Membicarakan tentang kerukunan hidup berumah tangga, salah satu perkara terpenting adalah tentang hormat menghormati antara pasangan.
Pun begitu, jika ditanya adakah anda tahu apakah tanda pasangan anda menghormati atau tidak menghormati anda sebagai isterinya? Boleh lihat perkongsian ini.
Ciri-Ciri Suami Yang Tidak Menghormati Isteri. Jadikan sempadan.
1. Tidak memberi kuasa kepada isteri di depan anak.
– Ramai yang buat perkara ini tanpa sedar. Bila kita membangkang keputusan yang dibuat si ibu di hadapan anak, secara automatiknya anak akan menjadi kurang hormat kepada isteri.
2. Tidak jujur dan berterus-terang.
– Isteri berhak tahu kebenaran tentang semua perkara dari suami. Menyembunyikan sesuatu perkara boleh dikategorikan sebagai penipuan terutamanya jika ia melibatkan isteri dan perhubungan.
3. Tidak mendengar dan mempedulikan pendapat.
– Saya, saya, saya. Pendapat isteri diperlekehkan dan dipandang rendah.
4. Suka mengkritik berbanding menasihati dan cuba memperbaiki.
– Masakan u tak sedap, u tak cantik, u tak pandai.
5. Sentiasa membandingkan isteri dengan wanita lain.
– Antara perbuatan yang paling memberi kesan yang mendalam.
Ads
6. Sentiasa membandingkan diri dengan isteri.
– Membandingkan sumbangan kepada keluarga, membandingkan gaji, membandingkan kerja, tahap pendidikan dan sebagainya.
7. Memaksa isteri untuk berubah mengikut standard suami.
– Tidak semua perkara boleh jadi apa yang kita mahukan. Sebagai contoh, tidak semua isteri pandai memasak, tidak semua isteri suka aktiviti luar, tak semua isteri suka main game, tak semua isteri mampu menjadi jelita seperti artis. Ini standard yang kadang-kala tidak mampu dicapai tetapi tetap dipaksa.
8. Tidak mengutamakan isteri.
– Kawan lebih penting, adik beradik lebih penting. Mungkin anak-anak lebih penting. Isteri jatuh nombor 4 atau 5 dalam senarai keutamaan.
9. Tidak rasa keperluan untuk membela dan melindungi isteri.
– Isteri mengadu diganggu, biarkan. Isteri kena raba, biarkan. Isteri takut, dibiarkan.
10. Keperluan isteri tidak terjaga.
– Keperluan asas contohnya pencuci muka, syampu, sabun, alat solek biasa tidak diambil peduli. Keperluan masa isteri dengan suami pun tidak diendahkan.
11. Melayan isteri seperti orang gaji. Suka mengarah.
– Perkataan “tolong” paling susah untuk disebut. Semuanya ke arah arahan jelas. Buat itu, buat ini.
Ads
12. Tidak mahu membantu.
– Semua kerja di rumah dilepaskan kepada isteri. Tidak memainkan peranan membantu mana yang patut.
13. Menganggap keluarga isteri tidak penting.
– Menganggap apabila isteri sudah berkahwin, keluarga isteri tidak perlu penting. Hubungan antara isteri dan keluarganya sendiri dijauhkan.
14. Tidak peduli jika isteri tiada mood atau terlalu penat untuk hubungan seks.
– Apa salahnya jika bertanya dahulu supaya kedua-duanya akan boleh menikmatinya bersama? Perhubungan ini bukan 1 hala sahaja.
15. Memburukkan dan memalukan isteri di hadapan orang lain.
– Ini sangat mengecewakan isteri. Jangan anggap apabila ianya disertai dengan gelak tawa, isteri tidak ambil hati. Mereka malu dan kecewa sebenarnya.
16. Tidak mengambil tahu masa rehat isteri.
– Hanya fokus pada diri sendiri. Tidak fikir sama ada isteri penat atau tidak. Perkara ini asas sahaja sebenarnya. Manusia ada tahap tenaga dan kemampuannya.
17. Selalu mengingatkan yang tiada orang lain yang mahukan isteri selain dia.
– Ego dan “gaslight”. Selalu cuba meyakinkan yang isteri itu tidak berguna tanpa dia.
Ads
18. Membuat keputusan tanpa persetujuan atau pandangan isteri.
– Tidak kira dari segi pelaburan, pembelian dan apa juga keputusan yang melibatkan isteri, keluarga dan masa depan, perlu dapatkan pandangan isteri juga.
19. Suka marah isteri di hadapan orang lain.
– Sangat menyedihkan apabila isteri dimarahi di hadapan orang lain. Malu, kecewa, marah, semua ada. Suami perlu jaga aib isteri.
20. Sentiasa memuji wanita lain di hadapan isteri.
– Memuji wanita lain di hadapan isteri umpama merendah-rendahkan isteri. Ada yang boleh terima, tetapi ada yang sengaja berbuat demikian untuk membuat isteri terasa. Namun ada juga yang tidak rasa perbuatan itu memberi kesan kepada isteri.
Ambil positif ciri-ciri ini. Jauhkan diri dari melakukan perbuatan yang menjadikan anda tidak hormat kepada isteri. Mereka layak dihormati seperti mana anda sebagai suami layak dihormati isteri.
Saya akan tulis mengenai ciri-ciri isteri yang tidak menghormati suami pula selepas ini supaya sama-sama kita boleh ambil iktibar dan berusaha ke arah suasana hubungan dan keluarga yang bahagia. In Shaa Allah.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua. Jadilah sebahagian dari punca sesuatu keluarga menjadi bahagia.
Berbanding sangat berjimat.
Tak berjalan ke mana-mana.
Tak langsung beli makanan sedap, beli yang murah sungguh.
Tak berbelanja untuk kebahagiaan sendiri.
Tak gembirakan anak-anak dengan berjalan sini sana.
Hidup dalam keadaan tak ceria, serabut, tertekan tanpa sedar, kerja dan kerja semata demi untuk menyimpan di masa akan datang.
Kemudian, dapat beli rumah tanpa hutang, di usia 50 Tahun.
Berbanding begitu.
Saya lebih rela, makan apa yang saya teringin nak makan, sekali sekala berjalan travel membahagiakan diri dan keluarga.
Membeli baju, reward diri sesekali enjoy-enjoy dan manjakan diri untuk berehat di hotel. Memberi pada yang memerlukan. Belanja anak saudara, adik beradik yang kekurangan. Walaupun tak mampu beli rumah, mungkin hanya menyewa, itu lebih saya sukai dan enjoy my life to the fullest.
Kita penuh duit dalam bank,
Namun anak-anak kekurangan kasih sayang, anak-anak tak ada memori menarik untuk dikenang. Kita berjimat dan menyimpan bersungguh, dengan harapan
“Nanti anak aku ada rumah. ada aset untuk aku tinggalkan…”
Ketahuilah. InshaAllah anak ada rezeki dia kelak. Allah sediakan.
Tapi, masa untuk bergembira, masa untuk dia ada memori kanak-kanak yang ceria, yang dia boleh cerita pada rakan-rakan tiada.
Saya lebih suka hidup yang gembira, bahagia, walau tak ada simpanan mana, cuma ada juga untuk kecemasan, yakin yang rezeki Allah sentiasa ada.
Berbanding ada duit banyak, beli benda itu ini cash, namun hidup tak ceria mana, tiada warna warni di sana. Rumah ada, namun tiada bahagia dalam isi rumah.
Kalau saya lah!
Biar kita takde duit full akaun bank.
Tapi we live our life to the fullest.
Supaya ketika hari kematian kita,
Kita tak cakap macam ni…
“Ruginya aku kumpul banyak harta, tapi aku abaikan anak, tak bawa anak jalan-jalan, tak bagi kenangan indah…aku kerja untuk bagi mereka selesa kelak…tapi mereka lebih inginkan kasih sayang, anak nak makan KFC pun aku sangat berkira…
I wish I make people around me happier…”
Tapi penting juga menyimpan, bukan joli sakan. Bergembira, namun masih sederhana. Hotel bajet pun dah mengembirakan, makan aiskrim murah pun tak tak kurang bahagia, pakai baju tak branded pun bukan tak bahagia.
Begitulah!
Sumber: Amalina Nudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan raya. Seawal mungkin ingin dipersiapkan agar tampil bergaya di hari raya dengan busana pelbagai rekaan.
Pun begitu, untuk tampil cantik sempurna bukan sahaja pada pakaian yang diperagakan. Umumnya wanita akan lebih nampak terserlah bila turut memiliki bentuk badan yang ramping dan menawan.
Untuk itu, dengan tempoh beberapa bula lagi menjelang raya, ada baiknya persiapkan diri kita dengan amalkan minuman detox ini agar berat badan ideal dapat dimiliki disamping wajah nampak berseri-seri dihari raya nanti.
Jum kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi, lemak pun terhakis!
Bahan – bahan :
Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka
Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!
Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari.
Sumber: Resepi orang kampung
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat pelakon cantik jelita, Puteri Aishah yang kini sedang hamil anak sulung.
Melalui media sosialnya, Puteri Aishah yang sedang bercuti ke Korea memuat naik videonya bersama suami sambil membuat kejutan ‘baby bump’yang semakin jelas kelihatan.
“The butterflies he used to give me turned into tiny feet, #comingsoon #babyloading,” tulisnya di kapsyen.
Hantaran isteri kesayangan, Muhammad Firdaus ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah turut dihujani dengan ucapan tahniah.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.