
Kalau perasan sekarang ni cuaca dah tak menentu, mungkin nak hampir ke musim tengkujuh. Disebabkan musim begini, tak boleh nak jangka kadar hujan turun, sama ada sekejap sahaja atau lebat sampai boleh berlakunya ribut.
Situasi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan bagi mereka yang berkebun atau jenis kaki menanam ada pokok yang perlu dijaga. Jadi kenalah bersedia dengan ilmu supaya tanaman tak mati. Supaya tanaman tak terjejas ketika air hujan turun mencurah panduan yang dikongsi oleh usahawan tani, Nur Amirul Nur Azmi boleh dipraktikkan.
Bila hujan turun ramai petani yang susah hati mengenangkan nasib yang bakal ditempuhi sama ada rezeki menjadi atau musibah yang menimpa.
Di sini saya berikan beberapa tip supaya pokok sihat dan mantap walaupun hujan turun mencurah. la berguna untuk pekebun dan mereka yang bercucuk tanam di rumah.
Tip Tanaman Kekal Sihat Ketika Hari Hujan
1. Pastikan parit dan saliran air dalam keadaan baik untuk mengelakkan air bertakung.
2. Sekiranya air bertakung, pastikan tanaman anda tidak duduk lama dlm air bertakung tu. Pakai batu bata atau sama waktu dengannya untuk dijadikan lapik.
3. Untuk mengatasi kekurangan nutrien, boleh buat foliar pada waktu yang tidak ade hujan sekurang2nya dua jam. Pastikkan guna pelekat/sticker/silicone surfactant untuk mempercepatkan proses penembusan baja ke dalam liang/rongga pokok. Sembur di bawah daun ya.
4. Sekiranya tak sempat nak buat langkah no 3, boleh drip baja ab dalam kepekatan tinggi.
5. Penggunaan baja pelepasan perlahan juga membantu memberi nutrien pada pokok dikala hujan turun mencurah-curah.
6. Untuk kawalan penyakit adalah digalakan sembur EM/IMO atau racun kimia jenis penghalang percambahan spora kulat. Sekiranya menggunakan racun kulat jenis kimia adalah disyorkan guna bersama pelekat/sticker/silicone surfactant.
7. Untuk kawalan serangga perosak boleh guna kawalan organik. Pada yang nak guna kimia boleh menggunakkan racun jenis serapan yg akan menghalang serangga jenis menghisap dan mengunyah. Pada petani yang nak menggunakkan racun jenis ni seharusnya rancang penuaian hasil anda.
8. Sekiranya ada drip air kosong hentikan serta merta. Tak perlu membazir.
9. Pada yang menggunakan polibeg, pastikan polibag anda bukan jenis takung air. Kalau tidak kena buat lubang baru dgn kadar takungan minimum.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Nur Amirul Nur Azmi
“Dulu Nak Give Up Tengok Akademik Anak, Tapi Kini Tak Lagi.” Ketabahan Ibu Ini Mendidik 2 Orang Anak Istimewanya Sangat Memberi Inspirasi!

Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi untuk membesarkan anak-anak. Yang ingin hanya satu iaitu memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa depan yang lebih cerah. Kekurangan anak-anak tidak mahu dijadikan batu penghalang untuk kejayaan anak-anak.
Usaha dan doa ibu cekal bernama Norhayati ini didengari bila mana anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Tahfiz usai melepasi temu duga yang dijalankan oleh sekolah berkenaan.
Manakala anak keduanya pula didaftarkan mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI). Menariknya, anaknya yang kedua ini sangat suka memasak dan menonton rancangan masakan di televisyen telah menjadi hobi buat dirinya.
Jom ikuti kisah suka-duka yang ditempuh oleh Puan Mcnor Norhayati untuk membesarkan anak-anak beliau yang sangat istimewa itu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada pembaca dan membuka mata masyarakat tentang anak-anak autisme ini.
Salam dan selamat sejahtera. Just nak share dua orang anak saya yang ASD+ADHD..kedua-duanya ada kad oku..kedua-duanya tiada fasa merangkak semasa bayi…duduk terus jalan. Mungkin coretan ini yang paling panjang di dalam page ini. Sebab sebenarnya saya memang tiada masa nak menulis panjang-panjang macam ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kawan-kawan yang lain dalam grup ini. Walaupun keduanya ada ASD dan ADHD, banyak behaviour yang tak sama.
Semasa mereka masih kecil, saya juga pernah melalui fasa yang sukar, tak boleh makan kat kedai sebab anak akan berjalan atas meja makan, menjerit-jerit dan macam-macam lagi, kenduri kawen pun terpaksa bergilir-gilir pergi, sorang lagi kena jaga dalam kereta, 3 kali hampir hilang mencari merata-rata tempat, pernah kena bersihkan dinding dan perabot rumah sebab habis dinding dan perabot kena sapu najis (time tu tengah masak kat dapur, tak sedar anak dah berak dalam pampers dia korek), telur habis sepapan kena pecah dan berguling-guling dengan telur pecah tu, tuang sunlight sebotol dan siap main luncur ski(time tu umi dia terlena…haha), pernah jatuh tergolek kat jalan raya kejar anak, tantrum kat mall dan banyak lagi peristiwa yang mencabar kesabaran kami sekeluarga.
Saya pernah juga give-up dan pasrah dengan akademik anak yang 1st sebab bila dia di aliran perdana, banyak tertinggal dan tak dapat follow lesson kerana ADHD yang dia alami menyebabkan dia tak dapat fokus sepenuhnya dan pernah masukkan dia di PPKI (sebelum tu di kelas perdana kerana sekolah masih belum ada aliran PPKI)…dia juga pernah makan kertas exam bila terpaksa menghabiskan exam tersebut(banyak helaian dia stress penat tulis).
Alhamdulillah, selepas beberapa tahun mengalami kesukaran handle 2 anak ASD ni…semakin besar anak-anak dah semakin ok. Anak-anak memang tak pernah consume sebarang ubat or medication dan suppliments..sebab memang refuse makan ubat…kalau demam pun memang tak pernah bagi ubat…mujur mereka berdua ni sangat jarang demam. Alhamdulillah, just lalui kehidupan macam biasa tapi memang perlukan kesabaran yang tinggi, cuma bagi aktiviti yang mana bersesuaian dengan minat anak.
Anak yang kedua amat minat memasak. Channel tv kegemaran pun semua yang berkaitan memasak dan boleh statik tengak rancangan memasak. Yang ini ada speech delay dan mula bercakap dan keluarkan perkataan pertama mama umi ayah ketika berumur hampir 5 tahun. Juga ada sensory problem…jalan jengket-jengket, tak suka kotor, dan tak boleh pijak tikar getah sebab melekit-lekit…tutup telinga bila dengar blender, vakuum…namun terus boleh membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tanpa di ajar ketika mula bercakap pada umur 5 tahun.
Hari-hari baca buku resepi…tengok youtube resepi…. sekarang ni kat rumah hanya melayan dia memasak sajalah(kena ready stok bahan baking). Banyak juga hasil masakan yang dah berjaya buat seperti kek, muffin, pizza. Nampaknya kelebihannya di situ sebab kadang-kadang dia yang ajar kita macam mana nak buat. Alhamdulillah, peperiksaan baru-baru ni dia dpt nombor 1 dlm keseluruhan aliran…ada 2klas ppki…dia no.1. Dia bersekolah di Sekolah Berprestasi Tinggi.
anak yang sulung pula, sepanjang persekolahannya dari tahun 1-4(aliran perdana) memang sangat mencabar….buku tulisnya tak pernah siap dia salin dari sekolah….setiap tahun, setiap subjek memang takkan lebih dari 10 pages yang berjaya salin…tahun 1-2 tulisan memang tak boleh baca langsung (ada masalah psikomotor), tak boleh lompat, urus diri memang sangat teruk.
Alat tulis memang bukan kata hari-hari hilang, tapi setiap kali lepas rehat dah kosong pencil box, bila hilang, satu kelas kena stop belajar sebab tantrum nak jugak cari even pemadam tu dah besar kuku jari kelingking….hahaha.
So di rumah memang macam kedai stationery buat stok alat tulis. Saya tak hantar tuisyen tapi mula buat 1 to 1 dengan dia.
Selalu pesan kat dia is ok kita lambat, janji kita usaha..selalu beri kata-kata semangat disamping doa yang tidak putus-putus….ujian awal tahun 6 masih dapat result 3D3E…jika org lain buat 10 latihan, anak saya hanya mampu buat 3 sahaja…memang dia tak boleh dan takkan buat lebih dan akan stress..so memang kena pasrah…bagi saya janji dia konsisten buat..
Alhamdulillah sehingga trial dia berjaya dapat 1A, ada B dan gred paling rendah C…sehingga UPSR keluar, walaupun resultnya biasa-biasa sahaja lebih kurang trial, semua interview dia dapat…ada yang lulus, ada yang tak…cuma kami sangat bersyukur sebab dia lulus dan di terima msuk di sekolah sekarang…walaupun dengarnya ada yang 3A dan 6A pun tak dapat masuk sebab tak lulus temuduga…(saya ada tulis catatan anak autisme masa apply sekolah tersebut).
Apabila sudah masuk 2 minggu dia di asrama penuh tersebut, walaupun minggu pertamanya 5 pasang stokin tinggal 1.5 pasang, bantal hilang, baju seluar semua tak tau kat mana, dia masih kuat semangat tak minta nak balik..katanya seronok belajar kat situ…yang tak seronok barang dia hilang…haha(padahal salah letak aje…lepas tu jumpa balik…) tapi seminggu 4x kami ulang alik tengok uruskan baju-baju dia sementara nak biasa…mujur dekat dengan rumah…hehe..lega hati umi bila baru-baru ni kawan-kawan dia cakap ustaz kat situ sayang pada anak ni selalu letak dia di sebelah ustaz yang mengajarnya supaya tak hilang fokus.
Lupa yang sorang ni memang kuat bercakap…tak ada speech delay. Sedikit asperger, so saya memang pernah beberapa kali libatkan dia ke pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa…alhamdulillah memang tak menghampakan walaupun pernah mengalami saat-saat sukar dia tantrum tak nak present dekat-dekat nak bertanding tu gara-gara bertukar bilik hotel bajet yang aircond dan tv brand qonda..mujur dah ok lepas tu.
Rasanya sudah panjang sangat perkongsian saya kali ini. Saya mohon kawan-kawan tolong doakan anak-anak saya mudah-mudahan mereka istiqomah dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Masih jauh lagi perjalanan mereka. Saya juga doakan semoga kawan-kawan semua tabah hadapi cabaran dan rintangan. Semoga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Hanya kepada Allah kita berserah…Semoga ada sinar pada anak-anak kita semua. Salam Sayang semua.
“Kalau Boleh Undur Masa, Tak Nak Jadi ‘Public Figure’.” Nasihat Ibu Buat Ady Putra Tersedar & Tarik Balik Hasrat. Memang Win!

Bergelar public figure bukanlah semudah yang disangkakan. Drai luaran nampak glamor dan kehidupan penuh warna warni. Namun dalaman tiada siapa yang tahu melainkan mengalaminya sendiri.
Pandangan serong dan pelbagai kata-kata nista dilemparkan buat pelakon kelahiran Tanah Singa ini dek kontorversi yang melanda dirinya membuatkan pelakon Bahagia Bukan Bidaan ini hampir mahu give up.Namun sokongan ibu tersayang membuatkan dia kembali bersemangat.
Me: ibu, kalau boleh dapat undurkan masa, adi tak nak jadi “Public Figure”, adi nak jadi org awam dan keje macam org awam.
Ibu: jgn cakap macam tu, kita hidup kedepan bukan kebelakang, tak baik cakap macam tu, kita kena trima hakikat apa yg dah tertulis utk kita.
Me: susah nak cakap ibu, buat salah tetap salah, ni buat baik pun tetap salah. Ni salah, tu salah, semua salah.
Ibu: knapa nak fikir apa org cakap, biar mereka nak kata apa, janji Allah tahu apa kebaikan yg kita buat, ada sebab dan hikmah knapa Adi jadi “public figure”, tentu ada asbabnya.
Itu antara perbualan Ady dan ibunya. Meminta ibunya mendoakannya selalu, kata ibu Ady, itulah yang selalu dia lakukan.
“Dengar sini, selagi ibu bernafas, Doa ibu tak pernah putus doa buat anak ibu dan istri. Kalau itu ketentuan Allah, teruskanlah perjuangan sebagai org dikenali dan manfaatkan sebaik mungkin. Dunia ini hanya sementara.
“Hidup ini juga utk memberi, membahagiakan dan menjayakan org dan Pasti Allah akan menjayakan dan bahagiakan kita krana itu Janjinya. Yg penting skali, pertama ingatlah Allah sentiasa. Dan ibu dan ayah.
“Doa mereka tidak sama seperti seorang ibu mendoakan kepada anaknya, walaupun yg tiada ibu, anggaplah seorang wanita yg sudah berumur seperti ibu mu, krana doanya juga sgt mustajab.
View this post on InstagramA post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on
Sumber: IG adpadiputra
Nak Pilih Bata Merah Atau Bata Putih? Ikuti Perkongsian Daripada Arkitek Ni!

Membina rumah idaman di atas lot tanah sendiri tentu sahaja kita mahukan yang terbaik agar rumah yang dimiliki kelak berkualiti hasil kerjanya. Maklumlah bukan murah modal untuk membuat rumah.
Tentu kita tidak mahu, disebabkan tersalah membuat pemilihan bahan-bahan binaan menjadi penyebab rumah yang siap dibina tidak kekal lama atau timbul pula rasa tidak rasa puas hati di kemudian hari.
Umpamanya dalam pemilihan batu bata. Lazimnya batu bata ini digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam membina kerangka dan struktur bangunan rumah, tembok, pagar dan sebagainya.
Sebagaimana umum mengetahui, terdapat 2 pilihan batu bata yang boleh digunakan, sama ada dari jenis batu bata merah atau batu bata putih.
Membuat pemilihan yang mana satu terbaik antara keduan bahan ini juga boleh membuatkan ada yang keliru.
Jadi apa kata anda dengar penjelasan daripada arketik yang bernama Huda Mahmud, dia ada berkongsi info di akaun twitternya.
Ini perkongsiannya.
Bata merah (clay bricks) atau bata pasir/putih (cement sand brick?
Harga bata pasir paling murah tapi mempunyai “thermal mass” yg rendah yakni dinding cepat panas waktu siang sebab dia serap haba & cepat sejuk waktu malam. Boleh rasa perbezaan antara rumah yg guna 2 bata ni.
Bata merah (clay bricks) di Malaysia kebanyakannya ada sijil SIRIM & Bomba. Bata merah mempunyai had rintangan api selama 2 jam.
Contoh sijil Bomba untuk bata merah dari Ho Brother Bricks Supply Sdn Bhd.
Ada satu lagi jenis bata yg sudah berada lebih dari 10 tahun dipasaran Malaysia, iaitu “Autoclaved Aerated Concrete” atau singkatan popularnya adalah AAC. Bata AAC diperbuat dari simen, pasir, kapur & “aerating agent”.
Secara asas bata AAC ‘dibakar’ dan “aerating agent” mengembangkan bata AAC sama seperti cara buat roti. Jenama popular adalah Starken. Bata AAC sangat besar saiznya. 1 bata/blok = 6 bata merah. Cara pasang sama macam dinding bata lain.
Kelebihannya adalah ia mengurangkan beban pada struktur dan permukaan sedia ada sudah licin berbanding bata merah & bata pasir. Ia setara dengan bata merah malahan lebih baik dari aspek tertentu.
Dah buat dinding mesti ada paip air, kabel & konduit elektrik nak ditanam dalam dinding mengikut keperluan sesuatu ruang/bilik. Dinding bata akan dikikis. Aktiviti ini dipanggil “wall chasing”. Kadar dinding boleh dikikis ni adalah tidak lebih dari 1/3 ketebalan bata.
Kalau nak bucu dinding cantik lurus je bila plaster boleh letak “corner beading”. Ada pelbagai profile. Nak bucu bulat atau tajam semua ada. Jangan risau, tak bahaya pun sebab ia dibuat dari uPVC. Yg biasa saya spesifikasi dalam projek adalah dari keluaran Ho Shen Lee
Sumber : Huda Mahmud
Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club