Hujung Minggu Belajar Buat Pastri Secara Dalam Talian. Creampuff Menjadi & Seisi Keluarga Suka Makan!

Share

Pada hujung minggu bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan salah satunya adalah dengan memasak bersama-sama. Lazimnya bila kita dapat menyediakan hidangan yang enak dan digemari oleh seisi keluarga tentu ianya menjadi momen yang menggembirakan.

Apatah lagi melihat anak-anak makan berselera tentu sahaja memberi rasa kepuasan berganda buat ibu yang memasak.

Lantaran itu, Keluarga menganjurkan satu program webinar E-Keluargagader secara dalam talian untuk memberi ruang kepada seisi keluarga untuk mengetahui cara bagaimana untuk menyediakan creampuff yang lembut dan berkirim intinya.

Program ini mendapat sambutan ramai dengan jumlah keahlian 120 orang mendaftar, dan mereka  dihimpunkan di dalam aplikasi Slido. Sepanjang tempoh 2 jam mempelajari ilmu membuat Creampuff daripada pakar En Mior Ashraf Norul Bashah yang juga merupakan pemilik Kedai Kek Shah Alam, rata-rata peserta program cukup berpuas hati dan dapat memahami dengan sebaiknya apa yang disampaikan.

Kuiz & Cabutan Bertuah

Peserta tidak hanya mempelajari cara membuat creampuff semata-mata, malah program dimeriahkan dengan soalan kuiz dan cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada 5 peserta yang terpantas menjawab soalan kuiz iaitu Puan Sahhila Sulaiman, Puan Suanrti Mohd Talkhah, Puan Nurul Fauzira dan Encik Mohd Dzul Hatta Abdul Kamal. Manakala pemenang untuk cabutan bertuah pula adalah menjadi milik Puan Suanrti Mohd Talkhah, kemudian puan Nurashikin Jalpus dan Puan Amirah Shamsuddin.