Bila perut sering terasa senak atau kembung mahu pun badan sengal-sengal,  rasa tidak selesa dan lesu itu semua adalah tanda-tanda menunjukkan angin banyak dalam badan. Dan bila tidak dirawat akan menjejaskan kelancaran tubuh untuk melakukan aktiviti dengan sempurna.

Lebih-lebih lagi, bagi seorang  ibu yang bekerja. Sememangnya menggalas terlalu banyak beban kerja seharian. Tidak hanya melunaskan kerja-kerja di pejabat semata-mata malah bila pulang daripada tempat kerja, masih ada kerja menanti di rumah. Hal ini memerlukan kaum ibu untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang waktu!

Oleh itu, untuk mengatasi masalah angin yang dihadapi, ada baiknya melakukan perubahan kecil dengan mengamalkan pengambilan jamu secara rutin. Banyak manfaat dan kebaikan yang akan dirasai jika mengamalkannya.

Malah jika rajin, ada baiknya juga ibu-ibu menyediakan sendiri bahan ataui ramuan jamu tersebut. Selain diyakini lebih selamat malah ia juga lebih menjimatkan. Memandangkan kebiasaannya ramuan jamu banyak menggunakan bahan-bahan tersedia di ruang dapur.

Untuk itu, Norliza Mohd Salleh telah berkongsi resipi untuk menyediakan jamu untuk buang angin dan kempiskan perut. Jom fahami cara dan kaedah membuatnya dan bolehlah diamalkan bersama.


 

 

Bahan-Bahan:

 

Ads

3cm halia

3 sudu besar halba

15biji lada hitam

3 ulas bawang putih

Cara-Cara Membuatnya:

Ads

 

1)Tumbuk halba sampai lumat.

2) Kemudian masukkan halia , bawang putih dan tumbuk lagi.

3) Akhir sakali masuk lada hitam dan ditumbuk hingga lumat.

4) Kemudian bulat-bulatkan dan keringkan.

Ads

5) Simpan di dalam bekas berpenutup.

 

Cara Pengambilan :

Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan/keperluan badan.

 

[su_highlight background=”#9fbd45″ color=”#242121″]INFO : Bahan semula jadi tanpa perapat. Sesiapa yang banyak angin TERBAIK untuk amalkan selalu[/su_highlight]

Sumber : Norliza Mohd Salleh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI