“Hujung Mata Koyak, Ada Cornial Abrasion.” Mata Anak Hafizul Kamal Cedera Terkena Cover Buku, Darah Keluar Dalam Mata!

Share

Malang tak berbau, walaupun dalam kita berhati-hati namun tetap juga berlaku kemalangan.  Seperti mana yang berlaku kepada anak kedua  pelakon Hafizul Kamal.

Menerusi perkongsian isterinya, Nurul Fariza Ibrahim yang berdepan detik cemas apabila anak keduanya, Sara Erina cedera di bahagian mata.

Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja memuat naik perkongsiannya di Instagram yang memaklumkan Sara tercedera akibat terkena cover buku.

Kecederaan itu menyebabkan Sara mengalami koyak di bahagian hujung matanya.

“Sekelip mata je jadi. Terkena cover buku. Maka menangis jugalah maknya terkejut darah keluar dari dalam mata.

“Jumpa doktor, hujung mata adik koyak dan ada cornial abrasion.

“Ada temu janji sekali lagi dengan doktor, harap tak ada benda yang perlu dijahit dan tak perlu kita berkampung di hospital,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mieja turut trauma dengan kejadian tersebut.

“Banyak kerja tertangguh. Maaf sangat, rasa macam tak nak tengok phone, tak nak buat kerja dan nak tengok adik Sara 24 jam sebab takut benda sama jadi lagi,” maklumnya.

Mieja dah Hafizul mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.

Selain Sara, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Raisya Amanda yang dilahirkan pada 25 Oktober 2017.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club