Suami mahupun isteri haruslah memainkan peranan masing-masing dalam rumahtangga. Jangan hanya sebelah pihak sahaja berusaha sehingga menampakkan diri seperti bertepuk sebelah tangan sahaja.
Adakalanya, jangan ambik serius dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan sebaliknya cubalah untuk berdiskusi secara baik agar mendapat jalan penyelesaian.
Jangan biarkan ketegangan menguasai hubungan, sebaliknya lakukan perubahan demi kebahagiaan bersama.
Ikuti tip ini bagi mengeratkan hubungan suami isteri. Jadikan pegangan agar tidak terkeluar dari landasan keharmonian. Selamat mencuba.
TAK PERLU AMBIL SERIUS
Kalau bergaduh pada hal yang remeh seperti lambat jawab telefon, lambat ambil di tempat kerja, sila jangan perbesarkan hal ini. Hal-hal remeh semacam ini tak patut sama sekali di ambil serius. Biar marah sekejap sahaja, kemudian cepat-cepat ‘cover’ supaya tak berpanjangan.
MINTA MAAF
Tak perlu tunggu pasangan mulakan dulu, baik suami atau isteri belajarlah untuk mulakan minta maaf. Tidak perlulah terlalu fikirkan tentang hati kita jika kita masih boleh mengawalnya. Hati kita Allah yang punya, perlahan-perlahan pasti sembuh jua.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
PENDENGAR YANG BAIK
Kalau isteri atau suami luahkan ketidakpuasan hatinya, jadilah pendengar yang baik dan bertindak balaslah secara baik. Perbincangan yang mendamaikan pasti membawa bahagia. Dengar dulu dengan jelas dan kemudian barulah berbincang. Kalau pasangan ada masalah pula jangan lupa menjadi pendamping setia buatnya. Jadilah pendengar yang baik.
SALING BANTU-MEMBANTU RINGANKAN KERJA RUMAH
Pergaduhan suami isteri adakalanya berpunca daripada rasa tidak puas hati bila mana suami atau pasangan tidak langsung membantu kerja-kerja di rumah. Penat! Itulah punca pergaduhan kecil. Jangan biarkan pasangan menguruskan kerja rumah sendirian, sebaliknya ringankan tulang membantu hal-hal remeh seperti basuh pinggan, cuci pakaian ataupun menjaga anak.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Duit juga boleh jadi punca suami isteri bergaduh. Jangan berkira sangat soal wang ringgit. Kongsi rezeki sama-sama. Kalau ada lebih kongsikan lebih, kalau tak ada berbelanjalah secara berkhemah.
UBAH MOOD
Paling penting kalau bergaduh kena cepat-cepat sedar supaya tidak terbawa-bawa. Bimbang menjadi makin besar dan memudaratkan anak- anak. Kalau isteri atau suami bermasam muka, ajaklah bercuti sekejap dan lari daripada mood pergaduhan. Kalau bercuti pasti mood jadi lebih cool, perasaan marah pun hilang.
EXTRA!
Selepas pertengkaran atau perselisihan, janganlah terbawa-bawa emosi sehingga berlarutan. Sebaliknya cuba berkelakuan seperti biasa. Atasi situasi itu dengan kematangan dan elakkan provokasi.
Semoga tip ini dapat mengharmonikan rumah tangga anda dan menjadi aspirasi buat semua. Ingat! Jangan sesekali meremehkan kedinginan hubungan dan membiarkan pasangan berseorangan menghadapinya. – KELUARGA
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club