
Rezeki dapat anak kembar. Seorang ibu meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana dianugerahkan tiga anak kembar perempuan yang kini semakin membesar.
Kongsinya menerusi media social, dia amat merindukan kehadiran seorang lagi anak dalam rumah mereka namun tidak menyangka dikurniakan anak kembar tiga.
Tambahnya lagi dia dan suami sebelum ini tidak mempunyai keturunan kembar namun amat bersyukur atas kurniaan tidak terhingga itu dalam keluarga mereka.
“Sapa kat sini ada anak kembar, tapi tak ada keturunan kembar 🙋🏻♀️ kita geng,” tulisnya.
Tambahnya lagi kandungan anak kembarnya itu merupakan anak keempatnya dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata sebelum ini yang sudah pun semakin membesar.
Menerusi perkongsiannya, kehidupan mereka di rumah bertambah meriah dengan kehadiran kembar tiga itu bersama anak-anak lain.
“Kak Mas ada triplet girl, yang ni anak ke 4, kandungan yang ke 4, atas-atas semua dah besar.
“Ingatkan nak baby sorang, sebab rindu baby… haha tiba-tiba Allah bagi 3. Habis huru hara satu rumah 🤣🤣,” tambahnya lagi.
Tolong Isteri Itu Amalan Sunnah. Ramai Suami Tak Amalkan.

Banyak suami kadang kala lupa nak amalkan ini bahawa tolong isteri adalah amalan sunnah Rasulullah.
Jika suami di rumah, cukup aje buat minuman sendiri sepertu teh, masak sendiri jika pandai masak. Begitu juga mencuci apa yang perlu. Apa yang pasti semua ini adalah dari sunnah kerana mencontohi Rasulullah.
Sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad yang tular sehingga cecah 4K share.
Begitu juga dengan perkongsian Mohd Fhais yang mengulas 5 perkara sebab suami kena bantu isteri uruskan rumahtangga.
Jangan biar isteri rasa 5 perkara ini seorang diri walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun.
1. Penat mengurus rumah
📛 Sesibuk macam mana pun suami keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita.
📛 Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah.
📛 Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. ” Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing “
.
2. Stres melayan kerenah anak-anak
📛 Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..
📛 Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk “release” stres.
📛 Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.
.
3. Sibuk mendidik anak-anak
📛 Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.
📛 Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan untuk mendidik anak.
📛 Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.
.
4. Runsing keperluan rumah
📛 Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari.
📛 Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.
📛 Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.
.
5. Melayan diri sendiri
📛 Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Stress dengan kerja, rumah dan anak-anak tanpa tempat bersandar.
📛 Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan
📛 Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.
Peranan suami lebih dari sekadar menyumbang benih.
Suami bertanggungjawab pastikan benih yang di tanam dapat hidup subur dan mekar serta memberi manfaat pada orang sekeliling.
Mohd Fhais
Suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
P/s : Banyak lagi tips rumahtangga dan rezeki saya kongsikan di channel telegram saya. Join di sini 👉 t.me/CoretanFhais
Sediakan Sendiri Makanan Anak Bulus, Sebab Cara Ni Lagi Jimat!

Sekiranya makanan kucing yang kita berikan tidak digemari oleh kucing, reaksi pertama yang diberikan kebiasaannya kucing tidak akan makan makanan tersebut. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai pemilik kucing hendaklah segera mencari apa yang digemari oleh kucing peliharaan kita.
Ini memandangkan kucing-kucing ini akan sanggup menahan lapar dari makan dan ini mungkin akan memudaratkan jika dibiar berlarutan. Oleh itu, apa kata kita cuba untuk sediakan sendiri makanan kucing dengan pilihan ramuan yang segar dan berkhasiat. malah apa yang lebih penting, kos untuk menyediakan makanan kucing lebih murah jika dibandingkan membeli yang sedia ada dipasaran.
Pun begitu perlu diingat, jika anda ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis atau perasa yang baru, anda perlu memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada kucing.
Di sini ada dikongsikan cara untuk membuat makanan kucing yang berkhasiat dan pastinya digemari oleh kucing-kucing sebagaimana yang dilakukan oleh pencinta kucing Christine ini. Jom cedok ilmu!
“Sini saya share cara saya buat Wet food untuk anak bulus.”- Christine
Bahan-bahan :
Labu
Ikan Lumahan/ikan kembung besar
Agar-agar
Cara Penyediaan :
1. Labu dipotong dadu.
2. Bersihkan ikan Lumahan (ikan kembung besar).
3. Ini agar agar tali yang saya pakai.
4. Masukkan labu dalam belanga untuk direbus. Sukatan air, agak-agak ikut kuantiti labu dan besar periuk.
5&6. Labu dan ikan yang sudah masak, tunggu suam supaya senang asing kan isi.
7. Isi ikan dan labu sedia di lenyek,saya pakai tu potato smasher saja sebab tiada blender bah ni mami kucing. Exercise kasi sado tangan
8. Bahan yang siap dilenyek .
9. Masukkan agar agar tali 1 paket tadi di dalam air rebusan labu. Tidak perlu tambah air pun tidak apa.
10. Tunggu agar agar cair dan terus masukkan makanan yang sudah dilenyek. Tunggu 10 minit.
11. Siap untuk disejukkan sebelum masukkan dalam kontena (bekas).
12. Tadaaa, siap pun makanan anak anak bulus. Sedia dimasukkan dalam peti sejuk. Besok pagi boleh diberikan kepada anak bulus.
sumber : Christine Sindih Chirstopher
“10 Tahun Bertugas, Hospital Jadi ‘Dumpling Ground’ . Anak Sanggup Tinggalkan Ibu Ayah Sakit, Nak Raya Sakan.

Sejak kita kecil, ibu ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk membesarkan dan menyediakan keperluan anak-anak.
Namun, ada segelintir anak tidak menghargai pengorbanan itu.
Sebagaimana perkongsian seorang Dr Ahmad Firdaus yang mendedahkan sikap segelintir anak-anak yang tidak menghiraukan ibu ayahnya yang terlantar sakit dan sengaja meninggalkannya di hospital.
Lebih ketara apabila tiba hari raya. Katanya kemasukan warga emas meningkat apabila menjelang hari mulia itu.
Namun katanya lagi, bukan semua warga Emas yang dimasukkan ke wad ketika perayaan akibat tidak disayangi. Ada yang betul-betul dimasukkan ke wad kerana anak-anak ikhlas ingin menjaga kesihatan ibu bapa.
ANAK TAK HIRAU IBU AYAH SANGGUP TINGGALKAN DI HOSPITAL
Masa saya kerja di hospital dulu, setiap kali musim perayaan mesti akan ada peningkatan kemasukan Warga Emas ke wad. Tak kisah la Hari Raya Aidilfitri, Raya Cina, Deepavali atau Christmas. Trend sama sahaja.
Kisah Warga Emas yang dikejarkan ke hospital juga sama. Tidak kira bangsa dan agama. Si Ibu atau Ayah akan dibawa ke kecemasan oleh salah seorang anak. Biasanya dikatakan ibu bapa mereka amat lemah, ada cirit birit, batuk berpanjangan atau lemah akibat tak mahu makan.
Dari raut wajah Warga Emas ini, kita dapat lihat kesedihan yang dialami. Mereka tahu, mereka dibawa ke hospital bukanlah atas sebab kasih anak kepada ibu bapa. Mereka sedar yang anak mereka bukan hiraukan tentang kesihatan mereka.
Dari saat mereka dibawa ke hospital, mereka tahu yang mereka akan ditinggalkan berseorangan di wad di hospital dan hanya akan mendapat perhatian dari doktor dan jururawat. Mereka tahu tiada seorang pun anak-anak mahukan sanak saudara yang akan melawat.
.
Sejurus selepas Warga Emas ini dimasukkan ke wad, anak-anak mereka akan menghilang. Apabila jururawat atau doktor ingin menelefon waris untuk memaklumkan ibu atau bapa mereka sudah sihat untuk dibawa pulang, tiada satu pun panggilan dijawab. Kalau dijawab pun, seribu satu alasan diberi untuk tidak mengambil pulang ibu atau bapa mereka. Sehinggalah musim perayaan berakhir.
Ini yang saya perhatikan semasa saya bertugas di hospital hampir 10 tahun lalu. Hospital awam dijadikan sebagai “dumping ground” Warga Emas sementara anak-anak beraya sakan di musim perayaan.
Harapnya ia bukan lagi sesuatu yang biasa di hospital. Harapnya sudah ada kesedaran dikalangan masyarakat untuk menjaga ibu bapa mereka dengan baik.
Menjelang Syawal ini, saya doakan anak-anak dan saudara mara pulanglah ke kampung halaman dengan selamat. Raikanlah ibu bapa anda. Kita tak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
Sumber: Dr Ahmad Firdaus
Ex ED MO
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club