Selepas melahirkan anak, wanita pastinya berdepan dengan masalah untuk ‘bersama’ semula dengan suami. Rasa ngeri, sakit dan bimbang dengan jahitan yang masih belum pulih antara penyebab wanita enggan kembali berada di ranjang dengan suami.
Walau sudah anak kelima, ketakutan masih lagi menjadi batu penghalang untuk bersama. Tak kurang juga bimbang disahkan hamil sekali lagi dalam tempoh yang singkat. Hal ini buat wanita mula dingin malah menolak keras untuk ‘bersama’ suami. Tujuh cara ini mungkin membantu anda.
Jangan biarkan rasa takut menguasai diri sendiri. Kosongkan fikiran dan pastikan minda tenang dan relaks ketika bersama. Suami juga perlu bertindak dengan penuh lembut dan harmonis bagi menyuntik jiwa isteri. Fikirkan yang indah-indah sahaja.
Suami jangan sekali-kali bertindak gopoh, apa lagi memaksa isteri. Ketakutan akan hanya buatkan isteri tidak dapat menyampaikan tugasnya dengan sempurna. Usahakan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Aktiviti ringan-ringan jangan dilupakan. Mulakan dengan berbual ringkas dengan mood penuh indah. Mainkan peranan dengan sentuhan dan belaian. Lama kelamaan pasti rasa itu anda dan ketakutan mulai reda.
Jika mahu juga melepaskan keinginan seks tetapi pasangan belum bersedia, apa kata anda hanya sekadar bermesra, memeluknya dengan erat dan penuh kasih sayang. Mungkin boleh melepaskan rasa itu dengan mencium bahagian yang sepatutnya. Siapa tahu jika ia boleh menimbulkan rasa ghairah pada pasangan dan seterusnya mengajak anda berhubungan.
Hubungan intim pertama kali selepas melahirkan memang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi tiada rangsangan daripada pasangan yang mungkin takut atau masih trauma. Bagi memastikan kelancarannya, alat bantuan seperti pelincir sangatlah diperlukan supaya isteri tidak merasa sakit setelah sekian lama tidak ‘bersama’. Pelincir juga buat isteri rasa lebih selesa dan yakin.
Ubah mood dengan membawa isteri bercuti untuk melepaskan lelahnya selepas berpantang lama. Salah satu caranya untuk memujuk isteri melakukan hubungan adalah dengan mengajaknya bercuti di mana-mana destinasi menarik. Mungkin dengan persekitaran yang lain dari rumah berjaya menarik mood pasangan untuk bersama.
Cuba bayangkan anda dan suami seperti di malam pertama. Lakukan dengan perlahan-lahan dan beradab. Jika tidak berhasil pada malam pertama boleh melakukannya keesokan hari atau sehingga benar-benar bersedia. Beri masa.