Tak rugi berbudi pada tanah, selain dibuat demi minat untuk bercucuk tanam tidak dinafikan juga dari menanam itulah akan dapat dituai hasilnya. Sekaligus, bolehlah dijadikan duit poket untuk seisi keluarga.
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana langkah awal ke arah memulakan perniagaan tanaman di rumah, jom kita baca strategi daripada Saudara Azuan Abdullah, yang terkenal antara sahabat maya yang suka berkongsi tentang ilmu pertanian.
Ini perkongsiannya.
Berkebun dapur bila dibuat dengan betul boleh buat duit. “Game”nya tak sama dengan kebun komersil.
Kita fokus 1-2 jenis tanaman je. Pilih yang nichenya paling ramai orang suka di komuniti kita.
Eloknya pilih tanaman yang boleh datangkan hasil yang cepat. Berhasil antara 1-2 bulan. Misalnya sawi giant, jagung atau ulaman.
Kita target ju@l secara terus kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Study sikit berapa anggaran yang kita boleh ju@l dalam masa 1 minggu.
Bila dah tahu angka tu, kita tanam ikut kapasiti tersebut. Jangan lebih, kurang tak pe.
Buat planning dan jadual. Tanam ikut jadual supaya hasil ada secara berterusan.
Jaga kualiti hasil dan pastikan sayur kita selamat untuk dimakan. Lagi elok jika ianya 100% organik.
ARTIKEL MENARIK: Jus Limau Kasturi Bukan Je Sedap Buat Air, Tapi Boleh Cerahkan Kulit!
InsyaAllah 2-3 bulan lepas tu, komuniti dah kenal kita. Misalnya Cik Bedah sawi organik, Abang Usop jagung manis atau Kak Senah pegaga lawa.
Bila orang dah kenal, upgrade la servis kita. Misalnya ju@l tanah campuran, biji benih atau baja.
Bestkan sahabat bila hobi yang kita suka boleh hasilkan duit. Jiwa tenang, kesihatan dapat dan duit pun masyuk.
Sumber : Azuan Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club