Penampilan terbaru Scha Alyahya membuatkan ramai terpegun, manakan tidak walaupun baru melahirkan anak secara pembedahan, namun isteri kesayangan Awal Ashaari ini cepat betul kurus.
Selepas kelahiran bayi keduanya, Lyla Amina, Scha dilihat semakin cantik dan berseri-seri. Bahkan, penampilannya di majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini turut mencuri tumpuan ramai.
Walaupun hanya mengenakan solekan nipis dan masih dalam tempoh berpantang, namun wajahnya tetap cantik semula jadi.
Terbaru, Scha memuat naik sekeping gambar bersama Awal dan doktor yang menjaganya sepanjang hamil hingga melahirkan iaitu Dr Seri.
Ini berikutan Scha membuat temu janji untuk pemeriksaan lanjutan selepas melahirkan anak.
Menerusi perkongsian tersebut, Scha memberitahu semuanya dalam keadaan baik dan dia juga boleh kembali bekerja seperti biasa.
Alhamdulillah everything is fine. Mommy can start working dah 🤣
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Scha bersama sekeping gambar.
Perubahan pada diri Scha membuatkan ramai yang memujinya dan tak kurang yang meminta ibu kepada Lara Alana itu berkongsi tip.
Sumber: schaalyahya