Sejak dahulu lagi, memang sukar untuk melihat wajah anak-anak Datukl Aznil Haji Nawawi menghiasi dada akhbar mahupun majalah. Malah dengan penggunaan media sosial yang kian meluas ini, beliau masih lagi bersikap seperti dulu.
Empunya diri awal-awal lagi tiada masalah untuk mengambil gambar namun anak-anak yang keberatan dan sering menolak untuk berbuat demikian menyebabkan Datuk Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil akur dengan permintaan anak-anaknya.
“Sejak dahulu lagi saya terbuka untuk berkongsi dengan pihak media dan juga peminat namun apakan daya, anak-anak saya tidak gemar dan mereka lebih suka low profile. Bagi mereka, biarlah saya seorang sahaja ke depan.
“Saya tidak pernah cuba menyembunyikan mereka baik dari media mahupun tatapan umum namun ia adalah permintaan mereka untuk tidak berbuat demikian.
“Selama ini jika ada pihak media yang ingin membuat sesi fotografi saya bersama anak-anak saya tak pernah tolak tetapi anak-anak yang tidak mahu.
“Sebagai bapa saya hormati keputusan mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dalam bidang yang saya ceburi.
Ads
“Kebiasaannya jika ada tawaran saya akan bertanya mereka terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau pun tidak dan kebiasaannya mereka menolak,” ujar Pak Nil yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu Fildza Haifa, 28, Fariq Haizen, 24 dan Firdaus Hariz, 10 tahun.
Ditanya kenapa tidak memuat naik gambar anak-anak di laman sosialnya, akui Pak Nil yang berbuat demikian kerana mahu menghormati privasi mereka.
“Sekarang ini kalau kita lihat, ada sahaja benda atau perkara yang dibuat tidak kena di mata netizen. Jadi saya bimbang sekiranya saya memuat naik gambar anak-anak, takut-takut nanti apa pula kecaman daripada netizen. Sebagai bapa, saya tidak mahu perasaan anak-anak kesayangan terluka.
‘Lain dengan diri saya yang sudah terbiasa dengan komen negatif daripada netizen tetapi anak-anak belum tentu boleh terima. Faham sahajalah sikap segelintir netizen ini yang kadang-kadang perkara kecil pun mereka akan kritik.
Ads
“Lagipun anak-anak saya jenis yang sangat privasi orangnya. Walaupun mereka ada laman sosial sendiri tetapi ‘private’,”jelas Pak Nil yang dilantik menjadi duta bagi Festival Kanak-Kanak Lola Baba yang diadakan pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai festival tersebut, selain Pak Nil, anak bongsunya, Firdaus Hariz Aznil, 10, turut dilantik sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba.
Festival itu bakal diadakan pada 26 hingga 28 Oktober depan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
Ads
Berbeza dengan kakak dan abangnya, Firdaus Haris ini menurut Pak Nil mempunyai kecenderungan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni. Malah, Firdaus juga suka dengan fesyen.
“Berbeza dengan abang dan kakaknya, Firdaus lebih cenderung kepada bidang seni malah dia juga jenis yang banyak bercakap dan periang orangnya. Dia berani ke hadapan dan suka berada di atas pentas untuk menyatakan pandangannya.
“Apabila dia dilantik sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba saya tahu dia boleh lakukannya kerana dia memang berani dan suka memimpin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tubuh berasa lemah dan pastinya akan menyebabkan kita terasa malas untuk melakukan aktiviti. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja terbaring di atas katil melayan mata yang sentiasa rasa mengantuk dan merehatkan badan yang lesu.
Tapi sebagai seorang isteri dan ibu, mana mungkin boleh berbuat demikian. Sedangkan baru buka mata sahaja sudah banyak tugas dan kerja-kerja yang harus dilakukan dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini, jam 4 pagi sudah ada yang bagun untuk menyediakan menu bersahur dan sebagainya.
Lantaran itu, kita perlu persiapkan diri agar lebih cergas dan bertenaga. Mungkin dengan amalkan minuman ini dapat membantu. Dikatakan minuman herba ini bukan sahaja bagun untuk kesegaran badan malah punya khasiat lain. Resipi dan cara membuatnya telah pun dikongsikan oleh Cheqz Daamieza untuk manfaat bersama.
“Orang lain masak-masak untuk makan malam..saya sediakan ni untuk minum malam..”-Cheqz Daamieza
Air Rebusan Kesihatan
Baik untuk :
-Bersihkan rahim
-Buang angin
-Pecahkan lemak
-Naikkan seri muka
-Kesegaran badan
-Detox badan
-Mengurangkan sengugut
InshaAllah..Moga badan sihat…
Bahan-bahan :
Halia (1 @ 2 ibu jari) Hiris
Kunyit hidup (1 ibu jari) Hiris
Serai (2 batang besar-kalau kecil letak dalam 3-4 batang) Diketuk
Daun Pandan (4 helai jika daun kecil)
Madu (1 sudu kecil) bole ganti gula batu
Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
*Nak letak sireh pun boleh..saya tak letak sebab takde sireh kat umah..
*Saya letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe..boleh juga kalau nak guna halia 1 ibu jari saje..
*Nota tambahan – Jika nak amalkan selalu @ utk minum 2-3 kali seminggu..JANGAN letak kunyit ye..bole gantikan dengan lemon.
Cara-cara :
Masukkan semua bahan2 di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Saya buat ni untuk 2 kali minum ye..pagi & malam..Selamat Mencuba..sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau2 wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu..
Ini cara sy minum ye
Sy minum 1 cawan (suam)..pastu off kipas dalam 5-10 minit..biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit..Jangan off lama2 sgt nanti marah plak suami & famili uols haha.
sumber : Cheqz Daamieza via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar Malaysia di UK sorok bayi baru lahir dalam kotak bijirin, sumbat dalam beg pakaian. Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, 22 tahun, di Coventry, United Kingdom (UK) telah disabitkan kesalahan membunuh bayi perempuannya sendiri.
Pelajar Malaysia Di UK Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Kotak Bijirin, Sumbat Dalam Beg Pakaian
Menurut maklumat daripada Crown Prosecution Service (CPS) dan dilaporkan oleh BBC, Teo yang sedang belajar di Coventry University didapati menyembunyikan kehamilannya dan bertindak menyimpan bayi tersebut dalam sebuah kotak bijirin selepas melahirkan, sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian.
Teo yang tiba di UK pada awal tahun ini didakwa melahirkan bayi itu pada 4 Mac di bilik sewanya di Raglan Street, Coventry.
SEBAIK BAYI TERSEBUT DILAHIRKAN, TEO MELETAKKANNYA KE DALAM KOTAK BIJIRIN YANG KEMUDIAN DIBUNGKUS DALAM PLASTIK SEBELUM DILETAKKAN DALAM BEG PAKAIAN.
Bayi tersebut dilahirkan hidup dan mempunyai peluang untuk hidup. Bagaimanapun tindakan Teo meletakkannya di dalam kotak bijirin telah menyebabkan kematiannya.
Sepanjang perbicaraan di Mahkamah Warwick Crown, Teo mendakwa dia mendengar suara-suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi tersebut.
Mahkamah bagaimanapun menolak pembelaannya. Lebih mengejutkan, Teo tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian ini sehingga dua hari kemudian, apabila dia tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.
Teo pada mulanya menafikan telah melahirkan bayi, apabila ditanya oleh kakitangan hospital.
SELEPAS DIDESAK, DIA AKHIRNYA MENGAKU MELAHIRKAN BAYI ITU DAN MENYATAKAN RASA TAKUT JIKA KELUARGANYA DI MALAYSIA MENGETAHUI PERKARA TERSEBUT DAN BIMBANG IA AKAN MENJEJASKAN PELAJARANNYA.
Teo juga enggan mendapatkan bantuan perubatan sebelum bersalin, malah menyorok keadaan ini daripada rakan serumahnya.
James Leslie Francis dari CPS menjelaskan bahawa Teo telah tiba di UK dengan mengetahui dirinya sedang hamil, namun dia memilih untuk menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi itu sendirian.
Beliau turut mendakwa bahawa Teo berpeluang untuk mendapatkan bantuan, tetapi sebaliknya, dia membuat keputusan untuk meletakkan bayi tersebut dalam kotak bijirin yang akhirnya membawa kepada kematian.
Polis West Midlands yang terlibat dalam penyiasatan kes ini turut mengesahkan bahawa Teo tidak memberikan lokasi bayi tersebut sehingga dua hari selepas kejadian.
Mahkamah menolak alasan halusinasi yang diberikan oleh Teo dan sebaliknya menekankan bahawa tindakannya adalah disengajakan.
Memandangkan tahun ini ada yang tak berpeluang pulang beraya di kampung, mahu tak mahu kenalah sediakan sendiri hidangan untuk pagi raya seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi rendang ayam dengan cara memasak bagi anda yang sukakan rendang jenis berkuah. Cukup mudah, pertama kali buat pun dah menjadi.
Nak tahu caranya, jom cuba resipi daripada Lieza Hashim ni. Selamat mencuba!
Biasa saya campak2 je.. tp utk memudahkan sesiapa yg minta secara detail.. selamat mencuba *Resepi Rendang Ayam* (Untuk 2 ekor ayam)
Bahan :
2 ekor ayam
Gula melaka 1 ketul ( gula pasir pun blh ikut citarasa msg2)
3.Santan pekat 500ml
4.Asam keping, garam, perisa
5.kerisik
6.Daun kunyit+ daun limau ( hiris halus)
Bahan-bahan : (kisar)
1.Bawang putih *20 ulas*
2. Bawang merah *30 biji*
3. Kunyit hidup *3 ketul sedang*
4. Halia *2 ketul sedang (agak2 je ya)*
5. Lengkuas *1 ketul ( dalam 2 1/3 inci)*
6. Cili padi 1 genggam *(ikut nak pedas mana)*
7.Cili kisar *1 senduk*
8. Serai *10 batang*
Cara membuat:
1. Ayam matikan air dahulu
Masak atas kuali balik2kan hingga separuh masak.
2. Tumis bawang putih,bawang merah, masukkan cili kisar, dalam beberapa minit masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai.. masak sehingga pecah minyak. Terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit perisa.
3. Masukkan ayam, dalam bebapa minit masukkan santan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik dah agak pekat masuk hirisan daun kunyit+ daun limau.
Dah siappp
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.