Hulur RM100, Isteri Tersenyum Tapi Bila Suami ‘Joint’ Jaga Anak Mood Berubah Habis. Layanan Hotel 5 Bintang!

Share

Perkahwinan yang bahagia bukan bersandarkan pada wang ringgit semata, tapi sikap saling melengkapi antara satu sama lain serta saling menghargai.

Bagi isteri, apabila suami membantu menguruskan rumahtangga ia adalah suatu nikmat bahagia yang amat dihargainya.

Malah, sikap suami itu membuatkan isteri lebih menyayanginya hingga layanan di rumah bagaikan hotel lima bintang!

Ada benarnya sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif 

yang mencoretkan bagaimana untuk kekalkan hubungan suami isteri lebih harmoni.

Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.

Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.

Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.

Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.

Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.

Kalah layanan hotel 5 bintang!

Bahagia bukan wang ringgit

Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.

Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!

Masih belajar untuk mencinta

Sumber: Taufiq Razif