Apabila tiba bulan Ramadan sudah tentu ramai mengambil peluang untuk bertadarus bersama keluarga dan ada juga khatam Al-Quran pada bulan ini.
Namun, ada persoalan adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran dikira khatam Al-Quran?.
Ikuti penjelasan oleh ustaz ini.
HUKUM TADARUS Al-QURAN SATU ORANG SATU JUZU’ TETAPI BERLAINAN TEMPAT.
Ads
Kita sedia maklum bahawa membaca Al-Quran merupakan satu ibadah. Ini kerana Al-Quran merupakan Firman Allah. Oleh kerana itu sudah menjadi satu tuntutan untuk kita membacanya. Sabda Rasulullah : Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.
Ads
Maka persoalannya sekarang adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita ini dikira khatam Al-Quran?. Jawapannya : Tidak dikira seseorang itu khatam Al-Quran melainkan dia membacanya daripada awal sehingga habis ataupun ia mendengar bacaan sehingga habis 30 juzuk.
Ads
Jika tadarus Al-Quran yang dilakukan sewaktu Bulan Ramadhan yang mana seorang membaca dan lain mendengar dan mereka melakukannya sehingga khatam maka ia juga termasuk dalam kategori mengkhatamkan Al-Quran dengan syarat di atas tadi sama ada membaca atau mendengar 30 juzuk.
Jadi tidak menjadi satu kesalahan membaca Al-Quran secara bertadarus dengan membahagi-bahagikan dan si pembacanya berada di tempat yang berlainan cuma ia tidak dikira khatam tetapi hanya sekadar merancakkan ibadah sesama kita dalam keadaan kebaikan.
Anak anda manja walaupun sudah berusia lima tahun? Lebih merisaukan apabila anak tidak tahu berdikari. Istilah ‘manja’ mempunyai makna yang negatif dalam konteks sosial. Ia boleh ditakrifkan sebagai sikap memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan dalam fasa awal mengasuh anak-anak. ‘Anak manja’ sering merujuk kepada anak yang cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani tanpa memperdulikan orang lain. Sikap ini tidak dapat dibendung oleh ibu bapa kerana keliru antara perasaan sayang anak atau manjakan anak.
Sikap manja secara alaminya timbul pada usia setahun lebih apabila bayi mula membina hubungan sosial dengan orang-orang di sekitarnya. Sekiranya sikap manja dituruti oleh ibu bapa sehingga usia tiga hingga empat tahun, akan menghasilkan sikap memberontak (tamper tantrums) atau sikap terlalu bergantung (clinging). Pada usia lima hingga enam tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan juga intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Untuk mengetahui bagaimana situasi ini terjadi. Ikuti ulasan daripada Dr Surayah Zaidon, Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
FAKTOR PENYEBAB
Umumnya disebabkan corak asuhan daripada kecil yang menyebabkan anak menjadi manja. Ikuti selanjutnya faktor penyebab anak menjadi manja.
1.Terlalu berlebihan sayang anak.
Ibu bapa tidak mahu anak merasa ‘susah’ atau beranggapan sepatutnya lakukan segalanya untuk anak. Kemungkinan juga ibu bapa tidak yakin anak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri.
2.Kurang tegas dalam mengasuh
Ibu bapa kurang tegas dalam usaha mengasuh atau mendidik anak. Akibatnya sejak kecil kemahuan dan kehendak anak dituruti dan dibiarkan membuat sesuka hati tanpa ditegur. Akhirnya jadilah ‘anak yang tidak mendengar kata’ iaitu ibu bapa menjadi ‘pak turut’ kepada anak-anak mereka.
Pengalaman ibu bapa semasa kecil
Ibu atau bapa pernah diasuh dengan corak asuhan authoritarian (kawalan yang ketat,tidak bertolak ansur atau fleksibel dengan anak). Mereka tertekan semasa membesar, jadi beranggapan untuk anak sendiri, mereka perlu memberikan the best iaitu dengan memanjakan anak mereka.
Alasan tiada masa
Ibu bapa yang sibuk beranggapan kekurangan masa berkualiti dengan anak dapat digantikan dengan menurut segala kemahuan anak.
KESAN MANJA KEPADA PERKEMBANGAN
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas berbuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi:
1.Kurang berdikari atau kurang keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak ini akan mengharapkan dan mendesak orang lain untuk mengambil tanggungjawab yang diberi.
2.Sering bergantung kepada orang lain dalam apa sahaja.
3.Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
4.Kurang keinginan untuk membuat eksplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA
Bagi membendung kesan kemanjaan yang akan mempengaruhi jati diri dan hubungan sosial anak-anak apabila meningkat remaja, terdapat beberapa faktor yang ibu bapa perlu ambil peduli.
1.Ibu bapa mesti sedar kesilapan mereka dan beriltizam untuk memperbaiki corak pengasuhan anak.
2.Kedua-dua ibu bapa perlu konsisten dalam mengamalkan ketegasan dalam mengasuh anak-anak.
3.Membimbing anak-anak sedikit demi sedikit untuk bersikap lebih berdikari. Contohnya oleh dimulakan dengan meminta anak menyuap makanan atau memakai baju mereka sendiri tanpa bantuan. Dengan cara ini, anak-anak mula membina kepercayaan bahawa mereka mampu berdikari.
4.Mempercayai dan memberi kepercayaan kepada anak-anak akan kemampuan mereka untuk melakukan sendiri perkara-perkara yang bersesuaian tahapumur mereka. Ibu bapa perlu sabar kerana anak-anak mungkin memerlukan masa untuk boleh membuat sesuatu secara sendiri dengan baik.
5.Memberi peluang kepada anak-anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya (contoh menyertai kumpulan bermain; play group) seawal usia dua tahun supaya pengalaman bersama rakan sebaya dapat membentuk kemahiran bersosial yang positif.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebagaimana perkongsian menerusi TikTok milik akaun Afiq Raffali berkongsi video majlis perpisahan seorang pekerja ‘veteran’ berusia 87 tahun yang bakal bersara.
Majlis ringkas tetapi meriah itu yang diadakan bersama rakan-rakan sebagai menghargai perkhidmatam lelaki itu yang digelar ‘uncle’.
Kelihatan ‘uncle’ terharu dengan sambutan itu yang diadakan pada 31 oktober bersempena hari terakhir pekerja tersebut sebagai seorang kru di restoran makanan segera di Singapura.
“Nama uncle tersebut Ngew Cheng tapi kami selalu panggil dia uncle saja.
“Dia kerja tak lama, dalam lapan bulan tapi kami tak sampai hati nak suruh dia teruskan kerja sebab umur dia, so kami buat farewell retirement untuknya sebagai tanda menghargai dia.”
“Majlis farewell itu idea bos saya, Encik Vel dan dia adalah pengurus restoran tempat saya bekerja. Dalam video semua adalah team management.”
KEJUTAN BUAT UNCLE
Nyata, uncle tidak menyangka majlis itu diadakan buat dirinya. Kata Afiq, mereka memberi nasihat kepada uncle untuk menjaga kesihatan diri dan berehat di rumah.
Menurut Afiq ujar Afiq yang berasal dari Kulai, Johor dan sudah lapan tahun mencari rezeki di negara berkenaan perkara biasa bagi rakyat Singapura yang bekerja pada usia warga emas.
“Uncle kerja syif malam, lazimnya malam yang kerja ialah Malaysian dan semua adalah golongan yang lahir pada tahun 1990an.”
“Mereka selalu tolong uncle atau nasihat uncle jangan angkat barang berat. Satu benda yang kami rindu tentang uncle adalah uncle hari-hari lupa tempat nak punch card dekat mana.”
Tambah Afiq lagi, sudah menjadi kebiasaan untuk team di restorannya meraikan hari-hari istimewa bagi menghargai pekerja.
“Dekat McDonalds Singapura, ramai perkerja yang berumur atas 50 tahun. Kami management team memang akan appreciate mereka, semua sambutan kami sambut… hari bapa, hari ibu, atau birthday mereka.”
BERSAMA PENGARAH URUSAN YANG JUGA BOS NOMBOR 1, MR BEN BOH
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada bos saya. Dia yang pencetus buat video tu dan untuk pengetahuan, video ni dah sampai kepada Pengarah Urusan McDonald’s Singapura dan dia repost dia akaun Facebook miliknya.”
Sehingga kini video tersebut meraih melebihi 220,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
WARGAMAYA SEBAK
Siapa yang tidak sebak apabila melihat orang tua yang sudah berusia lebih 80 tahun masih tetap bekerja. Namun mujur mempunyai rakan-rakan sekerja yang baik dan menghormati orang tua.
Cantik, elegan dan eksklusif, demikian yang boleh diungkapkan takkala melihat kediaman milik Shazwani Ismail sekeluarga ini.
Walaupun sekadar rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi, namun susun atur dan pemilihan warna serta perabut mengubah wajah kediama ini untuk nampak lebih mewah.
Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Seperti yang dikongsikan pemilik kediaman ini yang ternya cukup bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah.
Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.