Kalau nak cerita tentang makanan ni memang tak pernah habis, sebab sebahagian kebahagiaan manusia ini kebiasaannya hanya dengan makanan. Apatah lagi kalau musim ramai sangat sakit, bertambah hujan pula, dapat ‘comfort food’ ni. Memang begitu ‘syahdu’ ! Dari tak ada selera makan, makanan ini dapat mengembalikan selera anda semula.

Comfort Food kali ini, kita memilih untuk berkongsi resepi mudah Mashroom Soup dan Garlic Bread. Ramai yang merasakan Masakan ini susah untuk dibuat, Namun saya menemui resepi yang amat mudah, bahannya senang untuk didapati.

Menerusi perkongsian dari penggguna tiktok littlestaraz yang merakamkan video dalam membuat Mashroom Soup dan Garlic Bread yang cukup menyelerakan.

Bahan Dan Cara (MASHROOM SOUP)

Ads
  • Cendawan butang 1 tin (dicincang kasar)
  • Tuangkan 300ml air ke dalam kuali
  • Campurkan juga 500ml susu cair dan buka api
  •  Selepas bahan tadi mendidih, masukkan sebiji kiub ayam
  • Gaulkan sehingga rata
  • Masukkan cendawan yang telah dicincang tadi dan gaul
  • Tambahkan 1/2 sb serbuk lada hitam
  • Masukkan 1/2 sb parsley
  • Masukkan juga 1/2 sb butter dan gaul sehingga sebati
  • Tambahkan 1/2 sudu kecil garam
  • Sediakan 1 mangkuk kosong untuk buat ajen pemekat sup
  • Masukkan 1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan air)
  • Kemudian Tuangkan bahan tepung+air tadi kedalam sup tadi
  • Masukkan chedar cheese untuk bagi rasa creamy lemak-lemak (optional)
  • Gaulkan sehingga bahan sebati dan siap

“Hujan-Hujan Buat ‘Comfort Food’ Ni Memang Syahdu!” – Resepi Semudah ABC Jadi Pilihan

Bahan Dan Cara (Garlic bread)

Ads
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Campurkan dalam suku butter
  • Tambahkan daun parsley dan oregano kering (kalau ada yang fresh lagi sedap, lagi naik bau)
  • Gaulkan bahan tadi sehingga sebati dan boleh sapukan keatas roti
  • Kemudian boleh bakar di atas kuali sehingga warna kuning keemasan. Itu yang akan menentukan kerangupan garlic bread kita nanti.
  • SIAP

“Hujan-Hujan Buat ‘Comfort Food’ Ni Memang Syahdu!” – Resepi Semudah ABC Jadi Pilihan

Hidangan ini juga boleh dinikmati bersama keluarga untuk sarapan pagi dan minum petang. Mudah bukan?

Ads

Anda boleh cuba dirumah ya!

Video

@littlestarasz mushroom soup & garlic bread ✨ #myfoodie #tiktokmalaysia #fyp #foodtok #laparketuw #easyrecipe #mushroomsoup #garlicbread #kuliner #fypシ #foodie ♬ original sound – Hanishamsul – 😀

 Sumber : Tiktok littlestaraz

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI