“Husband Ke Maeps 2/7, Esoknya Anak Ke Maeps & Saya Ke Hospital Sg Buloh”- Sekeluarga Positif Covid-19, Undang Sebak!

Share

Hati ibu mana yang sanggup melepaskan dan tinggal berjauhan dengan anaknya, apatah lagi jika anak masih kecil. Umumnya kehidupan anak-anak ini sangat bergantung harap pada ibunya dalam melakukan segala hal.

Namun ujian ini jugalah yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Fana ini. Berkongsi saat sedih terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 3 tahun angkara Covid-19.

Video dengan kepsyen “Tak pernah terlintas dalam kepala nak biarkan anak umur 3 tahun naik ambulans sorang-sorang. Tapi, anak ibu kuat!” benar-benar menyentuh hati warganet hingga mendapat tontonan 796.8 ribu kali di laman Tiktok.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat ibu memimpin tangan anaknya untuk diserahkan kepada pegawai kesihatan yang sedang menanti  untuk dibawa  ke pusat kuarantin. Video ini cukup menyentuh perasaan, apatah lagi bila melihat lambaian ibu kepada anaknya sebelum berpisah. Cukup menyentuh perasaan!

@faanaaaaaaaaa
Tak pernah terlintas dalam kepala nak biarkan anak umur 3 tahun naik ambulans sorang-sorang. Tapi, anak ibu kuat! 💪🏻♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Namun betapa kuat dan tabahnya hati anak ini, tidak sedikit pun mengalirkan air mata atau menolak untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Menurut Fana anaknya tidak sedikit pun menangis sebab sebelum hantar anak ke ambulans dah cakap dengan dia, nanti pergi jumpa Ayah. Ayah dia dah kena hantar di MAEPS sehari sebelum.

“Husband ke Maeps 2/7. Anak ke Maeps 3/7. Ibu ke Hosp Sg Buloh 3/7. Doakan kami sekeluarga cepat sihat dan boleh jumpa semula.”

Mengandung & Positif Covid-19

Terbaharu Fana turut berkongsi keadaan dirinya yang kini sedang mengandung 32 minggu turut disahkan positif. Dan kini dia telah dihantar di hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.

Apa yang pasti, berat mata kita yang memandang berat lagi bahu mereka sekeluarga memikulnya. Bersamalah kita doakan akan keluarga ini segera sembuh dan dapat bertemu semula. Amin…

Sumber  Tiktok : @Faaaaaaaaa

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club