Penggunaan bahan perasa di dalam masakan diakui dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih enak dan sempurna rasanya. Pun begitu, umum juga mengetahui bahan perasa tersebut jika mengandungi Monosodium glutamate (MSG), dan andai seorang ibu menggunakannya setiap hari, bimbang juga akan mengundang bahaya di kemudian hari.
Sedar hal itu, ada baiknya setiap kali memasak kita sebagai ibu yang perihatin dengan pemakanan keluarga, menggunakan bahan penyedap rasa yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan rempah terpilih. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aj Idris.
Nak tahu lanjut jom ketahui campuran rempah yang digunakan olehnya.
Pengganti ajinomoto saya. Homemade salt seasoning
Bahan-bahan
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Cara Penyediaan :
- Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
Untuk lebih mudah, bahan-bahan rempah ini ada tersedia dijual dipasaran, antaranya :
Ekstra info :
Serbuk bawang putih dan serbuk bawang merah boleh didapati di pasaraya, bahagian rempah. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Sukatan bahan semua satu sudu kecuali garam dua sudu. Kalau nak banyak / penuhkan bekas, gandakan je nisbah tu ya.
Simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan lama sebulan dua sebab dia bahan kering. Simpan dalam fridge pun boleh.
Selalu saya letak dalam sup, makanan bergoreng macam mee, spaghetti, lauk-lauk berkuah macam kari, masak kurma, sayur campur, dan perapan ayam / daging. Masak nasi goreng kosong pun saya letak serbuk ni..
sumber : Aj Idris
Ingatkan Elok, Sekali Kupas Busuk Rupanya! Ni Cara Betul Pilih Bawang
Pernah tak, yakin je pilih bawang kat kedai konon luarannya ok, kiranya bawang tu tak busuk la. Sekali balik rumah nak guna, alah busuk juga rupanya. Alamak makcik terkono!
Haaaa yang mana masih lagi rasa diri failed bab nak pilih bawang tu, meh tengok tip nak pilih bawang oleh Rosie Zam yang sebetulnya. Tak ada la rasa duit tu membazir terbeli bawang yang busuk. Hehe.
Tip memilih bawang yang elok
1. Pangkalnya tidak busuk atau lembik.
2. Baunya tidak berubah. Kadang di luar nampak elok, tetapi di dalamnya busuk.
3. Tidak sedikit pun bahagian bawang itu berair.
Sekarang dah tahu kan. Ini tips pilih bawang bukan membawang tau! Dah alang-alang share pasal bawang, jom tengok cara buat bawang goreng rangup sendiri di rumah!
Petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Abadikan Momen Indah Syawal Bersama Keluarga Dengan Huawei Y6p. Bateri, Skrin dan Gaya Besar Dengan Harga Rm559 Je. Cukup Berbaloi!
Kamera dan telefon ibarat lagu dan irama kerana kedua- dua teknologi ini tak dapat dipisahkan. Tidak hairanlah, boleh dikatakan hampir semua jenama telefon pintar berlumba-lumba untuk mengeluarkan telefon pintar dengan fungsi terkini tetapi masih mengekalkan ‘tagline’ harga yang berpatutan.
Terbaru, HUAWEI bakal melancarkan rangkaian telefon pintar flagship terbarunya iaitu HUAWEI yang dikatakan mempunyai kamera digital terhebat di pasaran. Tampil dengan tagline ‘Big Batery, Big Screen & Big Style, anda boleh miliki Huawei Y6p, dengan hanya RM559 sahaja. Lengkap dengan skrin 6.3 inci dan bateri 5,000mAh.
Dilengkapi 2 Kamera Belakang
Budaya swafoto kini cukup trendy. Jadi, dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi, pastinya Huawei Y6p sesuai untuk mengambil gambar dan merakam video momen indah dan manis bersama keluarga biarpun dalam suasana PKPB ini
Bagi anda yang suka menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai satu hobi, telefon ini sesuai. Ia dilengkapi dua kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera ultra-lebar, manakala kamera hadapan pula adalah kamera selfie 8MP. Ia direka untuk menyesuaikan dengan OOTD mana pun. Manakala kamera belakang 13MP, termasuk kamera sudut lebar membantu mendapatkan gambar keseluruhan semasa sesi foto keluarga.
Tampil 3 Warna Berbeza
Usah risau akan storan tersebut tidak mencukupi. Pengguna Huawei Y6p juga akan memberikan secara percuma 15GB Huawei Cloud selama setahun. Selain itu, reka bentuk dan warna menambah daya tarikan Y6p. Dengan reka bentuk telefon unik di bahagian belakang, Huawei Y6p hadir dalam 3 warna berbeza: Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black.
Huawei AppGallery ganti Google Playstore
Tampilan Dewdrop 6.3 “dengan nisbah skrin-ke-badan 88.4% memberikan pengalaman visual yang luas dan mendalam. Sesuai bagi anda yang ingin menonton filem apa pun atau memainkan grafik permainan menarik.
Anda kini boleh menggunakan HUAWEI AppGallery untuk melayari lebih banyak aplikasi seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.
Malah, pengguna tak perlu bimbang soal keselamatan kerana ia memiliki perlindungan bagi setiap aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi bernama FindApps di AppGallery. Ia berfungsi sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang mereka perlukan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi seperti Grab, Telegram, Facebook lite dan sebagainya lagi.
Tawaran Istimewa Ramadan
Selain Y6p, Huawei turut memperkenalkan model Y5p dengan harga RM359. Kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli di semua kedai Huawei, pengedar sah dan dalam talian bermula 16 Mei ini.
Bersempena dengan bulan Ramadan, Huawei berbesar hati membuat tawaran istimewa sempena pelancaran telefon pintar ini. Kini, anda boleh dapatkan HUAWEI Y6p, MatePad T dan band 4 pro ini bermula dari RM3.69 sehari sahaja!
Selain itu, terdapat juga tablet, komputer riba dan pembesar suara, yang boleh didapatkan dengan hargan yang menarik sekali! Wah cukup menarik dan berbaloi! Layari sini untuk maklumat lebih lanjut 👉🏻 https://bit.ly/2Z9MrnO
Untuk mereka yang mencari telefon bajet, Huawei Y6p jawapan anda. Tunggu apa lagi, jom dapatkan telefon pintar yang cukup mengujakan di sini!
“Tahajud & Ulang baca 30 Juzuk Al-Quran.” Negatif COVID-19, Ebit Lew Kongsi Amalan Jemaah Tabligh ketika Dikuarantin!
Sehingga artikel ini di muat naik sebanyak 428 kes COVID-19 telah dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sekali gus menjadikan Malaysia Negara tertinggi kes COVID-19 di Asia Tenggara.
Dalam pada itu, hampir 5,000 orang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh pada 27 Februari hingga 1 Mac diminta untuk membuat saringan.
Sehubungan dengan itu, pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling turut telah dikuarantin kerana mengertai perhimpuan tersebut.
Dalam satu perkongsian oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew berkenaan pelajar berkenaan yang dikatakan negatif covid – 19. namun apa yang membuatkan Ebit Lew terharu apabila melihat aktiviti pelajar ini sepanjang tempoh dikuarantin.
Sebak tengok gambar pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling sedang dikuarantin disana atas arahan KKM. Syukur tiada seorang pun positif. Semua negatif virus covid. Mereka habiskan 30juz Al-Quran berulang-ulang. Mereka hidupkan malam dengan tahajud tarik rahmat Allah. Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia. 4pagi semua dah menangis berdoa. Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh yer. Semoga semua ahli keluarga tabah yer. Allah bersama kita semua. Terima kaseh semua Dr dan warga kkm. I love u all. Allah sayang warga KKM yang sedang berjuang berjihad.
Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Say tak hafal 30 juz Al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Ini waktu saling mendoakan dan menasihati dengan baik kerana kita tak tahu apa dihadapan sana menanti. Ini bukan saat salahkan orang lain. Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga Allah maafkan kita semua.
Syukur 5 ribu orang yang berdaftar hadir hampir semuanya telah hadir membuat pemeriksaan. Syukur pada Allah. Tahniah pada semua. Dari mula lagi kes brunei semua Masyaikh alim di sri Petaling telah mengarahkan semua yang hadir pergi membuat pemeriksaan. Siap mereka cari call wasap semua sahabat yang lain. Mereka ada sistem sangat baik untuk sampaikan maklumat pada pendakwah yang hadir. Terkejut tengok sistem data mereka. Cuma awalnya petugas kesihatan arahkan siapa tiada simptom kuarantin dirumah. Yerlah ramaikan masa tu. Utamakan yang ada simptom. Mereka terus kuarantin sendiri dirumah. Cuma ramai juga yang hadir orang biasa yang tiada nama mereka. Ceramah umum kan. Semua hadir. Kalau program lain tak tahulah ada data begitu ke tidak.
Semalam dekat Penang 30 ribu orang masih berkumpul bersesak. Hari ni beberapa hari program kementerian pelancongan akan melibatkan puluhan ribu orang ke seratus ribu orang menurut berita. Sekolah beribu orang pun baru semalam cuti sekolah. Presiden negara luar dan orang besar dah ramai kena. Pemain bola dan artis pun kena. Saat ini saat ubah gaya hidup dan amalan serta tawajuh pada Allah. Saya pun tangguhkan program prokids saya yang dah bayar semua makanan dan lain-lain. Puluh ribu ringgit juga kami tanggung. Walau terasa berat sangat. Takperlah demi keselamatan kita semua kerana Allah.
Sahabatku sekalian yang amat saya kasihi jom kita semua pohon pertolongan Allah tarik rahmat Allah. Donald Trump pun hari ini berdoa dan menyeru semua yang jauh dari tuhan dekat dengan tuhan. Mereka berdoa online seluruh Amerika. Seluruh Amerika menyambutnya. Tidaklah kita sama dengan mereka. Tetapi marilah kita semua berdoa pada Allah yang Maha Mendengar. Maha berkuasa. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dia jaga kita dulu kini dan selamanya. Sentiasa mendengar semua doa, ucapan,dan sangkaan kita.
Jom kita semua terus berdoa. Berusaha menjaga kebersihan. Menasihati dengan baik. Saling berdoa. Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh. Contohilah Dr Zulkifli Al Bakri dalam memberi nasihat dan alim yang lain. Janganlah kerana segelintir beberapa orang kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita. Azab Allah lebih cepat dan rahmat hilang. Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh.. Jauhkanlah cakap bukan-bukan. Siapa tahu dimana dan waktu bila nak kena kan. Tugas kita berjaga-jaga mengikut arahan KKM dan tingkatkan hubungan kita dengan Allah dan banyak bertaubat.
Syabas tahniah kepada KKM. Saat kita dinasihatkan mengelak tempat awam dan sesak. Mereka barisan hadapan membantu mereka yang sakit. Panas pakaian tu. Tak makan dan minum. Nak ke tandas pun risau. Begitu juga di lab semuanya. Jom kita bantu mereka dan berusaha mencegah dengan amalkan nasihat yang telah dibagitahu pada kita. Allah pasti beri pahala syurga dan rahmat besar untuk semua Dr dan Petugas kesihatan. Jom kita bantu mereka. Jom doakan mereka semua
Buat yang belum buat pemeriksaan pergilah membuat pemeriksaan. Yang patut kuarantin. Terus kuarantin diri. Jaga kebersihan dan terus berdoa sama-sama yer.
Jom kita bersatu hati dan berkasih sayang kerana Allah. Hanya Redha Allah kita semua harapkan. Kita semua pesan keluarga jaga solat. Bangun tahajud dan dhuha. Buat Talim rumah. Baca manzil setiap pagi dan doa-doa Nabi saw. Sedekah dan cakap kebesaran Allah. Tiada yang boleh angkat wabak virus covid 19 melainkan Allah. KeranaNya kita berusaha kepadaNya sepenuhnya kita berserah. Lahaulawala Quwatailla billah. Semoga menjadi asbab hidayah seluruh alam – ebitlew