
Perasan atau tidak walaupun setiap hari kita akan melakukan kerja-kerja membersihkan rumah seperti menyapu sampah, mop lantai, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya tapi ada satu perkara yang kadang-kadang memang tidak terlintas pun di fikiran kita untuk membersihkannya.
Jadi apa kata anda cuba lihat hos getah yang sering kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Pernah tak terfikir untuk mencucipaip getah tersebut terutama pada bahagian dalamnya bagi memastikan air yang disalurkan adalah bersih dan selamat untuk digunakan?
Sebenarnya jika anda potong sedikit getah tersebut dan apabila dibelah dua, anda tentu terkejut melihatnya. Penuh dengan lumut dan menjijikkan. Oleh itu, ada baiknya saluran getah tersebut dicuci agar air yang dialirkan adalah air yang bersih dan bebas lumut. Nak tahu bagaimana caranya, jom teliti satu persatu!
TIP CUCI HOS GETAH
Bahan-bahan:
Span cuci pinggan
Cara buat :
- Ambil span pencuci pinggan dan tanggalkan pada bahagian yang berwarna hijau. (yang keras).
2. Gulung span tersebut dan masukkan pada bahagian hujung paip getah.
3. Kemudian bahagian pangkal paip getah dipasang pada kepala paip dan pastikan diketatkan sepenuhnya agar tidak tercabut apabila air di pasang.
4. Buka paip sepenuhnya agar air dapat mengalir dengan deras.
5. Seterusnya kotoran dan alga yang ada di dalam saluran paip getah dapat dikeluarkan.
creadit : Malaysia Viral Story
“Suka Nasi Tapi Nasi Tak Suka Saya.” Ini Rupanya Cara Eina Azman Nak Kekalkan Berat & Pinggang Idaman!

Setiap wanita punya cara tersendiri untuk menjaga penampilan diri. Baik diet secara biasa mahupunekstrem bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Datin Eina Azman menerusi lama instagramnya. Beliau menggunakan kaedah mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan. Ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang dia sememangnya menggemari nasi tetapi berat badannya akan bertambah ‘berkilo-kilo’. Disebabkan itu, dia harus mengawal pengambilan nasi.
Dalam masa yang sama juga, Eina turut mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.
“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya.
“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. insya-Allah ok akan kenyang,”kongsi Eina lagi.
Sumber: eina_azman
Bila Tak Selesa Dalam Badan Banyak Angin, Segera Amal Air Rebusan Ni!

‘Banyak angin dalam badan’, satu istilah yang biasa kita sebut-sebut bagi menggambarkan bila keadaan badan rasa tidak selesa, perut sebu, lenguh-lenguh sendi, asyik sendawa dan selalu kentut.
Ada orang melegakannya masalah badan berangin ini dengan berurut dan ada juga yang mengamalkan petua dengan minum air herba.
Dan salah satu air herba yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang dikongsikan oleh Siti Sumiza Roseli.
PETUA BUANG ANGIN
Petua ni saya dapat dari sorang ustazah darussyifa’..dia suruh amalkan untuk orang yang banyak angin dalam badan.
Bila badan kita berangin, kita jadi malas nak buat keja, selalu sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sebu perut,susah nak kentut, kadang makan pun tak lalu kan.
Amal minum air rebusan ni..InsyaAllah, lepas tu asyik kentut-kentut, sendawa, rasa ringan badan, kepala pun rasa ok..selain tu peluh kita pun bau wangi tau..bahan pun mudah dapat dan murah saja
Bahan-bahan:
-serai 3 batang
-halia (ketuk-ketuk sikit)
-biji ketumbar segenggam
-air seperiuk
Campur semua bahan, rebus sampai tinggal separuh air..minum masa suam-suam..sedap tau..rasa dia macam teh tanpa gula..
Pastu get ready la lawan kentut laki bini pruttt pruttt pruttt puttt puttt putttt
Terima kasih pada ustazah tu..Semoga setiap orang yang amal dan beroleh kesembuhan akan terus mengalir pahala buat ustazah…saya pun lupa nak tanya nama ustazah tu
Selamat beramal.
Sumber : Siti Sumiza Roseli
Barah Tiroid Banyak Berlaku Pada Wanita. Ikuti Penjelasan Dr Ni.

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid. Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.
Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.
Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3), masing-masing mewakili 99.9% dan 0.1% hormon tiroid. Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.
PENYEBAB
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal
a) Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan
b) Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif)
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)
2. Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri
a) Goiter
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak
b) Nodul tiroid
Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku iaitu barah tiroid
c) Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.
GEJALA
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
1. Tangan menggeletar (tremor)
2. Rasa gementar
3. Degupan jantung yang laju
4. Mudah berpeluh dan panas
5. Susut berat badan
6. Lesu dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
1. Lesu
2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
3. Kulit kering
4. Sembelit
5. Sentiasa berasa sejuk
6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.
Barah tiroid terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.
KOMPLIKASI
Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
4. “Thyroid storm”- keadaan yang amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.
Goiter yang terlalu besar boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah dari segi kecantikan/kosmetik.
Barah tiroid boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dijalankan, lebih-lebih lagi dalam tempoh 5 tahun selepas pembedahan. Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dilakukan bagi mengesan barah tiroid daripada berlaku semula. Barah tiroid yang berlaku semula boleh dirawat sepenuhnya.
RAWATAN
Masalah tiroid boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan. Ia bergantung kepada jenis masalah tiroid tersebut.
Bagi masalah hipotiroidisme, hormon tiroid boleh diganti dengan pengambilan pil sintetik hormon tiroid secara oral.
Bagi masalah hipertiroidisme, penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangkan melalui ubat-ubatan yang diambil secara oral. Bagi mengawal gejala-gejala yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan jantung yang laju, terdapat ubat-ubatan yang boleh diberi secara oral juga. Jika masalah hipertiroidisme tidak dapat dikawal secara ubat-ubatan, rawatan ablasi radioaktif dapat digunakan untuk mematikan tisu kelenjar tiroid secara selektif.
Rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan merupakan barah tiroid. Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan juga untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club