Hormati Hak Anak Kita Dan Pasangannya. Itu Hidup Mereka. Deep Perkongsian Ini.

Share

Jangan rosakkan rumahtangga anak-anak

Bila anak-anak dah berkahwin, maka dah bukan menjadi tanggungjawab ibubapa utk membuat keputusan bagi pihaknya, menentukan pilihan utk dirinya, dan mengawal apa jua perkara dlm kehidupannya…

Tanggungjawab ibubapa ialah membesarkan dan mendidik anak-anak2…bila mereka dah besar, terutamanya bila mereka dah berumahtangga, maka kita perlu membiarkan mereka hidup dgn sendirinya…

Ini adalah masa utk kita lihat hasil didikan kita…

Jgn masuk campur urusan rumahtangga anak2…jgn mempertikaikan setiap keputusan yg dia buat…jgn buat keputusan utk keluarganya…sekiranya anak dtg bertanyakan akan sesuatu perkara, minta dia tanya pasangannya dahulu, ambik pendapat dan pandangan pasangannya…jgn membelakangkan pasangan anak kita…jgn hanya berbincang dgn anak kita sahaja then trus buat keputusan…

Kesan dan akibat utk setiap keputusan yg mereka ambil itu ditanggung mereka…

Bukan kita…

Jadi, bila mereka dah berkeluarga, kita tidak lagi boleh mengongkong mereka sebagaimana kita buat ketika mereka masih kecil dan remaja…mereka dah dewasa, dah bergelar suami org, isteri org…maka mereka berhak utk memutuskan jalan hidup sendiri…bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan dan keputusan mereka tidak tertakhluk kpd kebenaran kita sbgai org tuanya, tapi kebenaran pasangannya…

Kadang2, kita rasa sikap kita mengawal dan menentukan halatuju rumahtangga anak2 kita tu baik utk mereka, sedangkan tanpa kita sedari, kita memecahbelahkan privasi kehidupan mereka…kita mengawal mereka dan setiap gerak geri perbuatan mereka, ditentukan berdasarkan kemahuan dan kehendak kita, bukan mereka…

Jadi, dimana baiknya cara kita ini? Biarkanlah mereka dgn hidup mereka dan hanya campur tgn bila hidup mereka terkeluar dr landasan yg telah ditetapkan agama…

Hormati hak anak kita dan pasangannya…itu hidup mereka…

Kredit: Firdaus Shakirin