Muhammad Aidil Nursulhi, 19 tahun, anak kelahiran Pulau Sebang Gadek, Melaka telah membuktikan sesuatu dalam hidupnya dengan melakukan pengembaraan ke Tanah Suci pada usia muda.
Selepas kejayaan beliau bersama bapanya mengelilingi dunia menggunakan Perodua Kelisa, sekali lagi beliau menyahut cabaran baharu menunggang motosikal Modenas Kriss ke Tanah Suci.
Perjalanan sejauh 15,000 kilometer itu mengambil masa 100 hari untuk sampai ke destinasi tanah suci. Pengalaman berharga bersama bapa, Nursulhi Rahim (Along) mengelilingi dunia sebelum ini beliau jadikan inspirasi untuk teruskan pengembaraan yang lain.
Kredit gambar: Facebook Muhammad Aidil
Keputusan untuk mengharungi perjalanan dengan merentasi beberapa negara untuk ke Tanah Suci dengan hanya menggunakan motosikal bukanlah satu perkara yang remeh.
“Sebelum ini, pernah saya mengembara ke Janda Baik, Pahang dengan motosikal, tetapi kali ini cabaran ini lebih besar kerana akan melibatkan beberapa negara,” katanya.
“Saya sedar perjalanan ini akan lebih mencabar kerana berlangsung pada bulan Ramadan, tetapi saya yakin dengan tekad saya untuk beribadah di Tanah Suci, saya akan berjaya dan segala-galanya akan dipermudahkan.”
TEKAD DEMI CAPAI IMPIAN DAN HOBI
Beliau merupakan salah seorang daripada 20 peserta yang mengikuti Jelajah Silaturahim Malaysia Ke Mekah 2024, yang bermula pada 21 Mac lepas. Pelepasan peserta ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Kredit gambar: Facebook Muhammad Aidil
“Saya mengambil lebih dari sebulan untuk memikirkan segalanya dan akhirnya membuat keputusan untuk mengikuti kembara ini dengan persiapan yang rapi,” katanya.
“Dengan semangat dan harapan daripada bapa, saya yakin saya mampu melakukan ini. Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan keselamatan saya dan peserta lainnya.”
Keberanian beliau merupakan satu contoh bagaimana seorang anak muda yang tekad dan semangat yang kuat mampu mengejar impian mereka jika betul-betul berusaha untuk mendapatkannya.
MESTI BACA: Jenazah Terpaksa Di Bawa Dengan Motosikal Sejauh 13 Kilometer Akibat Jalan Raya Yang Rosak Tidak Dibaiki
Nak Bawa Anak Travel Jangan Lupa Bawa Ubat, Senarai Ni Kena Ada!
Ibu Kongsi Persiapan Mak Ayah Bawa 7 Anak ‘Travel’ Ke Vietnam, Bila Semua Teratur Barulah Seronok
SUMBER: Roda Panas
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my