Bila berkumpul tonton televisyen atau bersantai dengan keluarga mesti nak sesuatu untuk dibuat kudapan kan?
Haaa ni ada resepi kudapan mudah yang ibu anak boleh buat sama-sama, sedap dan yang pasti buat sekali pasti akan rasa nak buat banyak kali! Apa lagi kalau bukan resepi kudapan Salted Egg Crispy Cornflakes. Jom cuba!
RESEPI SALTED EGG CRISPY CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
400gm butter
15 tangkai daun kari
15 tangkai cili padi merah
15 tangkai cili kering
150gm serbuk telur masin
1kg cornflakes
LANGKAH-LANGKAH:
1. Masukkan butter ke dalam kuali yang telah dipanaskan. Kacau sehingga ia cair.
2. Kemudian, taburkan daun kari di atasnya dan kacau hingga sekat.
3. Jangan lupa masukkan pula cili padi merah dan cili kering yang telah dihiris dan gaul rata lagi.
4. Setelah itu, masukkan serbuk telur masin. Pastikan ia dikacau sehingga sebati.
5. Kacau ia hingga berbuih.
6. Barulah masukkan cornflakes ke dalam kuah yang telah dimasak tadi.
7. Tutup api dan gaul sebati.
8. Terakhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150 selama 5 minit.
Dah siap!
Sumber: Facebook Nornahar AkhmarNornahar Akhmar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club