Hos Getah Pun Perlu Dibersihkan. Jika Tak Buat, Hakikatnya Penuh Berlumut!

Share

Perasan atau tidak walaupun setiap hari kita akan melakukan kerja-kerja membersihkan rumah seperti menyapu sampah, mop lantai, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya tapi ada satu perkara yang kadang-kadang memang tidak terlintas pun di fikiran kita untuk membersihkannya.

Jadi apa kata anda cuba lihat hos getah yang sering kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Pernah tak terfikir untuk mencucipaip getah tersebut terutama pada bahagian dalamnya bagi memastikan air yang disalurkan adalah bersih dan selamat untuk digunakan?

Sebenarnya jika anda potong sedikit getah tersebut dan apabila dibelah dua, anda tentu terkejut melihatnya. Penuh dengan lumut dan menjijikkan. Oleh itu, ada baiknya saluran getah tersebut dicuci agar air yang dialirkan adalah air yang bersih dan bebas lumut. Nak tahu bagaimana caranya, jom teliti satu persatu!

TIP CUCI HOS GETAH

Bahan-bahan:

Span cuci pinggan

Cara buat :

  1. Ambil span pencuci pinggan dan tanggalkan pada bahagian yang berwarna hijau. (yang keras).

2. Gulung span tersebut dan masukkan pada bahagian hujung paip getah.

3. Kemudian bahagian pangkal paip getah dipasang pada kepala paip dan pastikan diketatkan sepenuhnya agar tidak tercabut apabila air di pasang.

4. Buka paip sepenuhnya agar air dapat mengalir dengan deras.

5. Seterusnya kotoran dan alga yang ada di dalam saluran paip getah dapat dikeluarkan.

 

 

creadit : Malaysia Viral Story