Homemade Roti Sosej Bersalut Sos Daging Ala Kedai Makanan Segera Pilihan Anak-Anak

Share

Bila malam jadi tak lalu nak makan nasi, mesti akan cari idea untuk makan makanan lain kan elak rasa lapar tengah malam? Yang buntu tak tahu nak makan apa malam-malam tu, boleh cuba buat Coney Sausage homemade macam jual kat kedai makanan segera.

Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Kan? Jom tengok cara mudah nak buatnya hasil perkongsian dari Zurina Zulkefli.

 

 

Resipi Coney Sausages Ala A&W

Bahan-bahan:

Sosej
Roti hotdog
Bawang holland

Bahan untuk sos:

3 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang holland – cincang halus
1 batang lobak merah – cincang halus
1 palet daging kisar
2 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos tomato
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk kari pedas
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
1 cawan air
Minyak masak

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan cincang halus serta daging. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan cili kering kisar, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari pedas, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan air. Rasa utama sos adalah jintan putih. Kacau semua bahan hingga masak.

3. Pastikan sos tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering. Biarkan sos seketika.

4. Ambil bawang holland dan potong dadu kecil. Kemudian rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang airnya.

5. Kukus sosej selama 5 minit. Kemudian kukus pula roti selama 1 minit.

6. Masukkan sosej ke dalam potongan roti. Tuang sos daging cincang dan tabur bawang holland dengan secukupnya.

 

7. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Zurina Zulkefli