Homemade Loaded Potato Bowl. Letak Isi Penuh, Baru Puas Makan!

Share

Terliurnya! Paling best, boleh makan banyak loaded potato bowl ini sebab ‘homemade’. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet tau.

Bayangkan ubi kentang dilenyek ketika panas, disalut pula dengan sos keju, mayonis dan ayam. Ahh. Dah cuba sekali, mesti nak lagi punyalah!

Jadi, kalau korang memang favorite dengan Loaded Potato Bowl ala-ala KFC ini. mari kita cuba buat guna resepi yang dikongsikan oleh Tyra Manan ini.

Loaded Potato Ala KFC

Bahan Kentang Putar:

Kentang – 1kg
Butter – 100g (potong dadu)
Whipping cream – 100ml
Air – 50ml (bukan untuk rebus kentang ya)
Lada hitam
Garam – agak-agak untuk secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Rebus kentang sampai ia lembut.
2. Selepas itu, campurkan je semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.

Jangan risau! rasa dia nanti serius sedap!

Bahan Ayam:

Ayam bahagian dada – potong dadu
Tepung bestari

Cara membuatnya:

Bancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.

Bahan Topping:

Jagung rebus
Serbuk keju yang dibancuh dengan air panas
Mayonis

Nota: Jagung rebus dahulu tapi jangan terlalu lama untuk elak ia kecut. Selepas itu gaulkan dengan sedikit gula dan garam.

Cara Letak Dalam Bowl:

1. Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang potato untuk dibuat secara berlapis.
2. Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis. Marvelous gitu!

Selamat mencuba.

Sumber: Tyra Manan