Penggunaan bahan perasa di dalam masakan diakui dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih enak dan sempurna rasanya. Pun begitu, umum juga mengetahui bahan perasa tersebut jika mengandungi Monosodium glutamate (MSG), dan andai seorang ibu menggunakannya setiap hari, bimbang juga akan mengundang bahaya di kemudian hari.
Sedar hal itu, ada baiknya setiap kali memasak kita sebagai ibu yang perihatin dengan pemakanan keluarga, menggunakan bahan penyedap rasa yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan rempah terpilih. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aj Idris.
Nak tahu lanjut jom ketahui campuran rempah yang digunakan olehnya.
Pengganti ajinomoto saya. Homemade salt seasoning
Bahan-bahan
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Cara Penyediaan :
Untuk lebih mudah, bahan-bahan rempah ini ada tersedia dijual dipasaran, antaranya :
Ekstra info :
Serbuk bawang putih dan serbuk bawang merah boleh didapati di pasaraya, bahagian rempah. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Sukatan bahan semua satu sudu kecuali garam dua sudu. Kalau nak banyak / penuhkan bekas, gandakan je nisbah tu ya.
Simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan lama sebulan dua sebab dia bahan kering. Simpan dalam fridge pun boleh.
Selalu saya letak dalam sup, makanan bergoreng macam mee, spaghetti, lauk-lauk berkuah macam kari, masak kurma, sayur campur, dan perapan ayam / daging. Masak nasi goreng kosong pun saya letak serbuk ni..
sumber : Aj Idris