Suami mahupun isteri haruslah memainkan peranan masing-masing dalam rumahtangga. Jangan hanya sebelah pihak sahaja berusaha sehingga menampakkan diri seperti bertepuk sebelah tangan sahaja.
Adakalanya, jangan ambik serius dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan sebaliknya cubalah untuk berdiskusi secara baik agar mendapat jalan penyelesaian.
Jangan biarkan ketegangan menguasai hubungan, sebaliknya lakukan perubahan demi kebahagiaan bersama.
Ikuti tip ini bagi mengeratkan hubungan suami isteri. Jadikan pegangan agar tidak terkeluar dari landasan keharmonian. Selamat mencuba.
TAK PERLU AMBIL SERIUS
Kalau bergaduh pada hal yang remeh seperti lambat jawab telefon, lambat ambil di tempat kerja, sila jangan perbesarkan hal ini. Hal-hal remeh semacam ini tak patut sama sekali di ambil serius. Biar marah sekejap sahaja, kemudian cepat-cepat ‘cover’ supaya tak berpanjangan.
MINTA MAAF
Tak perlu tunggu pasangan mulakan dulu, baik suami atau isteri belajarlah untuk mulakan minta maaf. Tidak perlulah terlalu fikirkan tentang hati kita jika kita masih boleh mengawalnya. Hati kita Allah yang punya, perlahan-perlahan pasti sembuh jua.
Kalau isteri atau suami luahkan ketidakpuasan hatinya, jadilah pendengar yang baik dan bertindak balaslah secara baik. Perbincangan yang mendamaikan pasti membawa bahagia. Dengar dulu dengan jelas dan kemudian barulah berbincang. Kalau pasangan ada masalah pula jangan lupa menjadi pendamping setia buatnya. Jadilah pendengar yang baik.
Ads
SALING BANTU-MEMBANTU RINGANKAN KERJA RUMAH
Pergaduhan suami isteri adakalanya berpunca daripada rasa tidak puas hati bila mana suami atau pasangan tidak langsung membantu kerja-kerja di rumah. Penat! Itulah punca pergaduhan kecil. Jangan biarkan pasangan menguruskan kerja rumah sendirian, sebaliknya ringankan tulang membantu hal-hal remeh seperti basuh pinggan, cuci pakaian ataupun menjaga anak.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Duit juga boleh jadi punca suami isteri bergaduh. Jangan berkira sangat soal wang ringgit. Kongsi rezeki sama-sama. Kalau ada lebih kongsikan lebih, kalau tak ada berbelanjalah secara berkhemah.
Ads
UBAH MOOD
Paling penting kalau bergaduh kena cepat-cepat sedar supaya tidak terbawa-bawa. Bimbang menjadi makin besar dan memudaratkan anak- anak. Kalau isteri atau suami bermasam muka, ajaklah bercuti sekejap dan lari daripada mood pergaduhan. Kalau bercuti pasti mood jadi lebih cool, perasaan marah pun hilang.
EXTRA!
Selepas pertengkaran atau perselisihan, janganlah terbawa-bawa emosi sehingga berlarutan. Sebaliknya cuba berkelakuan seperti biasa. Atasi situasi itu dengan kematangan dan elakkan provokasi.
Semoga tip ini dapat mengharmonikan rumah tangga anda dan menjadi aspirasi buat semua. Ingat! Jangan sesekali meremehkan kedinginan hubungan dan membiarkan pasangan berseorangan menghadapinya. – KELUARGA
Semua orang akan ada sisi lucunya yang tersendiri. Begitu juga dengan penyanyi, Adira Suhaimi apabila baru-baru ini berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya telah menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya dan warganet.
Ini ekoran sebuah video yang memaparkan Adira sedang berkelah bersama anak-anaknya di luar rumahnya namun rata-rata netizen mengkritik persekitaran halaman rumahnya yang ditumbuhi dengan rumput yang meninggi sekaligus nampak begitu semak samun.
Susulan itu, tidak sampai tiga hari pelantun lagu terkenal Illusi memuat naik video terkini menunjukkan halaman rumahnya kini telahpun bersih dan tidak lagi semak dengan rumput.
Menempuh tempoh kehamilan di bulan puasa bukan mudah. Pelakon, Sharifah Amani mengakui dia agak gementar untuk melalui sepanjang tempoh bulan puasa ini.
Pun begitu kata Amani, dia sudah pun mendapatkan kebenaran dari doktor untuk berpuasa memandangkan keadaan dirinya yang tertubuh kecil.
“Saya dibenarkan berpuasa tapi kita tengok macam mana.
“Saya tak pernah lalui, kalau boleh saya nak puasa. Saya nervous juga sebab saya orangnya kecil.
Tambah bakal ibu ini lagi, dia juga sudah pun mendapatkan saranan doktor untuk mengambil makanan tambahan untuk kekal bertenaga.
“Saya rasa semua orang dinasihatkan untuk makan suplemen. Lain orang, lain doktor akan dinasihatkan makan suplemen tapi saya agak basic,” katanya lagi.
Bercerita mengenai persiapannya bakal bergelar ibu tidak lama lagi, akui Amani dia merasa tidak kekok kerana sebelum ini dia sering mengendalikan anak-anak saudaranya.
“Saya dari dulu memang minat sebab adik beradik saya perempuan. Mereka semua pun dah menjadi ibu.
“Saya bersyukur saya berada di momen itu untuk jadi babysitter, jaga dan melayani mereka sebelum ini. Alhamdulillah saya tak kekok,” katanya lagi.
Pun begitu kata Amani, dia tidak tahu sejauh mana kesediannya untuk bergelar ibu namun berharap proses itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan kelak.
Berkongsi satu rakaman video di Instagram, Dayah Bakar yang mengikut suami, Kapten Muhammad Hanif bertugas Di Canberra, Australia kini pulang ke tanah air.
Ibu kepada anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri, mengakui berasa sedih untuk meninggalkan bumi Canberra yang menjadi saksi pertemuannya dengan suami selepas berpisah disebabkan tuntutan kerja.
“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah . Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
“Sejujurnya, saya sedih untuk pergi, tetapi pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu keluarga saya di rumah. Saya juga tahu sudah tiba masanya untuk kembali aktif menjadi hos.
“Saya berdoa agar kita semua akan bertemu semula suatu hari nanti, saya percaya kita akan. Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia,” tulis Dayah lagi.
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi ruang balai pelepasan bila.mana Dayah dan rakan-rakan tidak mampu menahan Rasa sebak dan sedih kerana terpaksa berpisah.
Masing-masing berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal buat pasangan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.