya sekali dan blend dengan bahan-bahanlain.
Cara-cara membuatnya:
1) Bakar bahan-bahan yang bertanda ***.
2) Kemudian blend kesemua bahan-bahan yang dibakar bersama-sama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan nampak berkilat.
4) Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam. Sedap juga cicah dengan terung bakar.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.