“Hutang mesti dibayar.” Begitu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju terus memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tambah beliau lagi ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat semalam, diskaun itu akan bermula hari ini selama lima bulan, iaitu sehingga 2023 sehingga 31 Mac 2024.

“Hutang Mesti Dibayar” Belanjawan 2024: Diskaun Hingga 15 Peratus Bayaran Balik PTPTN Bermula Hari Ini!

Beliau berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

“Hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN,” katanya berkongsi.

Pemberian kadar diskaun adalah seperti berikut:
* Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
* Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
* Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual

Ads

“Hutang Mesti Dibayar” Belanjawan 2024: Diskaun Hingga 15 Peratus Bayaran Balik PTPTN Bermula Hari Ini!

Tambah Perdana Menteri lagi, inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar yang berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.

“Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Ads

“Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

* Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
*  Live Chat di https://www.ptptn.gov.my
*  e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/
*  Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
*  Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Ads

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

“Hutang Mesti Dibayar” Belanjawan 2024: Diskaun Hingga 15 Peratus Bayaran Balik PTPTN Bermula Hari Ini!

Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.

JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-race/

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI