Dikenali sebagai salah satu pasangan Korea Selatan paling ‘favourite’ Hyun Bin dan Son Ye Jin dikenali sebagai salah satu pasangan selebriti yang kelibat keduanya sering menarik perhatian peminat.
Artis Korea Selatan diketahui sangat jarang memperlihatkan momen kebahagiaan mereka bersama pasangan terutama di media sosial. Maka tak hairanlah ramai peminat begitu teruja setiap kali ada momen harmoni dari para pasangan artis Korea yang dikongsi di media sosial.
Selalunya perkongsian artis kesayangan mereka ini akan mendapat banyak respon yang positof di kalangan peminat. Son Ye Jin ketika berbicara mengenai suaminya, Hyun Bin ternyata merupakan sosok pasangan yang romantis.
Hyun Bin Suami Romantik, Pandai Ambil Gambar Isteri
Setelah lama tidak muncul di layar kaca, Son Ye Jin tampil sebagai bintang tamu di sebuah program di saluran YouTube bertajuk Lim Jin Han Class. Munculnya Son Ye Jin untuk pertama kalinya setelah berkahwin dan melahirkan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Dalam konten tersebut, Son Ye Jin berbicara tentang banyak perkara terutama yang berkaitan mengenai olahraga kegemarannya iaitu golf. Diketahui bahawa bukan hanya Son Ye Jin yang menyukai olahraga ini, tetapi juga sang suami, Hyun Bin.
Bagaimanapun bukan skil bermain golf yang menarik perhatian peminat tetapi skil fotografi Hyun Bin. Ternyata Son Ye Jin telah berjaya ‘mendidik’ suaminya untuk mahir memotretkan dirinya dengan gambar-gambar yang indah.
Son Ye Jin Bertuah Ada ‘Juru Gambar Peribadi’
JOM KITA JAMU MATA HASIL ‘KERJA SENI’ HYUN BIN DEMI MEMASTIKAN ISTERI TERCINTA GEMBIRA
Ternyata Hyun Bin sama seperti suami-suami ‘orang awam’ yang lain. Apabila sudah berkahwin dan bergelar suami, sang suami harus bersedia untuk bertindak sebagai juru gambar isteri tercinta.
Kredit foto: Instagram Son Ye Jin
Umrah DIY, Panduan Tunai Umrah Sendiri Tanpa Pakej. Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Perjalanan Pergi & Pulang Dari Mekah
Peluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah cukup dinantikan oleh semua umat islam. Lebih-lebih lagi bila dapat melakukan ibadat ini bersama keluarga.
Kebiasaannya, kita ke sana dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh mana-mana individu mahu pun syarikat.
Berbeza dengan wanita bernama Dila Luvy yang memilih untuk ke sana sendiri tanpa pakej. Jom baca perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun facebooknya.
U.M.R.A.H. D.I.Y. T.A.N.P.A. P.A.K.E.J.
Assalamualaikum semua. Awal 2018 yang lepas kakak ada up gambar kami suami isteri umrah tanpa pakej. Dan lepas tu ramai kawan2 yg minta kongsi cerita. Tapi disebabkan ramai yang ingat UMRAH DIY ni melanggar undang2, kami malas nak hebah2 kan. Tapi, sejak Saudi lancarkan tourist Visa, secara tak langsung UMRAH DIY sudah dianggap ‘halal’. Makanya, cerita ini untuk korang semua yang kakak dah janji. Sori lambat! Hehe..
️Disclaimer️ Kak oishii takde niat nak menunjuk, apatah lagi nak menjatuhkan periuk nasi kawan2 yang buat pakej umrah. Cuma ini guide untuk kawan2 yang nak pergi dengan plan sendiri. Tak semua orang ada cuti 12 hari untuk umrah, tak semua ada 6-7k untuk umrah. InsyaAllah trip DIY kome blh plan sendiri, bajet sendiri, masa sendiri. Good luck!
1. FLIGHT BOOKING
Boleh survey semua airlines. Biasanya Saudia, MAS, AirAsia ada direct flight. Kalau transit mungkin lebih murah, eg: Oman Air, Etihad, Sri Lankan, Turkish Airlines. Tapi masa transit tu adakah berbaloi, terpulang masing2.. ️
Kami hari tu amik AirAsia. RM1750 sorang without luggage/food/seat. Tersangat murah. Then kakak tambah front seat, makan, luggage jadi RM2350 return. Kebetulan masa pergi flight kosong, makanya berbaring lah deme guna 2-3 seat sorang. Selesa habis. Guideline kakak, RM2500 (all in) ke bawah boleh grab. Budget terbesar utk umrah DIY memang flight tiket. So, choose wisely!
2. HOTEL BOOKING
Jarak hotel sangat memainkan peranan. Kat madinah rata2 hotel dekat murah je. Lebih murah dari Makkah. Kat Makkah, ada kawan2 DIY dapat rate Hilton sgt murah utk bilik 4 org. SAR 245/nite je! So untuk hotel dah boleh plan sesuai bajet. Tempah kat agoda atau booking.com etc. Sama je macam korang g travel ke Europe tu. Guideline kak oishii, kome amik yg free cancellation. Bila ada offer yang lebih murah, boleh cancel yang first, book baru. Hihi
Kami stay Hotel Saraya Eiman Makkah (300m ke dataran) SAR 220/nite. Madinah Zowar International Hotel (300m ke Gate 25 – pintu wanita. Straight pergi Raudah) SAR 259/nite.
3. VISA
Sekarang VISA UMRAH dah bukak seawal 10 Muharam rasanya. Dan tutup 15 Syawal. So boleh plan pergi dlm tempoh masa ni. Utk urusan Visa, kena ada flight tiket, hotel booking, surat nikah/sijil lahir, bukti cucuk vaksin, travel insurans. Untuk Visa, kami ada contact orang yang boleh buatkan. Nak yang ni, kena PM tepi. Tak boleh disclose bagi menjaga kepentingan banyak pihak . Kos RM350 sorang (Januari 2018).
Sebenarnya, kami masih pergi dengan VISA UMRAH yang sah. Jadi bagi Saudi, kami datang dari group company yang buatkan VISA UMRAH kami. Muasasah di Saudi, muasasah company tu. Jadinya, UMRAH DIY KAMI HALAL di sisi undang2 Saudi. Yang kome baca kat paper kata UMRAH DIY HARAM tu, tak sama dengan kes kami dan kebanyakan geng2 DIY yang lain.
Tapi ini semua dulu. Sekarang 2019 dah ada VISA PELANCONG. Sangat2 lah senangnya. Wanita tak perlukan mahram, tak perlu kad suntik vaksin, flight, hotel semua. InsyaAllah soon kami bakal terbang dengan VISA PELANCONG ni. InsyaAllah kak oishii share lepas balik nanti ye..
4. MAKAN
Bab ni pun sama korang boleh control ikut bajet sendiri. Macam kami laki bini hantu nasi arab, so memang hidup senang la kat sana. Puas makan. Kalau yang memang selera melayu tu jangan risau, ada Felda D’Saji kat Makkah n Rumah Makan Indonesia kat Madinah (update: katanya dah ada Rumah Makan Malaysia kat Hotel Dar Eiman Madinah). Bajet makan kami dlm RM50/pax/day. Kalau hotel Saraya Eiman nak fullboard makan tambah SAR40 masa tu.
5. GROUND TRANSPORT
Boleh check facebook Umrah Taxi, Umrah Taxi Express, Umrah Cab. Kalau berdua macam kami banyak guna Uber dan Careem (apps macam grab). Untuk Umrah 2020 kakak amik pakej Umrah Taxi sebab sekali harung utk 1 keluarga. Umrah Taxi ni kita bayar masa kat sana. Cuma booking je awal2. Atau yang muda mudi takde anak kecik tu boleh amik SAPTCO bas. Coach selesa jugak kata kawan2. Kakak xpernah guna. Train pun kakak takde pengalaman. Dengar dari kawan2 je.
Kebetulan sebulan sebelum kakak fly hari tu, Saudia Airlines buat offer. Jadi kami amik flight domestic Jeddah-Madinah. SAR 200 seorang return. Kalau sedan car mau SAR 400 one-way. Hihi.. Ziarah Makkah, Madinah semua kak oishii guna Uber n Careem je. Senang n murah. Ada yang kami naik bas utk niat ke Tanaim. SAR 3. Ada kawan ke masjid Quba hari2 pun naik bas. Nanti kakak cuba..
6. ZIARAH & MUTAWWIF
Kami tak amik mutawif masa trip ni sebab rasa boleh handle sendiri berdua. So semua ziarah naik Uber je. Untuk next trip kami pergi keluarga besar, maka amik student Malaysia yang kat sana untuk ziarah Makkah, Madinah n Thaif. Sambil2 tolong dorang jugak.. Boleh PM kakak kalau nak contact k..
7. TRAVEL INSURANS DAN CUCUK VAKSIN
Sangat2 penting. Kalau VISA UMRAH wajib ada. VISA PELANCONG takyah. Macam travel ke tempat2 lain jugak. Beli je online. Kakak sekeluarga memang amik annual travel plan. Vaksin pun kami amik walaupun sekarang dah tak payah ada. Tapi mencegah kan lebih baik dari mengubati?
8. AIR ZAMZAM
Air zamzam ni boleh beli kat airport Jeddah/Madinah kat luar. Sebelum kome masuk check in. SAR 5 je untuk botol 5 liter. Tapi 1 pasport boleh beli sebotol air je. And airlines tak kira 5 liter ni dalam pakej bag kita. Kira memang dorang bagi free bawak balik.
9. BAJET TOTAL
Jadi untuk trip ni total bajet kakak dalam RM 4000 seorang untuk 8 malam rasanya. (Nanti peh balik Malaysia kakak update exact figure. Ada tulis dalam buku. Kakak jauh diperantauan ni, tak ingat. Hihi..) Dengan perjalanan yang smooth, hotel dekat, kakak rasa sangat2 puas hati dengan DIY umrah ni. Harap yang ke depan bersama keluarga besar ni pun Allah permudahkan jugak. Kome doakan jugak ye? Nanti kakak share pengalaman yang ni pulak. Ke kome nak kak oishii update live nanti?
————————————————————————————
Notakaki : UMRAH DIY ni kakak tak galakkan untuk first timer. Sebab kita datang nak beribadah, biarlah pakej tour uruskan semua. Kita ikut dan focus ibadah je. Yang dah pernah pergi, nak plan aktiviti dan bajet sendiri, nak rasa manisnya tak bazir banyak masa, silakan. Sekali lagi, kalau rasa bermanfaat, sharelah untuk panduan kawan2 lain bersama. Yang khilaf atau tak jelas, maafkanlah kami.. Mana yg tertinggal, boleh la tambah kat komen bawah. So, semua boleh baca dan dapat manfaat bersama..
Cdt: dila luvy
4 Makanan Ini Bantu Tidur Lebih Nyenyak. Ibu-Ibu Boleh Praktis Tip Ini Jika Ada Ahli Keluarga Pengidap Insomia.
Insomnia mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan selain menjadikan seseorang itu menjadi tidak fokus, mudah letih dan tertekan. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan. Ibu-ibu yang ada anak menghadapi masalah insomia atau sukar tidur boleh cuba praktikkan ini.
Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak faktor ini kena dititikberatkan. Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda itu, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.
- Kacang badam
Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.
2. Buah pisang
Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.
3. Telur Rebus
Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.
4. Buah Ceri
Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.
Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak.
Ayah Jangan Ada Jurang Dengan Anak Perempuan. Semak Apa Yang Mereka Inginkan!
Semua orang tahu sifat seorang perempuan perlukan kasih sayang, perhatian dan sokongan dari seorang lelaki.
Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang anak. Bukan hanya berperanan sebagai hero, malah ayah sangat penting bagi seorang anak perempuan kerana mereka akan dijadikan contoh dalam kehidupan mereka.
Jangan sesekali letakkan jurang antara ayah dan anak perempuan sedari kecil, ia akan beri impak pada mereka bila besar nanti. Nak tahu apa yang anak perempuan harapkan dari seorang ayah? Jom tengok perkongsian dari Redza Zainol ini!
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
– Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
– Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
– Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi. Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.
Sebab tu penting untuk kita ada “Special Time” dengan setiap anak.
✔️ Luang masa selama 15 minit sehari dah boleh buat anak tersenyum sepanjang malam.
✔️ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✔️ Masa ni kita fokus hanya untuk diri kita dan anak.
✔️ Aktiviti pula biarlah ditentukan oleh anak.
Anak perempuan yang banyak bermain bersama ayah sejak kecil, dia tak kekok membuat aktiviti bersama ayahnya walaupun sudah remaja.
3) Mereka nak ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.
– Anak perempuan akan rasa mereka bijak di mata ayah.
– Rasa mereka ada nilai diri yang tinggi.
– Mereka nak ayah yang beri pujian ikhlas dari hati.
4) Mereka nak didengari.
Mereka suka bila ayah tanya apa yang mereka fikirkan atau apa impian mereka.
Cuba fahami dunia dari kacamata anak perempuan kita. Bila anak rasa diri dia didengari, kemungkinan untuk dia dengar apa yang kita mahu katakan pula adalah lebih tinggi.
5) Belajar cara lelaki bergaul dari ayah.
Anak perempuan belajar bergurau, belajar menyelesaikan konflik dan belajar berbincang tentang perkara yang serius dalam keadaan yang tenang.
Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina “Self-Esteem” dirinya.
Jika ibu ialah tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.