Dalam kita bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, ada beberapa perkara juga yang perlu dititikberatkan seperti adab.
Adab berhari raya juga sangat penting terutama apabila beraya sebagai tetamu di rumah orang lain.
Bagi memupuk kesedaran beradab ketika beraya, ibu bapa sangat memainkan peranan penting sebagai contoh yang boleh diikuti oleh anak-anak kelak.
Mengupas isu yang sama, penyanyi Fynn Jamal turut sempat berkongsi beberapa khidmat nasihat khasnya kepada para ibu bapa agar mendidik anak menyantuni hari raya.
“Sedikit pesanan khidmat masyarakat kepada semua ibubapa dlm mendidik anak menyantuni pagi raya.
“Dapat sampul- Terus masuk beg. Jangan hafal siapa bagi sampul mana. Jangan buka sampul depan orang yang memberi walaupun alasan nak tengok so boleh bagi sama timpal.
“Ini akan ajar anak kita bersyukur dgn rezeki Allah SWT, bukan makhluk bernama pak itam atau mak uteh sebagai pemberi rezeki. Apa ada, berapa pun collection, Alhamdulillah dah,” tulisnya.
Selain itu, menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Fynn juga selitkan adab ketika menziarahi rumah orang walaupun mempunyai anak autisme sekalipun.
“Masuk rumah orang- duduk sebelah kita. Anak ada autism ke, ada ADHD ke, ada hyperthyroid ke ada demam kepialu apetah lagi, jangan bagi anak berlegar-legar.
“Melainkan tuan rumah mmg ada sediakan ruang bermain, suruh anak-anak kita have fun, jgn bagi anak kita keluar masuk bilik rumah orang.
“Jangan guna ‘alah budak-budak’ atau ‘anak aku ada condition, sila understanding sikit’. We adapt, bukan dunia utk kita. ini akan ajar anak kita hormat privacy orang.
Bukan itu sahaja, Fynn juga berkongsi adab jika mahu pulang untuk menjaga hati tuan rumah.
“Sebelim masuk rumah orang, create code word sesama keluarga. contoh- ‘laksa penang’. The moment rasa nak balik, pandai-pandailah mention dalam conversation so yanh lain faham.
“Bukan hanya mak pak boleh pakai code word, anak-anak pun berhak. So kalau nak balik tu, takde la bunyi benci sangat pergi rumah orang. Ini akan ajar anak kita adab menjaga hati orang sambil menjaga mental sendiri,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Fynn juga menegaskan bahawa jika tiga perkara yang dikongsikannya itu sukar dilakukan, maka tidak sesuai untuk bertandang ke rumah orang.
“Kalau tiga benda ni dirasakan leceh, percayalah, tak usah bertandang hanya WhatsApp atau call keluarga dan teman-teman, minta maaf tahun ni tak dapat datang.
“Instead, kita pilih tarikh dan jemput je orang datang rumah kita. At least anak kita buat perangai dalam rumah sendiri tak kacau sesiapa,” katanya.
Fynn Jamal yang popular dengan lagu Arjuna Beta ini juga banyak berkongsi tentang kesedaran autisme melalui anak angkatnya Bakti Arjuna Fitri Abdullah.
Namun, pada November 2017, Fynn mengambil keputusan untuk menimang anak angkatnya yang keduanya iaitu Sakti Kencana Fitri.
Sumber: Instagram Fynn Jamal